PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR

0

Presentation Transcript

  • 1.NAMA PENSYARAH : AZHAR BIN MOHD NAWI AHLI KUMPULAN : 1.NUR MASYHITAH SYUHADA BT ADAHAN (26DAT21F2004) 2..NUR ALIA NATASYA BT AZHA SAPAWI (26DAT21F2004) 3.ADILAH BT FADZIL (26DAT21F2010) 4. )NUR ALYAA ANNSAA BT KHAIRUL ANUAR (26DAT21F2012) 5.)NUR MAISYARAH BT MOHD YAZID ( 26DAT21F2010) PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR
  • 2.02 JENIS JENIS PENCEMARAN 01 03 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR 04 KESIMPULAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN
  • 3.PENGENALAN Masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan udara bukanlah suatu yang asing bagi kita. Sejak dekad yang lalu, peristiwa seperti tumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telah memusnahkan kehidupan liar dan sebahagian pinggiran laut Alaskan. Pada tahun 1991 pula, pembakaran telaga minyak di Kuwait telah membebaskan 200 juta tan gas karbon dioksida ke atmosfera (Winchip 2003). Kemusnahan alam sekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Pembangunan oleh manusia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata telah menyebabkan penyusutan sumber alam dan pencemaran. Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius telah mengalihkan Gerakan ekologi daripada pinggiran dan meletakkan keprihatinan alam sekitar pada aliran utama (Othman 1992an). Di negara barat, gerakan hijau telah menjadi salah satu isu penting dalam kalangan masyarakat sejak dekad yang lalu. Pihak peniaga, kerajaan dan pengguna semakin sedar dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Perkembangan keprihatinan alam sekitar telah mula mengubah sikap dan tingkah laku manusia terhadap alam sekitar. Semakin ramai individu sedar bahawa pembelian dan penggunaan mereka boleh memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar.
  • 4..Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan kerana memerlukan penelitian yang sedalam-dalamnya. Hal ini desebabkan isu ini mempengaruhi seantero jagatraya. Isu pencemaran yang merupakan isu global ini periu dibincanglan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara. Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini. Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Allah telah menciptakan alam ini dengan sempurna dan seimbang untuk kemakmuran manusia. Kebanyakan makhkuk amat bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini terutamanya manusia. Bumi yang luas ini dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, hujan sebagai sumber rezeki, demikian juga dengan pelbagai haiwan dan hidupan laut yang dijadikan untuk memudahkan hidup manusia. Firman Allah: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan sing bagi faedah hidup kamu.
  • 5.JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN TANAH PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN SISA TOKSIK PENCEMARAN SAMPAH SARAP
  • 6.1.)PENCEMARAN UDARA Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk. Berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera dan menyebabkan perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan. Tuntas daripada itu, bahan kimia ini terlampau banyak dalam tubuh manusia dan akan menyekat pengaliran oksigen ke seluruh tubuh badan. Selain itu, punca lain yang menyebabkan pembebasan asap ke udara semakin betambah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kawasan kilang pembuatan bahan kimia dan kilang memproses makanan yang megeluarkan asap yang tebal dan hitam. Keadaan ini menyebabkan udara tercemar dan mengsengsarakan penduduk setempat. Peningkatan kadar pencemaran udara dan fenomena jerebu akibat pertambahan industri dan kenderaan. Kadar karbon monoksida di dalam udara bandar semakin tinggi, ditambah oleh asap, debu dan partikel-partikel lain boleh mengancam kesihatan manusia. Pertambahan kawasan pelupusan sampah yang sejajar dengan pertambahan penduduk juga turut mencemarkan udara akibat pembakaran sampah terbuka.
  • 7.2.)PENCEMARAN AIR Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya, Sungai Klang dan Sungai Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang kilang yang terletak di Lembah Klang. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai lalu memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran air bukan sekadar berlaku di sungai namun berlaku juga di laut dan hal ini boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Pencemaran air juga adalah masuk atau dimasukkannya makhluk hidup, zat, tenaga atau komponen lain ke dalam air oleh kegiatan manusia sehingga melampaui baku mutu air. Pembuangan sisa bahan seperti raksa dan plumbum tanpa kawalan rapi dapat mencemarkan kualiti air kawasan sekitarnya. Peningkatan kadar pencemaran air meliputi pencemaran sungai, tasik, air hujan, air bawah tanah dan lain lain yang berpunca daripada sisa domestik dan sisa perkilangan yang menjejaskan ekosistem akuatik.
  • 8.3.)PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semula jadi. la biasanya disebabkan oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian atau pelupusan sisa tidak wajar, bahan kimia yang paling biasa terbabit adalah pelarut, racun perosak, plumbum dan lain-lain. Pencemaran ini dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia. Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan tercemar dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah. Pemetaan laman tanah yang tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan komputer dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar dan juga pemahaman mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca pencemaran tanah.
  • 9.4.)PENCEMARAN BUNYI Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk menjalani kehidupan seharian. Penghasilan bunyi yang kuat dan bising daripada mesin pembuatan bangunan yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan lain. Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan tersebut.
  • 10.5.)PENCEMARAN SISA TOKSIK Bahan toksik dan berbahaya ini banyak dihasilkan oleh kilang pembuatan dan kejuruteraan. Bahan-bahan tersebut disimpan dalam lingkungan kawasan industri setakat yang mereka mampu. Sesetengah kilang menggunakan khidmat kontraktor persendirian untuk mengangkut bahan tersebut dan membuangkannya di tempat pembuangan sampah sarap atau pun di mana sahaja mereka rasakan sesuai. Ini bermakna sesetengah bahan toksik akan dibuang bukan sahaja di tempat pelupusan sampah sarap, tetapi juga di pinggir jalan raya, badan air dan tanah terbiar. 6.)PENCEMARAN SAMPAH SARAP Sampah sarap dianggap pencemar sekiranya bahan itu terdapat di kawasan ramai penduduk tertumpu. Oleh itu. pencemaran sampah sarap berlebihan merupakan masalah yang terdapat di bandar. Kemajuan ekonomi perkilangan dan kepadatan penduduk yang tinggi di sesebuah kawasan berupaya menghasilkan banyak sampah sarap.
  • 11.KESAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TERHADAP ALAM SEKITAR
  • 12.Y You can give a brief description of the topic you want to talk about here. For example, if you want to talk about Mercury, you can say that it’s the smallest planet in the entire Solar System
  • 13.OUR EVOLUTION Mercury is the smallest planet 1888 Venus has a beautiful name 1905 Earth is the third planet from Sun 1960 Mars is actually a cold place
  • 14.
  • 15.BANJIR DAN BANJIR KILAT Pembangunannan bandar yang terlampau pesat sepertiBanjir dan banjir kilat akibat daripada pembangu penerokaan kawasan tadahan air dan penimbusan paya serta tasik (wet land) untuk dibina kawasan perumahan, kadar penurapan muka bumi yang keterlaluan serta perubahan terhadap sistem saliran semula jadi. Pembersihan kawasan tumbuh-tumbuhan dan pertambahan kawasan berturap di bandar atau desa dan pinggir bandar meningkatkan isi padu luahan dan kadar larian air. Longkang dan anak sungai tidak mampu menampung isi padu air yang banyak ketika hujan lebat dan melimpah menyebabkan banjir kilat. KESAN HAKISAN TANAH Kesan hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap yang berpunca daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk seperti aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapak bina. Proses hakisan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan tanah tandus di kawasan tarahan lereng bukit yang tidak diurus. Penebangan hutan akan mengurangkan proses resapan air ke dalam tanah dan meningkatkan pengaliran air di permukaan bumi
  • 16.KESIHATAN MANUSIA TERJEJAS Kesan utama pencemaran alam sekitar adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasan seseorang itu akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Hal ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen dan seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas serta sistem pengaliran darah mengalami masalah dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit. KEHILANGAN SUMBER EKONOMI Pemusnahan dan kepupusan haiwan akuatik lain menjejaskan sumber pendapatan para nelayan. Pencemaran radioaktif seperti yang berlaku di Chernobyl telah menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor pertanian. Kawasan yang terlibat tidak dapat diusahakan dalam jangka masa yang panjang akibat pendedahan kepada sinaran radioaktif.
  • 17.PENINKATAN HABA BANDAR DAN KENAIKAN SUHU MIKRO Kesan pulau haba bandar dan kenaikan suhu mikro. Peningkatan suhu setempat di kawasan terbuka berpunca daripada sifat permukaan bandar yang berturap yang menyerap bahangan matahari dan memerangkap bahangan bumi, pembakaran bahan api fosil, kesan rumah hijau serta tenaga haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia di bandar. Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di kawasan bandar. Pembinaan bangunan yang sangat rapat antara satu sama lain juga menyebabkan haba berada di celah-celah bangunan dan dapat memanaskan permukaan bandar. ANCAMAN KEPUPUSAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI Kemusnahan habitat dan rantaian makanan akibat penerokaan hutan dan kawasan baru. Aktiviti-aktiviti pembangunan menyebabkan berlakunya kepupusan sumber semula jadi. Sesetengah spesies flora dan fauna pupus kerana pembangunan tanah untuk petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain lain. Strategi pembangunan wilayah misalnya telah menukarkan beribu-ribu hektar hutan semula jadi menjadi tanah pertanian.
  • 18.MENGANJURKAN KEMPEN TANPA BAG PLASTIK PADA SETIAP HUJUNG MINGGU DI PASAR RAYA MENTERAPKAN NILAI-NILAI MURNI MENGAJARKAN ATAU MENDEDAHKAN TENTANG PENJAGAAN ALAM SEKITAR ADALAH PENTING. MEMPERKASAKAN PERLAKSANAAN “GO GREEN” DALAM KALANGAN PELAJAR MENGANJURKAN KEMPEN 3R MENTEGASKAN TENTANG KEBERSIHAN ALAM SEKITAR DAN SEKELILING MEMPENGARUHI MASA DEPAN. MENGANJURKAN JUGA KEPADA AHLI KELUARGA UNTUK DITERAPKAN DI RUMAH SUPAYA ELAJAR LEBIH MEMAHAMI.
  • 19.Alam adalah anugerah yang tidak temilai harganya, Penjagaan yang baik bukan hanya mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat malah ia juga boleh mendatangkan pendapatan kepada negara. Keindahan flora dan fauna boleh dijadikan sebagai salah satu aset negara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat Malaysia. Ini secara tidak langsung turut akan menguntungkan masyarakat sekeliling dengan mengadakan geral-geral jualan untuk dikunjungi para pelancong Walau bagaimanapun, selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran sungal, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama, kita hendaklah berusaha bersama untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar KESIMPULAN
  • 20.A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS
  • 21.THANKYOU!!