1.KAJIAN KES 2021
NAMA : SOMIKAA A/P SATHESSH
KELAS : 1 BAIDURI
GURU SEJARAH : PN.NORAZLINDA BT AZAMI
TAJUK TUGASAN REKA BENTUK SENI BINA COLOSSEUM DAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
2.Tajuk Kajian : Reka Bentuk Seni Bina Colosseum Dan Stadium Nasional Bukit Jalil
3.A) Perancangan (8 markah )
A) Jadual pelaksanaan .
MINGGU
PROSES KERJA
4. B) OBJEKTIF KAJIAN
Menjelaskan sumbangan Tamadun Rom
daripada aspek seni bina .
Menyenaraikan ciri-ciri reka bentuk Colosseum.
Menyatakan peranan Colosseum dalam Tamadun Rom .
Membuat perbandingan peranan Colosseum
dan stadium pada hari ini .
Menghuraikan Langkah-Langkah pemeliharaan
dan pemuliharaan stadium .
C) KAEDAH KAJIAN
Merujuk buku teks dan buku
rujukan .
Melayari Internet berkaitan seni bina
Tamadun Rom dan Stadium Nasional Bukit
Jalil.
Membaca akhbar tempatan dan mencari
keratan akhbar lama yang berkaitan dengan
seni bina dan binaan stadium.
5.
6.Pengenalan
Rom mengalami perkembangan yang Panjang sebelum mencapai kegemilangannya dalam pelbagai bidang. Sumbangan Tamadun Rom yang paling menonjol dan diwarisi oleh Tamadun Eropah serta tamadun dunia sehingga ke hari ini adalah dalam bidang seni bina . Kepakaran yang dimiliki oleh masyarakat Tamadun Rom suatu ketika dahulu membolehkan tamadun ini terkenal di serata dunia . Antara bukti keupayaan masyarakat Tamadun Rom dalam melahirkan ciptaan yang mengagumkan dapat dilihatb melalui pelbagai binaan yang masih kekal sehingga kini , seperti Colosseum ,Pantheon , amfiteater ,akuduk , jalan raya , tembok pertahanan dan tempat mandi awam . Seni bina yang dihasilkan mereka bukan sahaja mempunyai nilai estetika , malahan setiap binaan itu mempunyai kegunaan yang khusus. Dalam penulisan rencana ini , bidang seni bina Tamadun Rom bertumpu kepada reka bentuk seni bina Colosseum yang menjadi asas kepada idea pembinaan stadium di negara kita.
7. 5. Ciri-Ciri bentuk Colosseum (10 MARKAH )
6. Peranan Colosseum dalam Tamadun Rom(10 markah )
8.7. Perbandingan peranan Colosseum dan stadium pada hari ini ( 10 Markah )
Stadium Nasional Bukit Jalil
Colosseum
MY
SKIP NAVIGATION
9.8. Langkah- Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan stadium (10 markah )
10.
Rumusan (5 markah)
Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil membuktikan bahawa masyarakat kini bijak memanfaatkan kepakaran seni bina yang dimiliki dengan gabungan sains dan teknologi
sehingga terbinanya sebuah bangunan yang mirip masyarakat Rom . Masyarakat kini perlu mencontohi semangat masyarakat lampau supaya dapat membina lebih banyak bangunan yang mengagumkan dengan fungsi tertentu . Generasi kini dan masa akan datang perlu mengambil iktibar daripada kepakaran masyarakat dalam bidang seni bina agar menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan dan kemajuan pada masa akan datang .
Rujukan ( 5 markah)
a) Buku Teks : Mohd bin Samsudin , Azharudin bin Mohamed Dali , Sharifah Afidah binti Syed Hamid , 2016 , Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 .
b) Internet :
https://www.greelane.com/ms/kemanusiaan/sejarah--kebudayaan/from-flavian-amphitheater-to-colosseum-117833/
https://meiharls.blogspot.com/2010/05/pengetahuan-colosseum.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Jalil_National_Stadium
https://seribuombak.wordpress.com/2018/05/28/tahukah-anda-stadium-nasional-bukit-jalil-raih-anugerah-terbaik-dunia/
https://sintoknews.com/stadium-nasional-bukit-jalil-terbaik-dunia
11.
Pembentangan hasil kajian
1. Pembentangan yang sangat jelas,
terperinci dan lengkap
2. Menggunakan pelbagai media yang
sesuai dan kreatif.
3. Berupaya menarik perhatian penonton
4. Pemahaman dan penjelasan yang sangat
Mendalam.
2. Penilaian Umum (2markah )
1. Menghasilkan penulisan
yang kemas,tersusun dan
penggunaan Bahasa yang
gramitis .
12. Reka Bentuk Seni Bina Colosseum dan Stadium Nasional Bukit Jalil
Rom mengalami perkembangan yang Panjang sebelum mencapai kegemilangannya dalam pelbagai bidang . Sumbangan Tamadun Rom yang paling menonjol dan diwarisi oleh Tamadun Eropah serta tamadun dunia sehingga ke hari ini adalah dalam bidang seni bina . Kepakaran yang dimiliki oleh masyarakat Tamadun Rom suatu Ketika dahulu membolehkan tamadun ini terkenal di serata dunia .Antara bukti keupayaan masyarakat Tamadun Rom dalam melahirkan ciptaan yang mengagumkan dapat dilihat melalui pelbagai binaan yang masih kekal sehingga kini, seperti Colosseum, Pantheon, amfiteater, akueduk, jalan raya, tembok pertahanan dan tempat mandi awam. Seni bina yang dihasilkan mereka bukan sahaja mempunyai nilai estetika, malahan setiap binaan itu mempunyai kegunaan yang khusus. Dalam penulisan rencana ini , bidang seni Tamadun Rom bertumpu kepada reka bentuk seni bina Colosseum yang menjadi asas kepada idea pembinaan stadium di negara kita .
Seni bina Rom merupakan gabungan antara Teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan yang baharu serta reka bentuk yang kreatif. Gabungan ini membolehkan bangunan dan binaan dalam Tamadun Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini. Ciri-ciri reka bentuk Colosseum dapat dilihat dari aspek struktur binaan . Colosseum mempunyai ketinggian mencapai 50 meter Panjang , 156 meter lebar dan luas keseluruhan bangunan Colosseum dianggarkan kira-kira 2.5 hektar dengan Kawasan arena seluas 85 meter darab 54 meter yang mampu memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa.
13. Selain itu juga, reka bentuk seni bina Colosseum mempunyai system pengurusan penonton yang standing dengan stadium pada zaman moden. Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina secara bertingkat-tingkat dengan pelbagai fungsi yang berbeza. Di tingkat pertama, adanya podium yang diperuntukkan bagi senator .Di tingkat yang sama , diletakkan tempat duduk khusus bagi kaisar dan ruang bagi kaisar untuk beristiharat dan menyimpan hartanya . Tingkat atas podium diperuntukkan bagi para penduduk biasa . Tempat duduk di tingkat ketiga ini diasingkan menjadi dua bahagian . Tepat yang di bawah adalah bagi penduduk kaya dan tempat di deretan atas bagi penduduk yang miskin serta tempat yang terakhir untuk para wanita rendahan yang menonton dengan posisi berdiri .
Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan dann pertandingan bersaiz besar. Di Colosseum biasanya diselenggarakan pertunjukan-pertunjukan hebat , iaitu pertarungan antara binatang( venetaiones ), antara tahanan dan binatang, pertarungan air (naumachiae) dengan cara membanjiri Kawasan arena , serta pertarungan antara gladiator ( munera ) . Dio Cassius , seorang sejarawan mengatakan bahawa kira-kira 9,000 haiwan buas yang mati terbunuh di 100 hari acara perasmian dan pembukaan Colosseum . Colosseum cukup sinonim sebagai medan pertarungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan binatang yang mana persembahan tersebut dapat menghiburkan raja dan para penonton .
Pada masa kini, Colosseum menjadi salah sebuah binaan terkenal di Rom dan menerima jutaan pengunjung pada setiap tahun . Bukan itu sahaja , Colosseum turut menjadi lokasi penggambaran filem-filem tertentu sebagai symbol negara Itali dan Rom . Salah satu filem yang mengambil latar Colosseum sebagai lokasi adalah Jumper, iaitu sebuah filem tentang sains fiksyen yang ditayangkan pada tahun 2008.
14. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan pusat dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara. Stadium ini merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dengan kapasiti penonton seramai 87,000 orang . Dibina sempena Sukan Komanwel 1998, kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1992 dan telah siap tiga bulan lebih awal daripada jadual . Stadium ini adalah rumah kepada pasukan bola sepak Malaysia dan menjadi tuan rumah pelbagai acara sukan dan bukan sukan , terutamanya AFC Asian Cup 2007 . Selain acara sukan bola sepak, acara balapan yang giat dijalankan di stadium ini adalah seperti lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang , lompat galah , lontar peluru , lontar tukul besi ,lempar cakera dan merejam lembing . Stadium Nasional Bukit Jalil , Kuala Lumpur tentu saja kerap digunakan untuk pesta ( pertandingan ) bola sepak berskala tempatan mahupun antarabangsa . Kelab-kelab Inggeris , seperti Chelsea , Liverpool , Arsenal dan Manchester United , sering bertanding di stadium tersebut. Adakalanya juga , stadium digunakan untuk konsert muzik yang besar .
Pemeliharaan stadium dapat dilakukan di bawah pengelolaan agensi yang diatur Kementerian Belia dan Sukan . Pemeliharaan lapangan , serta peralatan dilakukan ratusan orang , termasuk staf . Lapangan juga akan diperiksa setiap hari , manakala peralatan dan kemudahan asas yang lainnya dilakukan secara berkala bergantung pada keperluan masa .
Langkah pemuliharaan dilakukan oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia ( PSM ) dengan membuat pengubahsuaian dan penyelenggaran stadium termasuk penanaman semula rumput dibuat secara tender terbuka . Tujuannya adalah untuk menjaga mutu padang tersebut. Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini telah menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta dan Kementerian Belia dan Sukan telah mencuba dua jenis rumput , iaitu rumput jenis Cow Grass dan Bermuda Green Mountain . Pihak perbadanan juga menggunakan baka rumput tempatan yang berumtu tinggi , iaitu National Grass bagi menggantikan rumput jenis ‘ Bermuda’ yang digunakan sebelum ini bagi menghadapi aksi final Piala FA 2015 . Selain mempunyai ketahanan yang lebih lasak , rumput
15. berkenaan turut sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.
Kesimpulaanya, pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil membuktikan bahawa kini bijak memanfaatkan kepakaran seni bina yang dimiliki dengan gabungan sains dan teknologi sehingga terbinanya sebuah bangunan mirip masyarkat Rom . Masyarakat kini perlu mencontohi semangat masyarakat lampau supaya dapat membina lebih banyak bangunan yang mengagumkan dengan fungsi tertentu . Generasi kini dan masa akan datang perlu mengambil iktibar daripada kepakaran masyarakat dalam bidang seni agar menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan dan kemajuan negara pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
SOMIKAA
( Somikaa a/p Sathessh )
Murid Tingkatan Satu Baiduri