1.Pembetulan Salah Faham Terhadap Takdir
NUR ATHIRAH AMIL HAMZAH (U2002330)
NUSAIBAH BINTI MUHAMAD SHAFIE (U2100240)
KHOIRATUN HISAN BINTI ZAINUN (U2002332)
NORAZLIN BINTI AB BANTOK (U2002375)
QADAR
QADA’
KUMPULAN 30
IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
2.Isi Kandungan
3.1.1 Pengenalan
Pengertian Qada’ dan Qadar
Qada’
Qadar
Qadha adalah rencana dan qadar adalah perwujudan atau kenyataan, yang hubungan keduanya tak mungkin dipisahkan
Bahasa- Menyempurnakan sesuatu
Istilah- Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk
Contoh: Allah SWT menentukan sejak azali akan mencipta manusia di bumi.
* Qada’ berkaitan dengan kehendak (iradah) dan ilmu Allah SWT.
Bahasa- Menjelaskan kadar sesuatu.
Istilah: Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah sejak azali.
Contoh: Allah SWT menciptakan manusia yang telah mendiami bumi.
* Qadar berkaitan dengan kekuasaan dan perbuatan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
.......وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهٗ تَقْدِيْرًا
Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (Surah Al-Furqan 25:2)
4.Maksud Beriman Dengan Takdir Allah
1.2.3.4.
Meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku kepada makhluk telah ditentukan oleh Allah dengan ilmu dan kehendak-Nya.
Meyakini bahawa ketentuan yang dilaksanakan oleh Allah tersebut mengikut ketetapan.
Meyakini bahawa semua perkara sama ada yang baik atau buruk tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah SWT.
Meyakini bahawa setiap ketentuan Allah SWT tersebut mempunyai hikmah terhadap hambanya.
5.1. Pelaksaan sesuatu perkara mengikut ketentuan:
إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٤٧﴾
(Apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia.“)
2. Setiap sesuatu diciptakan mengikut ketentuan yang azali.
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ ﴿٤٩﴾
(Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
Rasulullah SAW bersabda:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّه
Maksudnya: Bahawa kamu beriman kepada Allah S.W.T, malaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya , Hari Akhirat, serta beriman kepada qadar Allah terhadap perkara yang baik dan buruk.
Dalil Naqli Kewajipan Beriman
6. Maksud: Ketentuan Allah SWT yang tidak
berubah dan dilaksanakan mengikut
kehendak dan kekuasaan-Nya.
Contoh: Bangsa dan jantina seseorang
Dalil: Allah SWT berfirman:
مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada
1.2 Jenis Takdir dan Contohnya
Qada’ Mubram
Qada’ Muallaq
Maksud: Ketentuan Allah SWT yang berubah kepada
ketentuan yang lain bersesuaian dengan usaha yang
dilakukan oleh hamba. Qada’ Asal akan berubah
kerana sebab yang tertentu.
Contoh:Pencapaian murid yang sederhana dalam peperiksaan (Qada’ Asal) bertukar kepada cemerlang (Qada’ yang berubah) kerana belajar bersungguh-sungguh.
Dalil: Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً ۚ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن يَأْتِيَ بِآيَةٍ
إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ ﴿٣٨﴾ يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ ﴿٣٩﴾
(Ar-Ra’d 13:38-39)
hambaKu". (Qaf 50:29)
7.FAHAMAN 1
Semua perkara telah ditentukan oleh Allah, maka tidak perlu berusaha.
-Contoh: Menyerahkan untung nasib kepada Allah tanpa perlu berusaha dan berikhtiar mencari rezeki dengan alasan segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
FAHAMAN 2
Menyalahkan takdir apabila ditimpa bencana atau kesusahan
- Contoh: Diuji dengan kematian ahli keluarga atau dilanda sakit yang berpanjangan
- Tindakan mempersoalkan atau menolak takdir Allah SWT perlu dihindari kerana hakikatnya, setiap Mukmin itu akan diberi ujian untuk melihat sejauh mana keyakinan dan keimanan kepada-Nya.
FAHAMAN 3
Melakukan maksiat adalah takdir Allah
-Contoh: Seseorang itu menjadi pencuri kerana sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
-Alasan ini tidak tepat kerana setiap hamba memiliki pilihan dan kemampuan untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan.
1.4 Salah Faham Konsep Qada’ dan Qadar
8.1.5 Punca Salah Faham Terhadap Takdir
Takdir menolak usaha dan ikhtiar
Seseorang itu menyangka sama ada mereka berusaha atau tidak ketetapan akan berlaku.
Sebagai contoh, mereka menggunakan hujah sebegini untuk melarikan diri daripada kewajipan kerana merasakan Allah sudah menetapkan segalanya untuk manusia.
Tidak berdamai dengan takdir
Bertindak menyalahkan takdir sewaktu berada dalam kesukaran misalnya dalam aspek ajal dan maut.
Ajal dan maut adalah ketentuan yang tiada sesiapa mampu mengubahnya. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang masih lagi salah faham terhadap konsep takdir dengan mengkritik akan apa yang berlaku ke atas diri mereka dan merasa sedih yang berlebihan apabila diuji dengan kematian sehingga ke tahap mengganggu emosi.
Takdir bertentangan dengan konsep doa
Qada’ ialah pelaksanaan kepada qadar. Qada’ ibarat sebatang panah yang sedang meluncur menuju sasaran. Walau bagaimanapun, Allah telah menjadikan doa sebagai penangkis qada’ tersebut.
Sabda Rasulullah SAW, “Tiada sesuatu boleh menolak
qada’ kecuali doa.”
9.1.6 Cara Mengelakkan berlakunya Salah Faham Terhadap Takdir
Sentiasa bersangka baik kepada Allah
Memahami makna takdir yang sesungguhnya
Salah memahami makna takdir boleh menyebabkan batalnya keimanan seseorang. Beriman kepada takdir yang sebenarnya bukan bermaksud menidakkan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat sesuatu. Terdapat dalil yang menjelaskan tentang kehendak dan kemampuan makhluk seperti dalam surah An- Naba’ ayat 39 dan At- Taghobun ayat 16.
Namun begitu ada juga yang beranggapan bahawa kita perlulah pasrah terhadap takdir tanpa melakukan usaha sama sekali. Oleh itu, untuk mengekang salah faham terhadap takdir ini berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri maka sewajarnya kita memahami makna takdir yang sesungguhnya.
Sikap bersangka baik kepada Allah SWT perlu diaplikasikan dalam kehidupan seorang hamba bagi mengelakkan berlaku salah faham terhadap takdir yang ditentukan-Nya. Kejadian yang ditimpakan kepada seorang manusia boleh menjadi musibah atau nikmat. Di saat ditimpa musibah, bersabarlah dan di saat diberikan nikmat maka bersyukurlah.
Bersangka baik juga bermaksud berfikiran positif bahawa Allah akan menjawab permintaan kita. Berdoa dan percaya bahawa Allah mengatur segala perkara di dunia ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Allahlah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak atas sesuatu.
10.1.7 Hikmah Memahami Konsep Sebenar Takdir
Hikmah
Memotivasikan manusia untuk melazimkan ikhtiar dan beramal dengan bersungguh-sungguh.
Dapat menguatkan sikap bertawakkal kepada Allah S.W.T dengan menyedari bahawa manusia hanya mampu berusaha dan berdoa kerana Allah lah yang akan menentukannya.
Memberikan ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup dengan mensyukuri nikmat dan kebahagiaan yang diperoleh.
Memupuk sikap sabar dalam diri setiap insan agar menerima kententuan Allah mendorong manusia untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah yang memiliki kekuasaan dan kehendak yang mutlak.
11. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya kami berjaya menyiapkan buku digital ini pada masa yang ditetapkan. Kami telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru dipelajari sepanjang melakukan tugasan bagi subjek IIX1004 Pengantar Pengajian Usuluddin.
Kami mengucap sepenuh penghargaan kepada Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin, di atas kepercayaan beliau memberi dan menolong kami menyiapkan tugasan ini serta rakan seperjuangan saya yang telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini.
Di kesempatan ini, saya berharap perkongsian buku digital kami berkaitan pembetulan salah faham terhadap takdir ini dapat membantu memahami konsep takdir yang sesungguhnya serta menambah pemahaman kami dalam menimba ilmu ini.
Syukur Alhamdulillah.
Rijaluddin bin Yahya, Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah, Nurafidah binti Abdullah, Khairaniah binti Abu Hasan, 2018. Pendidikan Islam. Zawinnajah binti Muhamad Kaslan, Alif Afifi Bin Azhari. No. Siri Buku 0080. Edi 1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 111-114.
Latifah Arifin, 2018. Bersangka baik, reda terima takdir. Berita Harian, 4 September. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/09/469537/bersangka-baik-reda-terima-takdir
Ustaz Hafiz Za’farani, 2020. Berdamai dengan takdir. Harian Metro, 12 Oktober. https://www.hmetro.com.my/addin/2020/10/629761/berdamai-dengan-takdir
Syed Muhammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman, Che Zarrina Sa’ari, 2008. Kesan Kefahaman Konsep Takdir Terhadap Pembangunan Modal Insan. Jurnal Usuluddin (27), 14-23. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6326
Ahmad Syukri Yusof, 2018. Reda terima nikmat, ditimpa musibah. Berita Harian, 2 Mac. https://www.google.com/url?q=https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/03/394689/reda-terima-nikmat-ditimpa-musibah&usg=AOvVaw2yql7DPxM0FILiqvlIQhyl
Rujukan
Penutup