EFOLIO ,

0

Presentation Transcript

  • 1.MPU21032 EFOLIO TAJUK : KEPENTINGAN PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA PENSYARAH : DR CHAN SUET FONG 1
  • 2.AHLI KUMPULAN ( 1 ) ( 2 )
  • 3. ISI KANDUNGAN 3 1 ) PENDAHULUAN PERPADUAN EVOLUSI PERPADUAN KONSEP PERPADUAN LANGKAH-LANGKAH PERPADUAN KEBAIKAN PERPADUAN TUJUAN PERPADUAN RUKUN NEGARA KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU 2) DETIK- DETIK PERPADUAN PENGENALAN DETIK-DETIK PERPADUAN CONTOH DETIK-DETIK PERPADUAN 3) KESIMPULAN 4) RUJUKAN 4 5 9 10 11 12 13 14 15 16 17 33 34 MAKANAN KEBUDAYAAN PERAYAAN SUKAN NYANYIAN DAN LAKONAN ANIMASI FILEM 18 21 22 24 27 29 32
  • 4.PENDAHULUAN PERPADUAN Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik. 4
  • 5.EVOLUSI PERPADUAN 5
  • 6.Dasar pecah dan perintah oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara etnik di Malaysia yang terpisah dari aspek demografi, ekonomi, politik, bahasa, pendidikan dan pergaulan harian yang memberi kesan kepada perpaduan negara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pencetus kepada beberapa usaha serta komitmen Kerajaan dalam menangani isu perpaduan sehingga Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Pada peringkat awal, langkah yang telah diambil berupa tindakan segera yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik, keselamatan dan keharmonian negara. Pelbagai langkah dan tindakan dibuat pada ketika itu untuk mewujudkan perpaduan rakyat antaranya menggalakkan interaksi sosial yang lebih tertumpu pada penyertaan masyarakat berbilang etnik dalam majlis dan perayaan yang dianjurkan. Tumpuan awal telah diberikan kepada usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara etnik melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan secara langsung DEB telah menjadi kerangka untuk memperkukuh perpaduan di Malaysia. Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2) hinggalah Rancangan Malaysia seterusnya, Kerajaan telah menerapkan elemen pengukuhan dan kesepaduan sosial dalam setiap dasar yang diperkenalkannya. 6
  • 7.Sebelum ini, Kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan kesepaduan sosial melalui dasar-dasar negara yang berbeza antaranya termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Keselamatan Negara, dan Dasar Komuniti Negara Dasar-Dasar ini telah memberikan impak positif untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran, namun jurang keyakinan antara etnik masih ada. Menerusi penggubalan Dasar Perpaduan Negara, dasar ini berperanan sebagai dasar payung bagi semua usaha dan komitmen Kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Kini, wujud pelbagai cabaran baharu yang memberi kesan kepada perpaduan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan etnik dan penganut agama yang berbeza. Situasi ini semakin mencabar lagi dengan fenomena globalisasi, kemajuan teknologi dan komunikasi tanpa sempadan, pergerakan manusia yang kian meningkat serta persekitaran politik berasaskan perkauman. Melalui Dasar Perpaduan Negara, isu dan cabaran yang telah dikenal pasti akan dikaji dan diperhalus dari pelbagal aspek bagi mencari formula penyelesaian terbaik. Dasar ini menetapkan hala tuju bagi memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan melalui strategi-strategi khusus agar perpaduan menjadi budaya dan amalan hidup yang diperakul, dihargai dan dimpikan oleh setiap warga Malaysia. 7
  • 8.PERISTIWA 13 MEI Konflik perkauman menjadi pencetus kepada usaha Kerajaan untuk menangani isu perpaduan. RUKUN NEGARA Disytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagal falsafah negara dalam mencapal perpaduan. DASAR EKONOMI BARU Menjadi kerangka untuk memperkukuh perpaduan menerusi penyusunan semula masyarakat DASAR SOSIAL NEGARA Bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. DASAR KESELAMATAN NEGARA Mempertahankan nilai-nilai teras negara bagi memastikan Malaysia kekal, selamat dan berdaulat. DASAR KOMUNITI NEGARA Mewujudkan komuniti dan generasi mampan melalui pembangunan komuniti secara inklusif. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Mewujudkan kebudayaan kebangsaan. DASAR PERPADUAN NEGARA Dasar payung yang menetapkan hala tuju Kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional. 1969 1970 2003 1971 2017 2019 2019 2021 MENYUSUR JEJAK PERPADUAN 8
  • 9.Kesepaduan sosial (social cohesion) latah ungkapan dan konsep yang digunakan oleh pakar akademik untuk menerangkan pengalaman Malaysia dalam aspek hubungan etnik sojak 13 Mel 1909. Sehingga kini, secara purata masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan otnik talah hidup aman damai, stabil dan harmoni kerana wujudnya kesepakatan sosial (eocial bonding yang telah dibina sejak dahulu Wujudnya kesepaduan sosial tidak berarti tiada perbezaan dan konflik dalam sesebush masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan Hakikatnya, kesepaduan sosial dan Integrasi nasional menjadi prasyarat dalam merintis jalan puncak ke matlamat akhir, lahu perpaduan. Perpaduan secara umumnya ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam membentuk identiti nasional seperti satu bangsa dan satu Bahasa. Mengambil kira konteks negara yang mempunyal kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan budaya maka konsep perpaduan yang ditekankan ialah "Perpaduan dalam Kepelbagalan. Hal ini berlaku demikian kerana berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah menerima ka bahawa masyarakatnya ialah masyarakat majmuk. Perubahan demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut pecahan etnik telah banyak berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini. Pada masa yang sama, wujud pelbagai sistem persekolahan, laitu sekolah arus perdana, sekolah vemakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa. Semua individu kekal dengan peganganagama, pengenalan stik dan budaya masing-masing. Oleh sebab perbezaan an, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan usaha integrasi secara berterusan KONSEP PERPADUAN 9
  • 10.LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN 10
  • 11.KEBAIKAN PERPADUAN 11
  • 12.12
  • 13.Rukun Negara “Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan 13
  • 14.KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU 14
  • 15.DETIK-DETIK PERPADUAN 15
  • 16.PENGENALAN DETIK-DETIK PERPADUAN Jika ingin melihat Malaysia terus kekal merdeka, berdaulat, damai dan disanjung seluruh dunia, detik-detik perpaduan perlu dicambah dan disemarakkan. Detik-detik perpaduan merentasi sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan, ekonomi, seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatu padukan rakyat Malaysia. Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, atau pun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua bersatu padu atas nama bangsa Malaysia! Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya moments of disunity, iaitu babak-babak atau episod perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang terbina. 16
  • 17.CONTOH DETIK-DETIK PERPADUAN 17
  • 18.MAKANAN Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan diantara kaum. Buktinya, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, nasi lemak yang turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. Bukan itu sahaja, nasi vanggey yang sangat popular sejak 1997-an juga menjadi antara satu tarikan menu yang digemari oleh masyarakat perbagai kaum. Uniknya, restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh itu dimiliki oleh orang berbangsa india muslim, memulakan operasi restorannya di sebuah sebuah milik keluarga Cina iaitu rumah tumpangan dan kedai kopi Yong Suen. Istimewanya, para pelanggannya pula terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa. Inilah keunikan detik-detik perpaduan yang ada di Malaysia dan wajib dipelihara sampai bila-bila. 18
  • 19.Nasi lemak merupakan makananan orang melayu yang dimakanan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. 19
  • 20.Yee sang merupakan makanan kebudayaan masyarakat cina yang dimakan bersama masyarakat pelbagai kaum semasa Sambutan Tahun Baru Cina 20
  • 21.Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum yang mengamalkan kebebasan agama . Oleh sebab itu rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaiaan budaya dan cara hidup yang berbeza Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Disinilah detik-detik perpaduan yang harmoni diamalkan oleh rakyat Malaysia . Disamping itu, perayaan dan pelbagai kaum dinegara kita turut menjadi tariokan pelancong dari seluruh pelosok dunia Kebudayaan 21
  • 22.Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Melaluinya ia dapat memupuk semangat kekitaan, kejiranan selain merapatkan hubungan antara jiran tetangga PERAYAAN 22
  • 23.Amalan menyambut perayaan bersama-sama dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Pemahaman terhadap budaya bangsa lain boleh mewujudkan rasa hormatmenghormati antara satu sama lain. Budaya kunjung mengunjungi di rumah terbuka aidilfitri turut dirasai oleh semua kaum dinegara ini tanpa mengira agama dan keturunan 23
  • 24.Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap atlet negara membuktikan acara sukan mampu menyatukanpadukan rakyat. Detik-detik perpaduan dapat dilihat menerusi rakyat Malaysia yang berbilang kaum Bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan parti politik yang memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan. Contoh paling mudah apabila jaguyh badminton negara, Dato Lee Chong Wei bertanding dan memenangi pingat ditemasya sukan olimpik. Semua rakyat tanpa mengira kaum dan perbezaan politik duduk bersama-sama memberi sokongan padu kepada beliau. Inilah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia dan sehingga kini diteruskan dalam mana-mana acara sukan sekalipun. SUKAN 24
  • 25.Datuk Lee Chong Wei Kehadiran penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum memperlihatkan semangat perpaduan yang wujud dalam bidang sukan. 25
  • 26.Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta semangat satu negara, satu matlamat. 26
  • 27.Nyanyian dan lakonan Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti bangsa masing-masing Penerimaan, penghormatan dan pengikhtirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam membentuk perpaduan. Lagu dan musik adalah satu lagi saluran arlistik yang membantu proses membentuk hubungan antara kaum. Antaranya Allahyarham Sudirman Haji Arsyad adalah seorang yang cuba menggalakan kehormanian antara etnik melalui muziknya. Hari ini, ada ramai penyanyi dalam kategori itu seperti Yuna, Elizabeth Tany Jaclyn Victor berjaya merentasi sempadan perkauman. 27
  • 28.Teater Mud : The Story Of Kuala Lumpur merupakan produksi teater paling lama di Malaysia iaitu ditayangkan selama tiga tahun di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Teater ini memaparkan mesej persefahaman antara kaum. 28
  • 29.ANIMASI Ada juga artis visual dan grafik yang turut berusaha untuk membina perhubungan antara komuniti Kartunis Lat atau nama sebernanya Datuk Mohammad Nor Khalid banyak menunjukkan watak pelbagai kaum dalam karyanya menerusi bukunya bertajuk Kampung Boy yang secara langsung menggambarkan detik-detik perpaduan. Hasil karya kreatif kartun beliau, turut melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk, selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan Datuk Lat ink digemari oleh banyak kaum. 29
  • 30.Kampung Boy ihsan google 30
  • 31.Siri animasi Upin & Ipin mempunyai naratif, visual semiotik dan watak-watak melambangkan sifat perpaduan atau identiti tipikal Malaysia dalam kalangan etika kumpulan dengan memberi tumpuan kepada kehidupan di kawasan luar bandar. Ia menggambarkan hubungan erat selain persefahaman dan kerjasama dengan kumpulan etnik yang berbeza sebagai contoh watwk-watak didalam siri animasi ini mewakili pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia Gaya hidup dalam ceritanya mewujudkan jambatan toleransi, kepekaan, keharmonian dan keunikkan yang boleh dikongsi bersama. 31
  • 32. Menerusi filem juga, detik-detik perpaduan dapat dilihat dan disemai oleh semua rakyat. Antaranya, filem Ola Bolq yang telah membangkitkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermatabat. Dalam filem tersebut pasukan bola sepak kebangsaan sang terdiri daripada (Melayu, Cina dan India) bermain bersama-sama demi mengejar kejayaan dan menjulang nama negara di persada dunia. Filem 32
  • 33.Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda.  KESIMPULAN 33
  • 34.REFERENCE https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/2019%20-%20Jurnal%20PERPADUAN.pdf https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Seminar%20IPNas_PM%20Dr.%20Kartini.pdf https://www.researchgate.net/publication/329554569_REALITI_KEPELBAGAIAN_KAUM_KE_ARAH_PERPADUAN_NASIONAL_PASCA_MERDEKA https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/JURNAL%20PERPADUAN%202014_2.pdf http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2017-06-12-13.pdf 34