Majlis e-Khatam SKSBU 2023

0

Presentation Transcript

  • 1.18 APRIL 2023M / 27 RAMADAN 1444H SELASA 8.30 PAGI - 11.00 PAGI PUSAT SUMBER SEKOLAH SKSBU MAJLIS e-KHATAM QURAN 2023 APLIKASI ZOOM PERASMI: GURU BESAR SK SERI BINTANG UTARA
  • 2.SURAH AL-FATIHAH
  • 3.Khatam Al-Quran selain melengkapkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan, juga untuk mentarbiah dan membudayakan generasi muda amnya murid-murid Islam SK Seri Bintang Utara bersama sekolah kolaborasi, khasnya terhadap menghayati dan memahami isi kandungan dalam kitab suci Al Quran. Setidak-tidaknya pendidikan formal di sekolah akan menjadi kesinambungan cinta Al-Quran di kalangan generasi Islam kita apabila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat. Meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah seterusnya mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Di samping memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam untuk memahirkan bacaan Al - Quran. Menghubungkan tali silaturrahim serta mengeratkan jalinan dan jaringan ukhuwwah antara warga sekolah SK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur dengan sekolah-sekolah SBT dalam Malaysia. Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman antara Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara dan sekolah jaringan. Melahirkan murid celik Al-Quran serta mantap dan lancar dalam bacaan Al-Quran. Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran serta yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan seharian. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar yang terpilih. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. SK SERI BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR SK BUKIT DAMANSARA, KUALA LUMPUR SK SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR SK SAUJANA IMPIAN, SELANGOR SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR SK (P) METHODIST, PAHANG SK JAWI, PENANG PENGENALAN PENYERTAAN OBJEKTIF
  • 4. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Al-Quran menerusi Jaringan dan Jalinan tujuh buah sekolah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru khususnya Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam atas usaha melaksanakan program ini dengan jayanya. Program Khatam Al-Quran pada tahun ini sangat istimewa kerana untuk julung kalinya dibuat secara atas talian iaitu e-KHATAM QURAN 2023 yang berkobolarasi bersama SK Seri Bintang Utara, SK Bukit Damansara, SK Setiawangsa, SK Saujana Impian, Sk (P) Sultan Ibrahim, SK (P) Methodist dan Sk Jawi.   Penganjuran program ini bertujuan memupuk dan menyuburkan minat membaca Al-Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan hasil seperti yang kita lihat pada hari ini. Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang.   Bagi anak-anak sekalian, jadikanlah “perjuangan” pembacaan dan pembelajaran Al-Quran ini sebagai titik tolak untuk menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini. Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang berjaya menyertai Majlis Khatam Al-Quran ini, akan mencetus semangat dan kesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa-masa akan datang. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pejabat Pendididan Daerah Bangsar Pudu.   Akhirnya, saya mendoakan majlis ini akan dilimpahi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. SEKIAN, TERIMA KASIH. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKSBU
  • 5. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita bersama-sama di hari yang berbahagia ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al Quran 2023. Majlis Khatam Al-Quran merupakan majlis tahunan yang diadakan pada bulan Ramadan. Majlis ini juga merupakan majlis bagi program Ihya’ Ramadan dan memberi makna bahawa Ramadan Al Mubarak semakin meninggalkan kita. Begitulah ajaibnya bulan Ramadan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Semua perkara mampu untuk laksanakan di bulan penuh barakah ini. Namun, jangan jadikan majlis Khatam Al Quran pada hari ini sebagai penamatnya bacaan Al-Quran pada tahun ini. Teruskanlah bacaan kitab suci ini dan jadikanlah ianya sebagai amalan kita setiap hari. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih dengan tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Majlis Khatam Al Quran pada tahun ini. Saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG SKSBU
  • 6.TENTATIF PROGRAM
  • 7.AHLI JAWATANKUASA
  • 8.SENARAI NAMA PESERTA & AGIHAN SURAH
  • 9.DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN
  • 10. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga sekolah SK Seri Bintang Utara, SK Bukit Damansara, SK Setiawangsa, SK Saujana Impian, SK (P) Sultan Ibrahim, SK (P) Methodist, SK Jawi, murid-murid serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini. Mudah-mudahan majlis ini dapat dimanfaatkan serta mendapat ganjaran berlipat ganda daripada-Nya. Sekalung Penghargaan & Terima Kasih