1.
MPU13012
PENDIDIKAN ISLAM
PENILAIAN SUMATIF : EFOLIO
MUHAMMAD NABIL BIN OMARDI - P01SMN21F021
MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZAILANI - P01SMN21F032
NAMA PENSYARAH- ASMAHAN BINTI ABDULLAH
2.PENGENALAN
Pembelajaran ayat kefahaman dalam komponen Pengajian al-Quran merupakan sebahagian daripada kurikulum Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah yang mula dilaksanakan pada tahun 1993. Pada tahun 2002 semakan kepada Kurikulum PQS 1993 telah dibuat. Antara matlamat semakan ini ialah agar PQS yang diajar di sekolah menengah lebih berkesan dari segi penghayatan dan berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, 2002). Ini bermakna setiap murid mesti digalakkan menghayati ilmu-ilmu yang diperolehi daripada mata muridan PQS agar ianya memberi manfaat kepada dirinya di dunia dan di akhirat dan menjadikannya hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
3.Matlamat yang digariskan dalam Sukatan Muridan PQS dalam kurikulum Kebangsaan adalah untuk memantapkan penguasaan ilmu melalui pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah, dan ilmu yang berkaitan dengannya dalam memberi sumbangan kepada pembentukan dan perkembangan diri serta tamadun untuk menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang bertaqwa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
4.Kandungan kurikulum Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah disesuaikan dengan tuntutan dan perkembangan semasa. Hasil pembelajaran murid dinyatakan dalam bentuk perlakuan konkrit dan juga dalam bentuk penghayatan yang boleh menunjukkan penguasaan aspek kognitif (kefahaman), efektif (perasaan) dan psikomotor (amalan). Perlakuan yang perlu dikuasai murid diberi penekanan menyeluruh berdasarkan bidang-bidang berikut (Azma, 2006).
5.Pengertian Akidah
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
6.DALIL AKIDAH
Yang menentukan apakah dalil itu aqli atau naqli adalah fakta dari permasalahan yang ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahannya adalah fakta yang boleh diindera maka dipastikan dalilnya aqli bukan naqli. Namun jika permasalahannya tidak dapat diindera maka dalilnya adalah naqli. Dalil naqli itu sendiri diperoleh dari perkara yang boleh diindera. Maksudnya keberadaannya sebagai dalil tercakup didalam perkara yang dapat diindera. Kerana itu dalil naqli digolongkan sebagai dalil yang layak untuk diimani tergantung pada dalil aqli dalam menetapkannya sebagai dalil.
7.LISAN
Membaca dan memahami al quran dan hadis nabi
Berzikir, bertahlil, bertasbih dan berselawat
Bercakap benar
Nasihat menasihati kearah kebenaran
Berdoa
8.PERBUATAN
Menunaikan ibadat sama ada fardu atau sunat
Menolong gol yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, fakir miskin
Menuntut ilmu yang berfaedah
Beradab sopan dalam pergaulan
Melakukan kerja yang baik seperti berniaga, bertani
9.HATI
Sentiasa mengingati allah s.w.t
Yakin dengan pertolongan allah
Ikhlas melakukan ibadah dan amal kebaikan
Sangka baik terhadap allah
Bercita-cita tinggi dan bertawakkal kepada allah