RUMUSAN MESYUARAT JKKD.BIL.03/2021 PPD TUARAN

0

Presentation Transcript

  • 1.RUMUSAN MESYUARAT
  • 2.Semua ahli mesyuarat perlu memikirkan kaedah terbaik dalam memperkasakan PdPR memandangkan bilangan murid yang mengikuti PdPR semakin berkurangan dan guru-guru mengalami burn out. SPb perlu memainkan peranan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum dapat disampaikan secara berkesan kepada murid dengan impak yang berkesan semasa PdPR ini. Tindakan : Makluman PERUTUSAN PENGERUSI
  • 3.Pemakluman awal berkaitan dengan Ujian Standard kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Mohon pihak sekolah merancang awal dan menyediakan jadual 2 kumpulan berbeza seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan (Sekolah dibuka 50% dengan penggiliran). Persediaan dokumen, instrumen dan bahan perlu dibuat untuk pentaksiran segak secara bersemuka nanti. Mohon semua sekolah menengah khususnya tingkatan 5 agar dapat memastikan tiada murid yang tercicir untuk keputusan SEGAK ini. Keputusan SEGAK ini penting dan digunapakai untuk permohonan ke IPT dan sebagainya. Tindakan : Pengetua PERUTUSAN PENGERUSI
  • 4.Pemberian Vaksin Galakkan semua guru agar mengambil vaksin atas faktor keselamatan sekolah dan murid dimana mereka walk-in dimana-mana PPV Pemberian vaksin untuk murid-murid 12 tahun – 17 tahun sedang berlangsung mengikut jadual Semua PPV akan ditutup bermula 15 Okt 2021 Sekolah diminta menghantar nama pelajar yang belum divaksin untuk penjadualan semula Mana-mana murid yang tercicir terpaksa menunggu untuk sesi seterusnya atau walk-in Tindakan : Makluman PERUTUSAN PENGERUSI
  • 5.Pemakluman berkenaan pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut Fasa ( Mulai 4 Oktober 2021) Tindakan Sekolah i. Sekolah hendaklah merujuk garis panduan dan Pemakluman pembukaan sekolah yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan. ii. Mematuhi garis panduan dan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh KPM dan KKM. iii. Pihak sekolah terus memastikan guru dan AKP sudah lengkap vaksinasi. iv. Tindakan terhadap guru dan AKP yang tidak vaksin seperti yang telah dijelaskan semasa taklimat oleh JPN. Lawatan bimbingan PPD akan dijalankan Tindakan : Makuman PERUTUSAN PENGERUSI
  • 6.Sekolah-sekolah bukan Peluasan KBAT diminta untuk membuat penarafan kendiri KBAT menggunakan instrumen KBAT sebagai persiapan sekolah membudayakan KBAT sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun (Hantar Sebelum atau pada 15 November 2021). Warga sekolah harus mendapat pengetahuan awal berkenaan dengan instrumen KBAT. Tindakan : PGB PERUTUSAN PENGERUSI
  • 7.Pengisian Portal Highly Immersive Programme (HIP) untuk pelaporan HIP sesi 2021 telah dibuka secara talian bermula 1 Ogos 2021 hingga 15 November 2021. Peringatan mesra kepada semua sekolah agar dapat memastikan aktiviti HIP dilaksanakan agar ada laporan HIP yang akan dilaporkan dalam portal tersebut. Pegawai meja HIP daerah akan melaksanakan sesi bimbingan HIP dan pengisian portal sepanjang Okt ini. KPI HIP PPD Tuaran tahun 2021 adalah 90% sekolah capai Tahap Immersive 3 (KPI JPN 85%). Tindakan : PGB PERUTUSAN PENGERUSI
  • 8.GPI GBA perlu melimpat gandakan usaha dalam memastikan KPI 100% dalam model solat (wudhu, perlakuan dan bacaan) dan KPI 80% model al-Quran PPD Tuaran dicapai. Pengisian Pelaporan Prestasi Perbelanjaan Kewangan Bidang Pendidikan Islam dan program j-QAF perlu diisi melalui Google sheet yang disediakan oleh SPI JPN Sabah yang perlu dilaporkan pada setiap 5hb bulan berikutnya yang akan dikutip oleh UPI PPD Tuaran setelah menerima prestasi kewangan Sekolah pada setiap 3hb bulan berikutnya. Tindakan : Guru Besar PERUTUSAN PENGERUSI
  • 9.LAPORAN PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK BERFOKUS SPB - Sektor pembelajaran sentiasa komited untuk memastikan PSO dan KPI tercapai. Isu tahun ini ialah GP SPM yang menurun dan meningkatkan tahap penguasaan PBD Gerak kerja SPb – Dialog Prestasi, Teknik Menjawab SPM, Pembugaran PBD, Pembinaan Modul melalui coaching dan mentoring secara bersemuka dan talian Pelbagai program sokongan telah dilaksanakan diperingkat SPb PPD Tuaran dan mohon PGB ambil perhatian dan tindakan FUFT diperingkat sekolah agar objektif sasaran dapat dicapai secara kolaboratif. Lawatan selia bantu ke sekolah dalam daerah tuaran oleh pegawai dari JPN ke SMK Badin, SM St John, SM Tun Fuad Stephen dan SK Rangalau. Tindakan : Makluman Mohon agar menyemak dan memastikan semua guru mengisi link SPdPR mengikut jadual dan mengisi untuk rekod penglibatan pelajar dalam SPdPR. Tindakan : PGB PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 10.ANALISIS STPM 2020 Pencapaian keputusan Peperiksaan STPM 2020, PPD Tuaran merosot berbanding 2019. Mohon agar sekolah mengkaji masalah/isu yang dihadapi guru-guru, supaya tidak berulang lagi dan merangka intervesi untuk mengatasi masalah/isu yang dihadapi untuk menyusun atur strategi baharu untuk STPM 2021. Sekolah terlibat STPM - SMK TAMPARULI, SMK BADIN, SMK TENGHILAN, SMK SRI NANGKA, SMK TUN FUAD STEPHENS Tindakan : Pengetua PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 11.ANALISIS AR2 (PPT) TINGKATAN 5, 2021 Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan pencapaian LMS untuk semua sekolah masih terdapat jurang yang besar yang perlu diturunkan untuk mencapai KPI masing-masing. Sekolah perlu lihat semula data analisis PSPT utk rancang semula intervensi dan ubah suai KPI. Gunakan analisis jurang prestasi terkini dan KPI utk penilaian dan semakan semula intervensi dan KPI berdasarkan isu dan keperluan tindakan segera.. Mengenalpasti isu-isu yang sedang berlaku secara terperinci berpandukan data dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan. Memperkasa PLC dalam kalangan guru. Tindakan : Pengetua PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 12.PERKONGSIAN PROGRAM LMS SPM MY VTC satu inovasi kaedah utk membantu guru-guru lebih berfokus dan efektif dalam merancang, melaksana, menilai semula dan membuat tindakan susulan secara sistematik dan teratur dalam melaksanakan sesuatu intervensi yg berasaskan isu dan keperluan semasa murid. Program seterusnya ialah atas usaha sekolah sendiri. PPD hanya membantu. Sekolah Rendah juga berperanan memastikan pelajar sekolah rendah mencapai tahap penguasaan PBD. Ini berkesinambungan apabila mereka naik ke sekolah menengah. Tindakan : Makluman PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 13.PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PEMULIHAN KHAS Pembentangan amalan terbaik Cikgu Marwyn dari SK Pekan Telipok bertajuk “Jom ambil hati ibubapa” Faktor motivasi PdPR berkesan - libatkan ibu bapa dengan ganjaran anugerah aktif PdPR sebagai daya penarik. Impak positif dapat dilihat dengan peningkatan PdPR aktif dalam kalangan murid. Tindakan : Makluman PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 14.PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN KHAS Pembentangan GB Jasnie Omar, SK Pekan Tamparuli. Perkongsian aktiviti PPKI SK Pekan Tamparuli pelaksanaan PBL berdasarkan PDCA. PBL adalah antara pendekatan terbaik semasa PdPR. Melalui sokongan, bimbingan dan kerjasama kolaboratif antara pihak ibu bapa/ penjaga dengan guru, murid dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang baik dan berjalan lancar. Tindakan : Makluman PEMBENTANGAN / PELAPORAN
  • 15.Sekolah yang terlibat sesi pembukaan semula sekolah bermula 4 Okt 2021 adalah seperti dalam panduan berdasarkan SOP fasa 2. Mohon semua PGB untuk mengingatkan guru-guru berkenaan kehadiran dalam program/aktiviti SPb dan PPD. Panjangkan maklumat program-program yang dikongsi dalam grup kepada guru-guru/murid berkenaan. Pelaksanaan pentaksiran sekolah akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pelaporan PBD perlu dihantar ke PPD sebelum 30 Nov. Peruntukan kemudahan makmal sekolah akan dirujuk semula ke JPN. Tindakan : Makluman HAL-HAL LAIN
  • 16.TERIMA KASIH disediakan olehDr. Bitty Ansawi Sylvia Miting Pakoi Elizabeth EbinSISC+SPb PPD Tuaran23 September 2021