1.KITA MERDEKA
DISEDIAKAN OLEH:
HADEEF LUTFILLAH BIN HILMI
5 BIJAK
2.ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
SEJARAH KEMERDEKAAN
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
PENUTUP
3.PENDAHULUAN
Tujuan Buku Skrap ini dihasilkan adalah untuk menyertai pertandingan Buku Skrap Digital yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Padang Lumat.
Tujuan Buku Skrap ini ditulis juga adalah untuk melahirkan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa yang terpuji dan kita juga dapat membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, sebab dan akibatnya tentang sejarah negara kita.
4.SEJARAH KEMERDEKAAN
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.
5.Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
SEJARAH KEMERDEKAAN
Askar Jepun sedang mara di Kuala Lumpur
6.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila beliau membentuk Parti Perikatan pada 1952 sekali gus membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
SEJARAH KEMERDEKAAN
7.Sekembalinya Tunku Abdul Rahman dari London, beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka, pada 20 Februari 1956.
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara baharu.
SEJARAH KEMERDEKAAN
8.Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura kecuali Brunei, berhasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963
SEJARAH KEMERDEKAAN
9.DOL SAID
DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka dan berasal dari suku Semelenggang merupakan seorang pahlawan Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
10.TOK JANGGUT
Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
11.DATUK BAHAMAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
12.TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
RENTAP
Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak dilahirkan tahun 1800. Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’. Rentap juga digelar ‘Raja Darat’ merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap
13.TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
DATO MAHARAJA LELA
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
14.ROSLI DHOBI
Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
15.SEJARAH BENDERA MALAYSIA
16.BENDERA MALAYSIA
17.SEJARAH BENDERA MALAYSIA
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.
18.Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk
Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
19.Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
20.Bendera Malaysia Jalur Gemilang
Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
21.PENUTUP
“Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh kefahaman kebangsaan yang sempit. Kita hendaklahlah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan-kewajipan kitan sebagai manusia yang beriman.”
-Tun Abdul Razak Dato Hussien Perdana Menteri Malaysia
(1970-1976)