1.MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E- FOLIO : TRAGEDI 13 MEI 1969
NAMA PENSYARAH: ENCIK KAMARUL HISAM
2.Tragedi
13 Mei 1969
3.ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
FAKTOR 13 MEI 1969
LATAR BELAKANG
OBJEKTIF
KESAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
4.PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969.
Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
5.FAKTOR 13 MEI 1969
KEBENCIAN DI ANTARA KAUM
ISU SENSITIF SEWAKTU KEMPEN PILIHAN RAYA
PERARAKAN PENGEBUMIAN
PERARAKAN KEMENANGAN
KUMPULAN KONGSI GELAP CINA
PENGARUH KOMUNIS
KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI
6.Kebencian di antara kaum
Sifat saling benci-membenci di antara kaum merupakan salah satu faktor yang membawa kepada tercetusnya “Perang Kaum” pada 13 Mei 1969. Peristiwa layanan penjajah Jepun yang berbeza-beza di antara kaum sewaktu zaman pendudukkan Jepun ternyata merupakan satu peristiwa yang dapat membuktikan titik permulaan ketidakpuasaan hati di antara kaum yang akhirnya menimbulkan sifat kebencian kaum Cina terhadap kaum Melayu. Orang Cina di berikan layanan yang buruk serta dihukum oleh Jepun sebagai balasan mereka kerana memberi sokongan dan bantuan moral dan material kepada golongan nasionalis Cina dalam “Perang China-Jepun”. Ekoran daripada itu, orang Cina tidak mampu menahan lagi kekerasan yang diberikan kepada mereka lalu mereka bangkit dengan mencuba untuk menubuhkan Kerajaan Komunis Malaya yang akhirnya membawa kepada bibit pertelingkahan kaum antara kaumCina dengan kaum Melayu. Hal ini kerana, ahli dan penyokong. Komunis kebanyakkannya terdiri daripada orang Cina manakala anggota pihak polis dan regim Malaya secara eksklusifnya adalah terdiri daripada orang Melayu.
7.Isu sensitif semasa pilihan raya
Kempen pilihan raya dilaksanakan selama lima minggu sehinggalah Pilihan raya Negeri serta Persekutuan dijalankan. Setiap parti yang bertanding dapat berkempen dalam tempoh masa yang lama bagi menarik para pengundi masing-masing. Misalnya, parti MCA, GERAKAN dan DAP menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh sokongan daripada pengundi kaum Cina, ternyata ketiga-tiga parti tersebut menghadapi persaingan yang sengit dalam meraih kepercayaan para pengundi. Bertitik tolak dari kenyataan di atas, persaingan yang sengit antara parti-parti tersebut untuk mendapatkan undian daripada kaum Cina telah mendorong sesetengah parti tersebut menggunakan dan memanipulasikan isu-isu perkauman secara melampau dan berlebihan sewaktu berkempen.Antara isu perkauman yang digunakan meluas sewaktu berkempen adalah berkaitan dengan isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan kaum Melayu, hak dan kedudukan istimewa bumiputera Melayu, agihan pekerjaan dalam perjanjian yang terdapat di dalam kontrak sosial secara mutlaknya telah diabaikan oleh ahli politik pembakang iaitu isu mengenai kaum bumiputera yang merujuk kepada kaum Melayu diberikan kedudukan yang istimewa sebagai ganti hak kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu. Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan lagi bahawa perbuatan ahli pembangkang sedikit sebanyak telah mencabar perlembagaan negara khususnya berkaitan dengan Perkara 153 iaitu mengenai hak-hak istimewa orang Melayu. Rentetan daripada manipulasi isu-isu perkauman secara berterusan oleh orang bukan Melayu telah mendorong kaum Melayu untuk bertindak balas. Misalnya, orang Melayu mempersoalkan punca-punca ekonomi negara yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu di sebuah negara yang majoritinya orang Melayu.
8.Perarakan pengebumian
Parti Buruh telah membuat perancangan untuk mengadakan upacara ‘Perarakan Pengebumi’ secara besar-besaran pada 10 Mei 1969 iaitu pada hari berlangsungnya pilihan raya. Upacara ini sebenarnya mempunyai muslihat yang terselindung sejajar dengan matlamat utama mereka iaitu ingin menganggu kelancaran perjalanan pilihan raya. Rancangan mereka gagal apabila pihak polis tidak membenarkan mereka melakukan upacara ‘perarakan pengebumian’ pada 10 Mei 1969. Sungguhpun demikian, pihak polis tetap memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan upacara tersebut tetapi dengan mematuhi beberapa syarat. Antara syarat-syarat yang mesti mereka patuhi ialah, perarakan tersebut mestilah di lakukan pada 9 Mei 1969 supaya kelancaran pilihanraya tidak tergugat dan bilangan yang menyertai perarakan tersebut mestilah tidak melebihi beberapa ratus orang supaya perarakan tersebut tidak mengganggu kelancaran trafik di Kuala Lumpur. Pada hakikatnya, sebaliknya yang berlaku pada hari perarakan tersebut berlangsung iaitu, perarakan tersebut disertai oleh ribuan orang. Pendek kata, mereka sedikit pun tidak mengendahkan syarat yang ditetapkan oleh pihak polis. Tambahan pula perarakan tersebut mencetuskan suatu suasana yang dingin apabila orang yang menyertai perarakan tersebut telah melaungkan slogan Maost dan memprovokasi orang Melayu yang menyaksikan perarakan tesebut dengan menjerit “Malaisi” yang membawa maksud ‘Orang Melayu Pergi Mampus’. Secara tidak lansung, laungan yang sedemikian sedikit sebanyak telah membangkitkan rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina. Oleh itu, makin bertambah parah lah rasa kebencian orang Melayu terhadap orang Cina kerana laugan tersebut boleh diannggap sebagai satu penghinaan terhadap kaum Melayu. Sejurus dengan itu, selang beberapa hari rasa kebencian akhirnya terluah sebagaimana yang diterjemahkan pada 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama di Malaysia.
9.Perarakan kemenangan
Perarakan Kemenangan” yang dilakukan secara berlebihan dan kemudiannya disusuli pula dengan beberapa perarakan kecil yang lain. Perarakan sedemikian di lakukan sebagai lambang kegembiraan para peyokong DAP dan GERAKAN setelah meraikan kemenangan diluar jangkaan mereka. Dr Than Chee Khoon pemimpin dan calon parti GERAKAN yang menang di kawasan parlimen Batu memohon permit polis untuk mengadakan ‘perarakan kemenangan’ pada 12 Mei 1969. Namun begitu, DAP telah mengadakan beberapa perarakan tanpa meminta permit daripada pihak polis awal sehari daripada parti GERAKAN iaitu pada 11 Mei 1969. Pada 12 Mei 1969, sebahagian penyokong ‘Perarakan Kemenangan’ tersebut menaiki kenderaan manakala yang lain hanya berjalan kaki yang merupakan jalan yang disediakan oleh pihak polis.Perarakan tersebut berlangsung di Kampung Melayu yang terletak di Petaling Jaya. mereka bukan sahaja menjerit dan melaung sebagai tanda kemenangan bahkan laungan mereka turut diselang–selikan dengan ejekan dan penghinaan yang dihalakan kepada orang Melayu yang mereka temui sepanjang perjalanan perarakan tersebut. Misalnya, mereka melaungkan slogan “Melayu Mati” dan “Cina Kuasa”. Tidak ketinggalan juga pegawai polis dari kaum Melayu yang bertugas turut menjadi sasaran ejekkan penyokong perarakan tersebut. Mereka bukan sahaja menunjukkan isyarat lucah malah turut menjeri-jerit kata-kata yang berunsurkan lucah kepada pegawai bertugas berkenaan. Justeru itu, isyarat-asyarat serta laungan-laungan yang kesat yang melampaui batas ternyata akhirnya mengundang padah apabila timbul ketidakpuasan orang Melayu serta orang Melayu turut memandang serong terhadap orang Cina. Ketidakpuasan hati ini serta tanggapan buruk di antara kaum akhirnya terluah dengan dasyatnya pada 13 Mei 1969.
10.Kumpulan Kongsi Gelap Cina
Kumpulan kongsi ini mula bertapak di negara ini seiring dengan kehadiran gelombang pertama kedatangan pendatang Cina pada kurun ke-19. Penubuhan “kongsi gelap cina” kebanyakan didorong oleh hasutan komunis. Hasutan yang dibawa oleh komunis itu adalah berkaitan dengan fakta bahawa majoriti anggota polis dan tentera di Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu. Keraguan serta ketidakpercayaan orang cina terhadap orang Melayu mula timbul. Buktinya, orang Cina merasakan bahawa mereka tidak boleh bergantung harapan kepada institusi pertahanan dan keselamatan serta undang-undang untuk membela diri mereka. Keadaan bertambah parah apabila, keraguan serta salah faham orang Melayu terhadap orang Cina turut timbul apabila sesetengah ahli “Kumpulan Kongsi Gelap Cina” ini juga turut menganggotai cawangan-cawangan parti Buruh yang dikuasai oleh komunis. sesetengah ahli kumpulan tersebut sering bertindak untuk memenuhi objektif mereka terutama sekali untuk mencetuskan huru-hara. Sebagai contoh, pada 14 Mei 1969 tiga orang anggota polis yang sedang meronda mendapati sekumpulan belia Parti Buruh sedang mengecat slogan anti-pilihanraya di Kepong. Seterusnya, pihak polis tersebut menghampiri kumpulan berkenaan. Berikutnya, dengan pantas kumpulan belia berkenaan terus menyerang pihak polis dengan batang kayu dan lastik bebola besi Secara tidak langsung, berlakulah salah faham diantara kaum Melayu dengan kaum Cina. Misalnya, orang Melayu kurang selesa dengan tindakan kaum Cina yang mencetuskan beberapa peperangan melalui “Kumpulan Kongsi Gelap Cina”. Manakala, kepercayaan orang Cina terhadap orang Melayu diragui kerana mereka merasakan keselamatan mereka terancam. Ekoran daripada itu, wujudlah semangat perkauman yang hebat sehingga membawa kepada permusuhan kaum.
11.Pengaruh Komunis
Peristiwa 13 Mei 1969 turut tercetus akibat daripada tersebarnya pengaruh komunis secara meluas di kalangan masyarakat pada waktu itu. Penyataan ini dapat di kukuhkan lagi apabila beberapa ilmuwan seperti Taylor dan Chang turut mengaitkan Peristiwa 13 Mei 1969 tercetus akibat daripada radikalisme Parti Komunuis Malaya (PKM). Selain itu, pernyataan ini turut di sokong oleh Tunku Abdul Rahman dengan berpendapat bahawa PKM adalah dalang di sebalik peristiwa yang tragis itu dengan menggunakan organisasi rahsia China. Parti Komunis yang berasal dari negara China ditubuhkan pada tahun 1921 telah berjaya menyingkirkan ideologi anarkisme yang sudah bertapak Tanah Melayu. Pada tahun 1930, Parti Komunis Tanah Melayu (PKTM) mula ditubuhkan. Pada zaman ini, PKTM berada di bawah pengawasan Komunis Antarabangsa. Segala Arahan yang diperintahkan oleh Komunis Antarabangsa haruslah dipatuhi oleh PKTM. Misalnya, PKTM diberi arahan agar pengaruh komunis hendaklah disebarkan kepada kaum lain dan tidak tertumpu sahaja kepada kaum Cina. Sasaran utama Komunis Antarabangsa bagi memperluaskan fahaman komunis ialah kaum Melayu yang terdiri daripada kaum petani. PKTM turut mengambil bahagian dalam menjayakan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu dengan harapan PKTM akan di terima dan mendapat sokongan oleh kaum Cina sebagai protes daripada tercetusnya perang China-Jepun yang berlaku pada tahun 1931 di Mancuria. Implikasinya, perasaan saling mendedami antara Cina dengan Jepun semakin menebal. Secara tidak langsung, gerakan anti-Jepun telah mengakibatkan rusuhan dan tunjuk perasaan sering berlaku di Tanah Melayu. Keamanan Tanah Melayu sering goyah dan meninggalkan tanggapan yang negatif di fikiran kaum lain terhadap kaum Cina. tanggapan negatif antara kaum Cina dan Melayu menjadi makin mendalam apabila pihak Jepun membentuk Angkatan Polis Malaya. Hal ini kerana, sebahagian besar Angkatan Polis Malaya terdiri daripada kaum Melayu dan angkatan ini di tubuhkan untuk menekan kaum Cina. Hubungan antara kaum Cina dan Melayu menjadi tegang dan seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Setelah sekian lama perasaan itu di pendam maka, berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama dan paling dasyat sebagai tanda protes antara kaum Cina dan Melayu.
12.Ketidakseimbangan ekonomi
Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum berlaku akibat daripada kesan dasar pemerintahan baru oleh pihak British iaitu, ‘dasar pecah dan perintah’. Pihak British menjalankan dasar ini adalah semata-mata ingin mengaut keuntungan demi mengukuhkan ekonomi mereka. Oleh sebab itu, pihak British amat memerlukan sumber bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu. Melalui dasar ‘pecah dan perintah’, pihak British telah mengelaskan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu mengikut jenis kaum. Kaum Melayu di tugaskan menjalankan ekonomi tradisional mereka, iaitu lebih kepada ekonomi sara diri. Misalnya, kaum Melayu menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penanaman sawah padi. kaum Melayu di tempatkan di kawasan kampung. Manakala, kaum Cina diarahkan menjalankan ekonomi yang berteraskan ekonomi moden iaitu aktiviti pembinaan, perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Oleh sebab itu, pihak British menempatkan kaum Cina di kawasan bandar dan pekan. Kaum India pula, diarahkan menjalankan perusahaan getah maka sebab itulah mereka ditempatkan di estet. Dasar ‘pecah dan perintah’ ini banyak mendorong kearah yang negatif berbanding positif. Buktinya, berlaku jurang ekonomi yang besar di antara kaum. Kaum Melayu dan India terbelenggu dalam kemiskinan kerana kadar pulangan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka kurang memberangsangkan. Kaum cina boleh dikatakan berada dalam kelompok yang selesa, mewah serta berada kerana pulangan hasil kegiatan ekonomi moden mereka cukup lumayan. Secara langsung, timbul perasaan ketidakpuasan hati kaum lain khususnya Melayu terhadap kaum Cina kerana orang Melayu seolah-olah kehilangan kuasa ekonomi di tanah air mereka sendiri. orang Cina diberikan kebebasan serta hak di dalam aspek ekonomi oleh pihak British antaranya, mengawal kegiatan ekonomi di bandar, dibenarkan mengambil alih pelaburan-pelaburan British, mendapat kontrak Kerajaan ke atas projek yang bernilai jutaan ringgit dan sebagainya. Manakala, orang Melayu hanya digalakkan meneruskan kegiatan tradisional pertanian dan perikanan sahaja. Pendek kata, orang bukan Melayu telah berjaya menguasai ekonomi khususnya dalam sektor utama di Tanah Melayu yang merupakan tanah hak kelahiran orang Melayu
13.Latar Belakang
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan. Bila keadaan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama. Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.
14.Objektif
Mengkaji dan mengenalpasti punca punca dan faktor yang membawa kepada peristiwa 13 Mei ini berlaku
Mengenalpasti dasar yang lebih baik yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk perpaduan selepas peritiwa 13 mei ini berlaku.
Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak untuk mengekalkan perpaduan dan memastikan peristiwa seperti 13 mei itu tidak berlaku lagi di Malaysia.
15.KESAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
16.kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.
17.Rujukan
Faktor-faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei (123dok.com)
Peristiwa 13 Mei - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Peristiwa 13 Mei (rmp.gov.my)
18.Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca
Semoga ilmu yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.