EFOLIO MPU23012

0

Presentation Transcript

  • 1.SALAH FAHAM HAK DAN KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM SITI NUR AISYAH BINTI ABDUL KARIM. (25DPM21F2002) ANIS NATASHA BINTI OSMAN. (25DPM21F2006) NUR AFRINA NADIRAH BINTI AZLAN (25DPM21F2028) FARRAH HANEEZA BINTI MOHD NAZRI (25DPM21F2024) MPU23012 | PENGAJIAN ISLAM | SESI I 2022/2023 NAMA PENSYARAH:USTAZ KHAIRUL FITRI BIN MOHD
  • 2.SENARAI KANDUNGAN.
  • 3.i. PENGHARGAAN. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdullilah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, maka tugasan yang diberikan telahpun selesai. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan buat Ustaz Fikri pensyarah Pengajian Islam kami yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang gigih siang dan malam dalam menyiapkan tugasan ini dan membantu kami dalam hal-hal yang kami kurang tahu. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung . Semoga segala kerjasama dan usaha yang diberikan akan diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil tugasan kami ini memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran. I.
  • 4.ii. OBJEKTIF KAJIAN. Tujuan kami membuat E-folio ini adalah untuk mengenalpasti tanggapan masyarakat non-muslim dan muslim terhadap Salah Faham Hak dan Kedudukan Wanita Dalam Islam.Secara khususnya, objektif kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti berikut :- Untuk menghuraikan dengan lebih mendalam tentang Salah Faham Hak dan Kedudukan Wanita . Untuk menghuraikan pandangan masyarakat non-muslim dan muslim mengenai tajuk kami. Untuk menambah ilmu tentang jenis-jenis hak wanita yang dipraktikkan dalam islam . II.
  • 5.iii. PENGENALAN. Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia.Antara salah satu salah fahamnya adalah berkaitan hak dan kedudukan wanita dalam islam. Ramai masyrakat pada hari ini melihat bahawa agenda pembebasan wanita itu dimulakan oleh barat. Ramai juga yang melihat bahawa perjuangan hak kesamarataan dan kebebasan wanita hanya bermula pada abad yang ke 20. Sebenarnya, hak kebebasan wanita itu telah bermula sejak kedatangan Islam.Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW pejuang paling gigih untuk meningkatkan martabat kaum wanita.baginda juga mengecam dan ikut membanteras sikap masyarakat Jahiliyah, contohnya , pembunuhan bayi wanita. Beliau sangat hormat pada isteri dan sayang pada wanita aktif, terbukti bahwa isteri beliau Khadijah adalah seorang usahawan dan Aisyah diberikan kesempatan untuk ikut berjuang.Ia berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Sumber rujukan utama kepada hak-hak wanita dan kebebasan yang mereka miliki adalah al-Qur’ān dan al-Hadīth. Ini merupakan sumber rujukan Islam terhadap isu-isu wanita. III.
  • 6.1.0 Pandangan masyarakat non-muslim terhadap salah faham hak dan kedudukan wanita dalam Islam. Masyarakat non-muslim terutama masyarakat barat menganggap bahawa Islam menindas golongan Wanita.Tambahan pula, sikap prejudis mereka apabila melihat identiti Wanita muslim. Imej wanita muslim seperti pemakaian tudung atau purdah telah dipaksa untuk duduk di rumah sahaja serta tidak dibenarkan memandu kenderaan. Sesetengah Negara di dunia ini telah mewujudkan undang-undang menindas kaum wanita yang sebenarnya lebih kepada undang-undang yang diperkenalkan sendiri brdasarkan budaya negara mereka dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan orang Islam.ini kerana, negara-negara tersebut tidak mempunyai pandangan yang seimbang terhadap ekuiti jantina. 1.
  • 7.1.1 Islam agama yang mementingkan hak dan kedudukan wanita. Manusia perlu tahu bahawa Islam tidak mengajar untuk menindas kaum wanita malah wanita perlu dijamin serta diberikan hak hak yang sewajarnya. Bukan wanita sahaja, Islam juga memberikan hak ekuiti yang seimbang kepada kaum lelaki walaupun peranan yang berbeza beza tetapi saling lengkap-melengkapi diantara satu sama lain. Kesempurnaan Islam ini juga diperjelaskan lagi dengan cara Islam meletakkan wanita samada bujang atau sudah berkahwin sebagai satu individu yang mempunyai hak-hak tersendiri, termasuklah hak untuk memiliki pekerjaan, pendapatan , harta dan kekayaan.selain itu , mas kahwin wajib diberikan kepada wanita daripada pihak lelaki. Mengenai sudut pakaian, mereka perlu memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak melampau bagi membentuk akhlak seseorang. Kaum lelaki juga ditegaskan untuk bertingkahlaku baik terhadap isteri. Penindasan dari segi apa jua cara sekalipun terhadap wanita amatlah tidak selari dengan Islam dan juga tidak sesekali dibenarkan. Sebagai contoh, tiada unsur paksaan dalam melakukan sesuatu diluar kemampuan dan kehendak kaum wanita. 2.
  • 8.2.0 JENIS-JENIS HAK WANITA DALAM AGAMA ISLAM. I.HAK KEMANUSIAAN Kedudukan wanita sentiasa terbela dalam Islam. Ini kerana, Islam mengangkat kedudukan wanitanya iaitu dengan cara tidak meletakkan had kepada wanita untuk meningkatkan kedudukan moral mereka di sisi agama. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf kedudukan yang setaraf di antara lelaki dan wanita. II. HAK KEHIDUPAN Wanita dibenarkan mendapat hak sivil. Ianya telah termasuk dalam jaminan Islam terhadap hak kebebasan wanita untuk bersuara, memilih, memberi pendapat dan memilih agamanya sendiri. Contoh lain bagi hak sivil wanita ialah mengenai perkahwinan dan nama. Wanita diberikan kesempatan untuk memilih pasangan hidupnya dan juga boleh membuat keputusan sama ada bersetuju ataupun tidak keatas lamaran seseorang lelaki. Yang lebih menarik lagi , kaum wanita juga boleh menjadi saksi di dalam kes-kes perundangan . 3.
  • 9.2.0 JENIS-JENIS HAK WANITA DALAM AGAMA ISLAM. III. HAK SOSIAL Islam membenarkan wanita untuk bekerja demi menyumbangkan kebaikan kepada agama,masyarakat, dan juga Negara. Islam membenarkan wanita bekerja di luar rumah asalkan mereka tidak mengabaikan tanggungjawab yang ada pada dirinya iaitu sebagai seorang isteri . Contohnya, dalam menyediakan keperluan suami, membesar dan memberi didikan kepada anak-anaknya. Bak kata kaum wanita “ bukan senang menjadi seorang ibu “ jadi disebabkan itu, Nabi Muhammad S.A.W. menyebut secara jelas bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hadis ini sekaligus memberi gambaran bahawa kejayaan seseorang itu adalah bersandar kepada golongan wanita dan ibu. 4.
  • 10.2.0 JENIS-JENIS HAK WANITA DALAM AGAMA ISLAM. IV. HAK EKONOMI Islam mengangkat kedudukan wanita dengan memberi kepercayaan di dalam tugas mendidik. Seterusnya, wanita mempunyai hak untuk mendapat bantuan kewangan untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Malah, di dalam sebuah keluarga, wanita berhak untuk bertindak sebagai pengawal aliran kewangan. Wanita mempunyai hak untuk mencari rezeki dan bekerja. Mereka berhak untuk memiliki harta, tanah atau rumah. Mereka berhak untuk terlibat dengan kontrak jual beli, serta berhak untuk menguruskan segala aset yang mereka ada dalam apa jua bentuk yang mereka fikirkan sesuai. Wanita Muslim mempunyai hak untuk menguruskan perniagaan mereka, dan tiada siapa boleh meminta hasil pendapatan atau keuntungan perniagaannya itu, termasuklah suaminya. V. HAK SEBAGAI SEORANG ISTERI. Dalam islam, sebagai seorang isteri, dia berhak mendapatkan penyelenggaraan. Suami dituntut untuk memastikan kelengkapan penelenggaraan cukup, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Penyediaan ini merupakan tanggungjawab suami walaupun isteri mempunyai harta.Namun begitu, isteri tidaklah boleh meminta-minta sesuatu yang diluar batas kemampuan suaminya. Isteri berhak untuk mendapat layanan terbaik dari suami. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling sempurna dikalangan kamu ialah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terbaik dikalangan kamu ialah yang paling baik akhlak ke atas isterinya.” 5.
  • 11.3.0 KEDUDUKAN WANITA MENURUT ISLAM DAN AL-QURAN. diatas membawa maksud bahawa mas kahwin adalah sepenuhnya milik wanita yang bergelar isteri. Penggunaannya terserah kepada pihak isteri, termasuk apabila dia mahu memberikan kepada suami atau tidak memberikannya. Surah Al-Nisa’ juga menyatakan bahawa suami adalah pemimpin terhadap isteri. Namun begitu, kepimpinan yang dimaksudkan adalah dalam bidang kehidupan rumah tangga dan juga ditegaskan dalam Al-Quran kesamaan hak para suami dan isteri dalam mewarisi harta pusaka peninggalan ibu bapa dan selainnya. 3.1 KEDUDUKAN WANITA DALAM KELUARGA Dalam membina keluarga, Wajib bagi seorang lelaki itu memberikan mas kahwin kepada wanita. Allah S.W.T telah menegaskan dalam surah Al-Nisa’ :- 6.
  • 12.3.0 KEDUDUKAN WANITA MENURUT ISLAM DAN AL-QURAN. 3.2 KEDUDUKAN WANITA MENURUT HADIS . Kegiatan wanita diluar rumah sebenarnya sama dengan apa yang dituntutkan kepada lelaki. Seperti, perintah suami untuk tolong- -Dalam ayat berikut Allah swt.. telah memberikan medan kegiatan kepada kaum Mukmin yang mutlak sama dengan yang diberikan kepada kaum pria berupa persaudaraan, kasih sayang, tolong menolong, baik dengan harta maupun dengan berbagai kegiatan sosial, membantu urusan perang, kegiatan politik dan lain sebagainya. 7.
  • 13.Firman ALLAH Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu Wanita Islam: Isu-isu dan Pemerkasaan Hak (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Ayat ini menjelaskan bahawa lelaki dan Wanita datang dari proses kejadian yang sama dan mempunyai hak sama rata dari sudut kemanusiaan. Wanita bukan menjadi liabiliti kepada Islam. Wanita juga tidak menanggung sebarang dosa warisan, begitu juga lelaki. la tidak sepertimana kepercayaan sesetengah agama yang menganggap wanita sebagai golongan yang tidak mempunyai kelebihan. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis gender tidak dianggap sebagai tuan di antara satu sama lain. Maknanya, kedua-dua gender adalah sama dari sudut hak kemanusiaan. 8.
  • 14.KESIMPULAN Wanita Muslim telah diberi hak kebebasan semenjak dari awal kedatangan Islam pada awal kurun ke 7 Masihi. Kebanyakan wanita tidak merasakan kebebasan hak ini kerana kecelaruan pemikiran umat Islam sendiri yang tidak mendalami hal ini.wanita mampu mencari nafkah atau bekeria di luar rumah bukan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki saja, karena sejak awal-awal masyarakat Islam, Wanita juga telah ikut aktif bekerja, termasuk juga para istreri Rasulullah SAW. Jelas, Allah SWT memberikan kebebasan ini kepada wanita bagi memberi keseimbangan kepada masyarakat. Inilah keindahan Islam yang memberikan hak kepada wanita, meletakkan wanita pada kedudukannya yang tersendiri. Selain itu, Kita mestilah menegakkan keadilan hak dan kedudukan bagi kaum wanita dalam Islam. Seterusnya, kita haruslah memahami dan mempelajari dengan lebih dalam tentang hak dan kedudukan wanita dalam Islam supaya wanita tidak ditindas dengan mudah oleh kaum lelaki. Akhir kata , kita hendaklah meletakkan darjat kaum wanita ditempat tinggi kerana tanpa mereka tiadalah kita. 9.
  • 15.iv. PROSES KERJA TUGASAN M1 SITI NUR AISYAH -Memilih tajuk tugasan. -Draf awal synopsis. M2 ANIS NATASHA -Semakan isi tugasan individu dan berkumpulan. -Draf tugasan mengandungi 40-60% isi. M3 FARRAH HANEEZA -Memasukkan maklumat dan keterangan kedalam Powerpoint. -Draf tugasan mengandungi 70-80%. M4 AFRINA NADIRAH -Menukar powerpoint kepada E-Book. -menghantar tugasan pada Tarikh yang ditetapkan. Bukti; 10.
  • 16.SUMBER RUJUKAN 11.