1.Budaya dan Masyarakat
Permainan Tradisional & Makanan Tradisional
Nama ahli kumpulan :
Fong Han Sheng
Nur Alya Izzati binti Zahrulain
Nur Alia Shafiqa binti Ramli
Nurul Farhana binti Mohd Khairozaman
Izzat Izzuddin bin Mahadzir
Kumpulan : Kumpulan 1 F1O
Nama Pensyarah : Dr. Malar A/P Muthiah
2.Permainan
Tradisional
3.Apa itu permainan tradisional ?
Permainan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain atau mainan
Tradisional bermaksud mengikut atau bersifat tradisi
Jadi, definisi bagi permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan oleh masyarakat terdahulu.
Permainan ini dimainkan bagi mengisi masa lapang serta mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Setiap kaum mempunyai permainan tradisional yang tersendiri
4.Permainan tradisional
Masyarakat Melayu
5.Diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2009.
Sejenis permainan anjung.
Membuat lubang di atas tanah untuk bermain congkak.
Kini, menggunakan kayu yang bujur dan berlubang.
Biji asam jawa, biji saga, biji getah atau batuan kecil digunakan sebagai buah manakala kini menggunakan guli.
Congkak mampu melatih minda untuk membuat keputusan dengan pantas.
Diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2009.
Popular di Terengganu, Kelantan dan Melaka.
Terdapat beberapa jenis gasing iaitu gasing jantung, gasing piring, gasing pinang dan sebagainya.
Dimainkan dengan dua cara iaitu gasing pangkah dan gasing uri.
Gasing pangkah dimainkan dengan cara melempar supaya dapat mengetuk gasing pihak lawan.
Gasing uri pula dipertandingkan untuk menguji ketahanan gasing berpusing.
6.Diisyhtiharkan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2012.
Juga dikenali sebagai permainan selambut atau serembat.
Mampu mengasah kemahiran melambung dan menangkap.
Kebiasaannya, biji getah dan ketulan batu yang kecil akan digunakan.
Kini, kebanyakan orang menjahit kain yang berisi pasir dan digunakan untuk bermain.
Terdapat 5 buah yang digunakan.
Dimainkan daripada peringkat 1 hingga 7.
Diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan pada tahun 2009.
Masyarakat nelayan bermain wau sebagai persediaan ke laut untuk mengetahui sama ada cuaca baik atau tidak.
Bagi para petani, ia sebagai persediaan menghadapi musim bendang.
Terdapat tiga jenis wau yang terkenal iaitu wau bulan, wau kucing dan wau jalabudi.
Diperbuat daripada buluh yang diraut dan kertas warna yang dilukis motif-motif yang sesuai ditampal pada rangka wau.
Antaranya motif flora fauna, sulur bayur, awan larat, pucuk rebung dan geometri.
7.Upih adalah pelepah daun pokok Pinang.
Pelepah pokok kelapa juga digunakan bagi permainan ini.
Kebiasaannya, apabila pelepah sudah tua, ia akan jatuh ke tanah namun masih elok.
Daun pinang pada pelepah akan dibuang dan dijadikan hulu untuk menarik upih.
Capteh juga dikenali sebagai sepak bulu ayam.
Ianya lebih kurang dengan permaian sepak raga tetapi menggunakan alat yang berbeza.
Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang seberapa lama yang boleh.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
Dipercayai dibawa masuk oleh migrasi China ke Tanah Melayu.
8.Permainan tradisional
Masyarakat ORANG ASLI
9.Dikenali sebagai kercang dan popular dikalangan mereka yang tinggal di sekitar hutan Endau Rompin.
Diperbuat daripada rotan dan disusun secara berlapis-lapis berdasarkan peringkat kesukarannya.
Terdapat lima jenis kercang antaranya ialah kercang kahwin dan kercang rotan.
Falsafah permainan ini adalah ibarat mencari jalan keluar dari hutan.
Dikenali sebagai tempurung kelapa.
Tujuan permainan ini adalah untuk melihat siapa yang boleh bergerak laju menggunakan terompah kelapa tersebut.
Permainan ini boleh dimainkan secara individu dan berkumpulan.
Dapat memupuk semangat berkumpulan, meningkatkan kekuatan otot dan kemahiran berkomunikasi juga dapat diperbaiki.
10.
Permainan Tradisional Masyarakat Orang Cina
11.
MAHJONG
Permainan untuk empat orang.
Memerlukan kemahiran, kecekapan mengatur strategi, mengira.
Nasib boleh menjadi faktor utama kejayaan.
Juga popular dalam permainan komputer dan sebagai perjudian.
Membentuk satu set kumpulan dengan 14 biji mahjong.
Membentuk kumpulan yang berbeza kerana cara pemikiran dan peraturan yang berlainan.
XIANGQI
Berasal dari zaman purba china kira-kira tahun 569 sebelum masihi.
Juga dikenali sebagai Catur Cina.
Permainan papan yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Cara pergerakannya berbeza dengan permainan catur.
Dimainkan pada titik perpotongan antara garis pada papan permainan.
Cara makan Pao (Meriam) ialah mesti melompat melepasi unit lain.
GO
Digelar sebagai Weiqi.
Strateginya kompleks dan peraturannya mudah.
Dua pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid garis.
Saiznya adalah 19 × 19.
Saiz 13 × 13 dan 9 × 9 digemari kerana ringkas dan berorientasikan taktik.
Permainan menguasai kawasan yang lebih besar daripada lawan.
Batu akan dialihkan sekiranya tiada persilangan bersebelahan yang kosong.
YO-YO
Dua cakera disambungkan dengan gandar panjang.
Juga merupakan alat persembahan dan dalam tarian Cina.
Diikat dengan tali nilon dengan dua batang kayu.
Pemain memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan tali.
Pelbagai gaya seperti melontar yo-yo ke udara atau melambung ke sekeliling pemain.
Permainan Tradisional Masyarakat Cina
12.Permainan Tradisional Masyarakat India
13.KHO-KHO
Berasal dari Maharashtra
setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.
hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan
Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan
KABADDI
Berasal dari Asia Selatan
1 kumpulan 7 pemain dimainkan dengan 5 pemain simpanan
Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan
CHATURANGA
Berasal dari India dan banyak dimainkan di parsi
4 permain dimainkan sekaligus
Pergerakan digerakkan secara bergilir
Buah dapat digerakkan sama seperti buah catur
Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, chess atau catur diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam abad ke-15
14.Permainan masyarakat Sabah dan Sarawak
15.KUIT
Permainan tradisi yang dipanggil Kuit ini berasal daripada cara hidup suku Kedayan ketika dahulu
Kaum ini menjalankan aktiviti pertanian yang diwarisi daripada zaman nenek moyang mereka bagi menyara hidup dan diteruskan sehingga kini.
Pada zaman dahulu tempurung kelapa kurang kegunaannya maka suku ini menjadikan bahan ini untuk membuat alat permainan
Apabila musim menuai berakhir tempurung kelapa dikumpulkan sebagai persediaan untuk permainan tradisional ini
LUMBA KERBAU
Banyak dimainkan kaum Melayu Brunei, Lun Bawang, Dusun, Bajau, kaum Bisaya
Pertandingan ini diadakan pada pesta tertentu seperti Pesta Lawas dan Pesta babulang yang diadakan pada setiap tahun.
lumba kerbau diadakan di kampung-kampung oleh pesawah sebagai hiburan dan menggunakan kerbau yang membajak untuk berlumba.
Telah terkenal dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara pada masa kini malah beberapa peraturan permainan turut dikemaskini agar menjadi lebih meriah
SEPAK RAGA
Permainan tradisi golongan istana dan bangsawan.
Dimainkan oleh golongan lelaki sahaja di kawasan lapang
Terkenal sehingga kini seperti permainan sepak lain seperti sepak raga ratus, sepak takraw, dan sepak raga manggis
Popular di kalangan masyarakat Bajau dan Irranun
Bola raga diperbuat daripada rotan yang dianyam bulat
16.RAMPANAU
Dimainkan oleh masyarakat Dusun daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa daerah di Sabah.
Cara permainan ini adalah dengan berjalan secara cangkungan merupakan sukan yang dilakukan pada masa lapang dan juga kaedah untuk menyeberangi sungai atau parit atau berjalan pada Kawasan becak pada masa dahulu.
Kini hanya boleh disaksikan apabila Pesta Kaamatan diadakan. Jarang dimainkan sebagai mainan harian.
Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera pemainnya. Permainan ini memerlukan keseimbangan badan
MENYUMPIT
Alat tradisional kaum pribumi Sarawak, Sabah, Kepulauan Borneo dan Orang Asli semenanjung untuk memburu binatang liar di hutan
Sumpit juga digunakan untuk menentang musuh semasa peperangan pada zaman dahulu oleh Orang Ulu, Iban, Bidayuh, dan Orang Asli
Pembuatan berbeza di antara pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli Semenanjung.
Sumpit diperbuat daripada nibong, buluh, gentian kaca dan sebagainya.
Dikembangkan dengan kewujudan pertandingan sukan menyumpit dan telah menjadi sukan tradisi di Sarawak malah turut disertai oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina
17.MakananTradisional
18.KETUPAT
LEMANG
RENDANG
-melayu-
Ketupat palas dan ketupat nasi.
Ketupat palas diperbuat daripada daun palas dan beras pulut.
Ketupat nasi diperbuat daripada daun kelapa dan beras.
Bahan-bahan adalah beras pulut, santan dan garam.
Dimasak di dalam buluh di mana bahan-bahan dibalut dengan daun pisang di dalamnya.
Dimakan bersama serunding dan juga aneka rendang.
Rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang paru, rendang siput, rendang pucuk-pucuk kayu.
Setiap negeri mempunyai resepi yang tersendiri dan unik.
Contohnya di Perak terkenal dengan rendang Tok dan di Negeri Sembilan pula sangat sinonim dengan rendang itik dan rendang kerbau.
19.KUIH BAHULU
TAPAI
Tapai ubi dan tapai pulut
Bahan-bahan ialah pulut beras atau ubi kayu, sedikit gula dan ragi.
Bahan-bahan tersebut akan dicampur bersama dan kemudiannya dibungkus menggunakan daun tapai.
Tapai diperam selama 3 hari kemudian boleh dimakan
Dikenali sebagai salah satu kuih lama atau kuih tradisi
Berwarna coklat kekuningan namun telah dimodenkan kepada pelbagai jenis
Contohnya bahulu pandan, bahulu coklat dan sebagainya.
Teksturnya sangat lembut dan sedap
Mempunyai pelbagai resepi yang tersendiri bergantung kepada individu.
Antaranya dodol cair hanya boleh didapati di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.
Mengambil masa lebih kurang 2-4 jam untuk siap dimakan
DODOL
20.KUIH BULAN
Makanan penting semasa “Mooncake Festival”.
Berbentuk seperti bulan bermaksud perjumpaan semula.
Makan bersama keluarga atau rakan untuk mengeratkan hubungan.
Sebagai buah tangan bagi menunjukkan penghargaan.
Dimakan dalam potongan yang kecil bersama dengan minum Teh Cina.
Diperbuat daripada biji teratai yang berinti kacang merah atau kuning telur.
KUIH BAKUL
Dikenali sebagai “ nian gao” yang dipercayai boleh membawa tuah.
Melambangkan tahun baru itu akan menjadi semakin baik.
Diperbuat dari tepung pulut, gula, air dan daun pisang.
Kuihnya yang melekit dan manis mampu membuka selera.
Dapat simpan lama kerana kuihnya kenyal dan kental.
Dihasilkan sepanjang tahun dan bukan hanya pada musim perayaan.
TANGYUAN
Diperbuat daripada tepung pulut dan dimakan dengan air gula.
Melambangkan ikatan yang kukuh antara ahli keluarga.
Dimakan semasa perayaan Dongzi pada 22hb Disember.
“Tiansui” bermaksud sejajar dengan peningkatan umur maka akan menjadi lebih baik.
Diuli dengan tangan menjadi bulat dan mempunyai pelbagai warna.
Makanan Tradisional Masyarakat Cina
21.DIM SUM
Dihidangkan bersama teh Cina.
Istilah yang digunakan ialah Yum cha "meminum teh“.
Tradisi sekeluarga makan bersama atau orang tua berkumpul minum teh.
Waktu pagi hingga tengahari di kedai makan atau kedai khas dim sum.
Dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.
Mengukus dan menggoreng.
Variasi popular ialah shaomai, ladu udang , siew pao, Chee Cheong fun dan lou mai gai.
YEE SANG
Hidangan mesti semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Digaul beramai-ramai dengan mengangkatnya tinggi-tinggi sambil melaungkan ‘Lo Hei’.
Melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Semakin tinggi lambungan semakin mewah rezeki.
Sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou.
Terdiri daripada ikan mentah salmon, sayur-sayuran, sos plum, udang kering, daun limau purut, biji bijaan.
ZONGZI
Bak chang atau kuih chang.
Diraikan semasa Festival Dragon Boat.
Diperbuat daripada beras pulut yang berinti daging, kacang, cendawan dan sebagainya.
Dibalut dengan daun buluh serta dikukus.
Berkaitan Qu Yuan yang bunuh diri pada zaman Dinasti Zhou.
Dilemparkan ke dalam sungai supaya hidupan sungai tidak makan jenazah Qu Yuan.
Simbol perayaan Duan Wu dan hari mengingati Qu Yuan.
22.-india-
VADAI
IDLI
TOSAI
Jenis idli adalah sanna, rave atau sambar idli.
Bahan-bahannya adalah vigna mungo dan juga nasi.
Boleh dimakan semasa sarapan pagi mahupun sebagai makanan ringan
Dua versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai.
Paruppu vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang merah.
Ulunthu vadai diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah
Jenis tosai ialah tosai telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee
Dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.
Dijual di restoran mamak dan restoran India.
23.KATHI ROLL
KOFTA
BIRYANI
Merupakan bebola daging yang biasanya terdiri dari daging lembu, ayam, mahupun kambing.
Dicampuri dengan rempah ratus serta bawang
Dimakan bersama roti dan nasi
Kathi roll ini seakan kebab ala Timur tengah, bezanya hanyalah pada penggunaan roti yang digunakan.
Kathi roll menggunakan paratha jenis flat bread atau roti India.
Menggunakan pelbagai rempah ratus bermula dengan ketumbar hinggalah buah pelaga.
Menggunakan beras basmathi.
Dimakan bersama kari kambing mahupun kurma.
24.SAGGAR BELANDA
BURASAK
KAPURUNG
Merupakan nasi yang dikukus bersama santan dan dibaluti dengan daun pisang nipah.
Bungkusan burasak akan diikat menggunakan tali agar ia tidak terbuka semasa mengukusnya.
Menggunakan pisang raja yang masak dan ranum sahaja, pisang lain tidak dibenarkan
Pisang raja akan diisi dengan kacang yang telah disangai serta dicincang, gula serta telur memberikan rasa yang begitu menyelerakan.
Diperbuat daripada tepung sagu
Campurkan bersama sayuran serta ikan dan dihidangkan terus dalam mangkuk .
Sebagai hidangan minum petang
-orang asli-
25.BAJEK CANGGORENG
COTO MAKASSAR
BAROBOQ
Terdiri daripada gula merah serta kacang tanah.
kacang tanah akan digoreng terlebih dahulu.Kemudian air dicampurkan bersama gula merah serta sedikit garam dan dipanaskan serta dimasak sehingga gula menjadi kental.
Dijadikan sebagai hidangan minum petang.
Merupakan rebusan perut serta daging lembu kemudiannya dihiris halus dan dicampurkan dengan bahan – bahan khusus.
Hidangan ini seakan – akan sup soto namun cara penyediaan serta bahan yang digunakan adalah berbeza.
Merupakan hidangan bubur jagung.
Bubur yang dicampuri dengan jagung, ayam serta sayur – sayuran.
Dijadikan sarapan pagi dan sebagai minum petang.
26.Makanan Tradisonal Masyarakat Sarawak
27.KUIH PENYARAM
Kuih tradisional masyarakat Melanau Likow yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung gandum, air dan gula apong (gula nipah).
Masyarakat Melanau Likow percaya bahawa penyaram mampu merapatkan hubungan keluarga yang terpisah jauh.
Lingkaran seperti tali yang dibentuk di sekeliling penyaram merujuk kepada ikatan kasih sayang dalam masyarakat Melanau Likow yang tidak pernah terputus.
HINAVA/UMAI
Gabungan daging ikan tenggiri, cili padi, bawang merah, halia dan kundru dengan perahann air limau kasturi atau limau nipis menjadikan hidangan ini menambahkan selera makan.
Isi ikan mentah ‘dimasak’ dengan menggunakan cuka dan limau bagi membunuh bakteria.
Selain menggunakan ikan, hidangan ini boleh diganti dengan menggunakan udang kecil dan obor-obor .
MANOK PANSOH
Merupakan makanan tradisi masyarakat Iban iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh Bersama daun ubi kayu.
Potongan ayam akan diperap Bersama bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, serai, bunga kantan dan daun kesum
Buluh yang mengandungi ayam akan dipanggang seperti memanggang lemang
Lebih sedap dimakan Bersama nasi pulut atau lemang
Makanan Tradisional Masyarakat Sarawak
28.KEK LAPIS SARAWAK
Sinonim dengan musim perayaan dan dijadikan buah tangan wajib jika berkunjung ke Sarawak.
Bahan-bahan membuat kek ini adalah tepung yang dipanggil tepung hong kong, gula kastor, kuning telur, putih telur, ovelet, mentega, susu pekat dan susu cair.
Membuat kek lapis sangat rumit dan memerlukan kemahiran menyediakan adunan dan bentuknya.
KELUPIS
Dihidang semasa musim perayaan atau pun majlis keramaian seperti kenduri atau majlis perkahwinan.
Bahan utama masakan ini adalah berasaskan beras pulut yang digaul Bersama santan dan dibungkus di dalam daun nyirik/lirik atau daun pisang dan seterusnya dikukus.
Kelupis kosong sedap dimakan bersama rendang, kari atau kuah kacang.
TEBALOI
Merupakan makanan tradisi masyarakat Iban iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh bersama daun ubi kayu.
Potongan ayam akan diperap bersama bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, serai, bunga kantan dan daun kesum
Sedap dimakan bersama nasi pulut atau lemang
29.Makanan Tradisonal Masyarakat Sabah
30.AMBUYAT/PINANTUNG
Campuran likat tepung sagu dengan air panas.
Dipanggil sebagai penantung oleh masyarakat Kadazan-Duzun dan Tatana di daerah Kuala Penyu, Sabah.
Dimakan bersama lauk-pauk yang lain seperti sambal, lauk sayur dan hidangan ikan.
Perlu dimakan dengan segera kerana teksturnya akan berubah menjadi keras jika terdedah terlalu lama.
NONSOM BAMBANGAN
Nonsom diperkenalkan oleh masyarakat Sabah yang berketurunan Kadazandusun.
Bambangan ialah buah bermusim dengan isi berwarna kuning, masam, berbentuk bulat dan berkulit tebal.
Noonsom bambangan ialah jeruk yang diperbuat daripada hirisan buah bambangan dan dicampurdengan biji buah bambangan yang telah diparut dan diletakkan sedikit garam.
KUIH CINCIN
Rasanya rangup, manis, sedikit masin dan tahan lama.
Bahan utama yang digunakan ialah tepung beras, gula nira, gula merah dan sedikit garam
Larutan gula merah dan gula nira dicampurkan ke dalam tepung beras dan diuli sebati
Kini, makanan ringan ini mudah didapati di mana-mana pada setiap masa dan mendapat sambutan masyarakat keseluruhannya
Makanan Tradisional Masyarakat Sabah
31.Senarai Rujukan
Buku
Ong, L. C. (2018). Teks STPM Sejarah: Malaysia dan asia tenggara. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Shamsul Amri Baharuddin (2012). Model hubungan etnik (2 ed.). Institut Kajian Etnik.
Laman Web
Itawrah. (2019, Mei 14). 16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Wajid Anda Cuba. Saji. https://saji.my/makanan-tradisional-cina/
Nadz.my. 2021. Senarai Makanan Tradisional Cina Yang Popular. https://nadz.my/makanan-tradisional-cina/
Orangkata.my. (2021). Permainan Tradisional Melayu, Cina dan India yang kian dilupakan.https://orangkata.my/sukan/permainan-tradisional-melayu-cina-dan-india-yang-kian-dilupakan/
Beneculture, V. (2021). 5 Permainan Tradisional Dari Cina. Bene Culture - Kumpulan Budaya Yang Unik Dan Menarik. https://beneculture.wordpress.com/2018/05/07/5-permainan-tradisional-dari-cina/
Sivik & Kewarganegaraan. (2021). PERMAINAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA. https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainan-tradisional-kaum-kaum-di-malaysia-17/
32.Andi Nor Syakinah binti Nasta’in, Dayang Nurliyana Binti Abang Zakaria, Nur Diyanah binti Nasri & Siti Fatimah Azzahraa binti Zullkefli. N.d. Permainan Orang Asli. https://www.coursehero.com/file/47091284/permainan-orang-asli-dr-mariani-grouppptx/ [17 Oktober 2021].
Azlida Jamil. 2018. Congkak, permainan tradisi Melayu. https://intl.upm.edu.my/artikel/congkak_permainan_tradisi_melayu-43481 [15 Oktober 2021].
Mohd Nazri Ahmad. 2018. Kercang. https://anyflip.com/qvzm/tygo/basic [20 Oktober 2021].