PAMERAN BERTEMA DIGITAL MAULIDUR RASUL 2022

0

Presentation Transcript

  • 1.13 RABIULAKHIR 1444H / 8 NOVEMBER 2022 ANJURAN : PUSAT SUMBER SK DATUK USMAN AWANG
  • 2. Apakah maksud Maulidur Rasul? Maulidur Rasul adalah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
  • 3. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam pelbagai aspek kehidupan Beribadah dan mentaati Allah SWT. Ketinggian akhlak dan budi pekertinya. Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah. Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya. Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
  • 4.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
  • 5. Mengerjakan amalan- amalan mulia. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW Syarahan sirah Nabi Forum agama dan perpaduan Marhaban Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebih baik kita melakukan:
  • 6.
  • 7.
  • 8.USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  • 9.USIA 9 TAHUN Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu dengan mas kahwin sebanyak 500 dirham
  • 10.USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 45 TAHUN * Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. * Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
  • 11.USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
  • 12.Menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti, beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”. (Riwayat Muslim)