Nota Solat Sempurna

0

Presentation Transcript

  • 1.Solat Tiang Agama Bidang : ibadah Pendidikan islam tahun 1
  • 2.4.5.1 Pengertian Rukun Solat Rukun Solat ialah perkara yang mesti dilakukan dalam solat. Jika tidak dilakukan, solat akan terbatal. Pengertian Rukun Solat
  • 3.4.5.2 Senarai rukun Solat. Rukun Solat ada 13 perkara, berikut merupakan rukun-rukun solat : Berdiri bagi yang mampu Niat, iaitu berniat solat dalam hati ketika takbiratul ihram. Lafaz niatnya ialah : Lafaz Niat Solat Subuh اُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَىٰ "Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” Rukun Solat
  • 4. Lafaz Niat Solat Zohor اُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَىٰ "Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala.” Lafaz Niat Solat Asar اُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَىٰ "Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
  • 5. Lafaz Niat Solat Maghrib اُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَىٰ "Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala” Lafaz Niat Solat Isyak اُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَىٰ "Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala” Makluman : Lafaz niat di atas hanyalah ditutur ketika sebelum melafaz takbiratul Ihram, manakala niat hendaklah di hadirkan di dalam hati ketika melafaz takbiratul ihram
  • 6.3. Takbiratul Ihram melafazkan اللهُ اَكْبَرُ maksudnya : Allah Maha Besar. 4. Membaca Surah Al-Fatihah ( dibaca sekadar dengar telinga sendiri ) : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّطَانِ الرَّجِيمِ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧ (Al-Fatihah, ayat 1 – 7)
  • 7.5. Rukuk dengan tokmaninah, sunat dibaca : سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ Maksudnya : Maha suci Tuhanku, yang Maha Agung dan dengan kepujiannya. 6. Iktidal dengan tokmaninah, iaitu berdiri seketika antara rukuk dengan sujud. Sunat dibaca : سَمِعَ اللهُ لِمِنْ حَمِدَهُ . رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ Maksudnya : Allah mendengar orang yang memujinya. Ya tuhan kami, untuk-Mu segala puji.
  • 8.7. Sujud dengan tokmaninah, sunat dibaca : سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَىٰ وَبِحَمْدِهِ Maksudnya : Maha suci Tuhanku, yang Maha Tinggi dan dengan kepujiannya. 8. Duduk antara dua sujud dengan tokmaninah, Sunat dibaca : رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ Maksudnya : Wahai Tuhanku, Ampunkanlah dosaku, kasihanilah aku, sempurnakanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, berikanlah petunjuk kepadaku, sihatkanlah badanku, dan maafkanlah segala kesalahanku.
  • 9.9. Duduk Tasyahud (Tahiyyat) Akhir 10. Membaca Tasyahud ( Tahiyyat ) Akhir ketika duduk tasyahud akhir : التَّحِيَاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَىٰ عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ ،أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ـ Maksudnya : Segala keberkatan dan penghormatan yang diberkati, dan pujian bagi Allah. Salam sejahtera kepada mu wahai Nabi dengan rahmat Allah dan keberkatannya. Salam sejahtera keatas kami dan seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W ialah pesuruh Allah.
  • 10.11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W selepas membaca tasyahud (tahiyyat) pada duduk terakhir : اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ مُحَمَّدٍ Sunat dibaca selawat yang sempurna, iaitu : اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَىٰ إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبۡرَاهِيمَ ، وَبَارِكۡ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ ،كَمَا بَارَكۡتَ عَلَىٰ إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبۡرَاهِيمَ ، فِى الۡعَالَمِينَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ Maksudnya : Ya Allah, berikanlah kesejahteraan ke atas Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya, sebagaimana engkau memberikan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarganya. Ya Allah, berkatilah Muhammad S.A.W dan keluarganya, sebagaimana engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya. Engkaulah Maha terpuji dan Maha mulia diseluruh alam.
  • 11.12. Memberi salam yang pertama : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ lafaz yang sempurna : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ Maksudnya : Sejahtera dan Rahmat Allah keatas kamu. 13. Tertib iaitu melakukan rukun solat mengikut turutan seperti yang disenaraikan.
  • 12.4.5.3 Membaca dan menghafaz lafaz niat solat fardu dan melakukan amali solat Murid diminta untuk membaca lafaz niat solat fardu secara latih tubi sehingga hafaz dan melakukan amali solat Fardu Subuh secara sempurna dengan merakam amali berkenaan dan menghantar kepada guru. Untuk makluman, rakaman berkenaan akan menjadi penilain bilik darjah kepada murid.
  • 13.Diakhir pembelajaran, diharapkan murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna dengan memastikan perkara-perkara rukun dilaksanakan dengan baik kerana meninggalkan perkara-perkara rukun membuatkan solat kita tidak sah. Semoga pembelajaran hari ini bermanfaat. --- Tamat --- 4.5.5 Mengaplikasi solat fardu di awal waktu
  • 14. Disediakan oleh : Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad Guru Pendidikan Islam SJKC Kong Min Cawangan Satu