Q&A BIO T4 KSSM BAB 14 SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN 22 ogos 2021(JAWAPAN)

0

Presentation Transcript

  • 1.Q&ABIOLOGI T4 KSSMBAB 14 Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan
  • 2.14.1 Jenis Rangka 14.1.1 Menyenaraikan jenis rangka dalam manusia dan haiwan: (i) rangka hidrostatik. (ii) rangka luar. (iii) rangka dalam. 4.1.2 Mewajarkan keperluan rangka pada manusia dan haiwan. 14.2 Sistem Otot Rangka Manusia 14.2.1 Mengenal pasti tulang yang membentuk sistem rangka manusia: (i) rangka paksi. (ii) rangka apendaj. 14.2.2 Mencirikan jenis vertebra dalam tulang belakang: (i) vertebra serviks (termasuk atlas dan axis). (ii) vertebra toraks. (iii) vertebra lumbar. (iv) vertebra sakrum. (v) vertebra kaudal. 14.2.3 Membanding dan membezakan antara jenis vertebra. 14.2.4 Menyatakan jenis sendi dalam sistem rangka manusia: (i) sendi tidak bergerak. (ii) sendi bergerak sedikit. (iii) sendi bebas bergerak. 14.2.5 Melukis, melabel dan menerangkan struktur sendi engsel lengan manusia: (i) tulang. (ii) rawan. (iii) otot rangka. (iv) tendon. (v) ligamen. (vi) membran sinovia. (vii) bendalir synovia 14.3 Mekanisme Pergerakan dan Gerakalih 14.3.1 Menerangkan mekanisme pergerakan pada: (i) lengan manusia. (ii) kaki manusia(berjalan). 14.3.2 Memerihalkan secara ringkas mekanisme gerak alih haiwan. 14.4 Isu Kesihatan Sistem Otot Rangka Manusia 14.4.1 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot rangka manusia: (i) osteoporosis. (ii) osteomalasia. (iii) rikets. (iv) artritis. (v) skoliosis. 14.4.2 Mewajarkan amalan untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka
  • 3.1 Mengapakah organisma perlu mengekalkan bentuk badannya? Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan serta membolehkan organ-organ dalam badan berfungsi dengan lancar. 2 Nyatakan dua fungsi sistem rangka kepada manusia. • Melindungi organ dalaman vertebrata (misalnya, tengkorak melindungi otak manusia turus vertebra melindungi saraf tunjang sangkar rusuk melindungi peparu dan jantung • Menghasilkan sel darah merah (dalam sumsum tulang). 3 Bagi haiwan yang bergerak di atas permukaan tanah, apakah kelebihan mempunyai anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus) berbanding dengan haiwan yang mempunyai kaki di sisi badan (misalnya, buaya)? Bagi haiwan yang mempunyai anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus), jisim badan dinaikkan di atas tanah dan dengan itu,dapat mengurangkan geseran semasa bergerak. Praktis Formatif 14.1 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 4.1 Namakan tulang yang membentuk rangka paksi badan manusia. Tengkorak, turus vertebra, sangkar rusuk dan sternum. 2 Nyatakan fungsi rawan dan bendalir sinovia dalam sendi. Rawan bertindak sebagai kusyen kepada sendi, menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara hujung-hujung tulang. Bendalir sinovia bertindak sebagai pelincir yang mengurangkan geseran antara hujung-hujung tulang. Praktis Formatif 14.2 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 5.3 Nyatakan perbezaan struktur dan fungsi antara tendon dan ligamen. • Tendon adalah tidak kenyal manakala ligamen adalah kenyal. • Tendon menyambungkan otot kepada tulang manakala ligamen menyambungkan tulang kepada tulang. 4 Terangkan perbezaan antara sendi lesung dengan sendi engsel. Sendi lesung membenarkan pergerakan berbentuk putaran dalam semua arah manakala sendi engsel hanya membenarkan pergerakan tulang pada satu satah sahaja Praktis Formatif 14.2 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 6.1 Pada pendapat anda, mengapakah burung mempunyai tulang yang berongga? Tulang berongga adalah ringan dan ini memudahkan proses penerbangan. 2 Terangkan bagaimana lengan digerakkan ke atas. Apabila otot biseps mengecut, tendon menghantar daya tarikan yang dihasilkan oleh otot yang mengecut kepada lengan. Pada masa yang sama otot triseps mengendur. Akibatnya, siku membengkok dan lengan digerakkan ke atas Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 7.3 Terangkan mekanisme gerak alih ikan. Turus vertebra ikan adalah fleksibel dan digerakkan dari sisi ke sisi melalui pengecutan dan pengenduran miotom iaitu bongkah otot berbentuk W. Apabila otot miotom di sebelah kanan mengecut, otot miotom di sebelah kiri mengendur dan ekor akan mengibas ke kanan. Sebaliknya, apabila otot miotom di sebelah kiri mengecut, otot miotom kanan akan mengendur dan ekor akan mengibas ke kiri. Gelombang pengecutan dan pengenduran secara berselang-seli di sepanjang miotom menyebabkan bahagian badan bergerak dari sisi ke sisi, menolak air ke belakang dan ke sisi lalu badan digerakkan ke hadapan. Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 8.4 Huraikan bagaimana seekor belalang melakukan lompatan. Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang boleh dilipat dalam bentuk Z, dan kedudukan sebegini berfungsi sebagai spring lompatan. Apabila kaki berada dalam kedudukan Z, otot ekstensor mengendur dan otot fleksor berada dalam keadaan mengecut. Apabila otot ekstensor pada kaki belakang mengecut dan kaki diluruskan dengan pantas ke arah belakang dan ke bawah tanah, ia memberikan belalang suatu daya angkat ke atas dan ke hadapan yang menolak belalang itu ke udara. Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 9.1 Cadangkan dua cara untuk menjaga sistem otot rangka. Mengambil gizi seimbang 2 Sebagai seorang doktor, terangkan cara-cara untuk membantu pesakit skoliosis menjalani kehidupan harian yang normal. • Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. • Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”) • Pembedahan Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 10.3 Nyatakan maksud osteoporosis dan terangkan langkah yang boleh diambil pada usia muda untuk mencegah osteoporosis pada usia tua. Osteoporosis ialah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang menjadi nipis, lebih poros, dan mudah patah. Osteoporosis boleh dicegah dengan mengambil kalsium, fosforus dan vitamin D. 4 Terangkan tiga amalan untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka. Untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka, kita harus memakai pakaian yang sesuai, melakukan senaman dan mengamalkan postur badan yang betul. Praktis Formatif 14.3 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 11.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM 1 Nyatakan perbezaan antara vertebra serviks dengan vertebra toraks. Vertebra serviks mempunyai cuaran spina lebih pendek daripada vertebra toraks Vertebra serviks mempunyai sentrum lebih kecil daripada vertebra toraks Vetebra serviks mempunyai cuaran melintang lebih lebar daripada vertebra toraks Vetebra serviks mempunyai mempunyai sepasang foramen melintang manakala Vertebra toraks tidak mempunyai foramen melintang
  • 12.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM 2 Rajah 1 menunjukkan gerak alih cacing. Jelaskan tindakan otot dalam segmen T dan segmen S yang membolehkan cacing tanah bergerak dalam arah yang ditunjukkan. Segmen T : Otot lingkar mengecut. Segmen S : Otot membujur mengecut. 3 Mengapakah penting untuk organisma mengekalkan bentuk badannya? Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan serta membolehkan organ dalam badan berfungsi dengan lancar.
  • 13.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM 4 Huraikan maksud postur yang baik. Mengapakah kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik semasa melakukan sebarang aktiviti? • Postur yang baik ialah cara betul untuk duduk, berdiri, melutut dan apabila melakukan bentuk pergerakan badan yang lain. • Kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik kerana postur yang baik memberikan sokongan yang sempurna kepada sistem otot rangka, membantu pengaliran darah dan mengurangkan kecederaan pada otot-otot rangka serta mengelakkan tekanan pada otot dan turus vertebra. 5 Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi. • Pengecutan otot memerlukan banyak tenaga ATP yang dihasilkan semasa respirasi sel. • Darah yang banyak diperlukan untuk mengangkut serta membekalkan oksigen dan glukosa kepada sel otot. • Pada masa yang sama, darah akan mengangkut bahan buangan seperti karbon dioksida dan asid laktik keluar dari sel otot.
  • 14.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM 6 Rajah 2 menunjukkan dua jenis vertebra X dan Y dalam turus vertebra manusia. Namakan vertebra X dan vertebra Y. X :Vertebra lumbar Y : Vertebra serviks (b) Terangkan peranan vertebra semasa pergerakan badan berlaku. Vertebra menyediakan permukaan untuk perlekatan otot. Turus vertebra terdiri daripada banyak tulang vertebra yang dihubungkan antara satu sama lain dan ini membolehkan tulang belakang melentur.
  • 15.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM (c) Huraikan perkaitan vertebra toraks dengan mekanisme pernafasan. • Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang panjang dan cuaran melintang untuk perlekatan otot dan ligamen. • Vertebra toraks juga mempunyai dua muka sendi pada cuaran melintang untuk bersendi dengan tulang rusuk. Ini membenarkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah. Persendian vertebra toraks kepada tulang rusuk membolehkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah apabila otot interkosta mengecut dan mengendur.
  • 16.7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan lengan. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM Namakan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X pada Rajah 3. Otot P: otot biseps Otot Otot Q: otot triseps Tisu X: tendon Tulang Y: humerus (b) Nyatakan dua ciri tisu X yang membolehkan tisu tersebut menjalankan fungsinya. Tidak kenyal dan boleh dilentur.
  • 17.7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan lengan. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM (c) Sekiranya tisu X terputus akibat kemalangan, apakah masalah yang akan dihadapi oleh mangsa? Pergerakan pada sendi tidak boleh berlaku. Otot biseps tidak terikat pada tulang radius. (d) Cadangkan sejenis makanan yang sesuai untuk seseorang yang patah tulang Y. Jelaskan pendapat anda mengapa makanan ini dianggap sesuai untuk individu tersebut. Susu, kerana mengandungi banyak kalsium untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang.
  • 18.7 Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan lengan. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM (e) Terangkan bagaimana semua bahagian yang anda labelkan dalam Rajah 3 bertindak dalam keadaan yang ditunjukkan. Apabila otot biseps mengecut, daya tarikan dipindahkan kepada tulang melalui tendon. Tindakan ini menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur.
  • 19.Rajah 4 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia Berdasarkan Rajah 4, huraikan bagaimana otot, tulang, tendon, ligamen dan sendi membolehkan pergerakan di atas berlaku. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM • Tulang femur yang besar dan panjang menambahkan kekuatan bagi menyokong berat badan. • Tendon menghubungkan otot kepada tulang • Tendon bersifat liat dan tidak kenyal. • Apabila otot mengecut, daya yang dihasilkan dipindahkan ke tulang melalui tendon. • Ligamen menghubungkan tulang kepada tulang. • Ligamen bersifat kuat dan kenyal. • Ligamen memberi sokongan kepada sendi untuk pergerakan.
  • 20.Rajah 4 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia Berdasarkan Rajah 4, huraikan bagaimana otot, tulang, tendon, ligamen dan sendi membolehkan pergerakan di atas berlaku. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM • Otot kuadriseps femoris dan otot biseps femoris adalah otot berantagonis. • Apabila otot kuadriseps femoris atau otot ekstensor mengecut dan otot biseps femoris mengendur, kaki diluruskan. • Apabila otot biseps femoris mengecut dan otot kuadriseps mengendur, kaki dibengkokkan. • Apabila otot betis mengecut, tumit kaki diangkat. • Pada masa yang sama, tapak kaki menolak ke bawah dan ke belakang. • Tindakan pengecutan dan pengenduran yang berulang-ulang ini menghasilkan pergerakan.
  • 21.9 Huraikan bagaimana sistem rangka cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk gerak alih di habitat masing-masing. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM • Gerak alih cacing tanah • Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik. • Cacing bergerak dengan bantuan perubahan tekanan hidrostatik dalam badan. • Otot melingkar mengecut dan otot membujur mengendur secara antagonis. • Ini menyebabkan tekanan hidrostatik dipindah dari anterior ke posterior.
  • 22.9 Huraikan bagaimana sistem rangka cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk gerak alih di habitat masing-masing. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM Gerak alih ikan • Mempunyai rangka endoskeleton. • Tulang ikan merupakan tempat perlekatan otot. • Otot miotom kiri mengecut dan otot miotom kanan mengendur secara antagonis. • Ekor bergerak ke kiri dan ke kanan dan menghasilkan tujah ke hadapan.
  • 23.10 (a) Terangkan sifat otot yang terlibat dalam pergerakan manusia. Otot yang terlibat dalam pergerakan ialah otot rangka. Otot rangka merupakan otot yang menghasilkan gerak balas yang disedari kerana pengecutannya dikawal oleh sistem saraf dan boleh dirangsang secara sedar. Otot rangka membekalkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan tulang pada sendi. Otot rangka tidak boleh menolak dan meregang tetapi hanya boleh mengecut dan mengendur. Pengecutan memendekkan otot rangka. Pengenduran mengembalikan otot kepada bentuk dan saiz yang asal. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 24.10 (b) (i) Terangkan langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk memelihara sistem otot rangka yang baik. • Pengambilan nutrisi yang seimbang, misalnya mengambil kalsium tambahan, fosfat, vitamin A, C, dan D. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan vitamin C meningkatkan jisim tulang. • Menggunakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat. • Mengelak daripada memakai kasut bertumit tinggi. • Kerap bersenam dan bersukan. • Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat untuk mengelakkan kecederaan pada sistem otot rangka. • Sentiasa mengamalkan postur yang baik dalam semua aktiviti harian. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 25.10 (b) (ii) Huraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit osteoporosis. • Faktor usia: apabila usia seseorang meningkat, ketumpatan tulang di dalam badan semakin berkurang dan seterusnya, jisim tulang berkurang. • Faktor kekurangan hormon estrogen: osteoporosis lebih lazim di kalangan wanita yang telah putus haid kerana aras hormon estrogen berkurang selepas putus haid. Estrogen terlibat dalam metabolisme kalsium; hormon ini membantu badan menyerap kalsium dan mengurangkan kehilangan mineral kalsium. • Kurang bersenam: senaman dapat merangsang pengenapan kalsium. • Kurang pengambilan kalsium dalam diet makanan. Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 26.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM (c) Huraikan bagaimana otot bertindak bersama dengan ligamen dan tendon untuk menghasilkan pergerakan pada lengan Di bahu, tendon daripada satu hujung otot biseps berpaut kepada skapula (tulang yang tetap) manakala di siku, tendon di hujung otot biseps berpaut kepada tulang radius (tulang yang bebas bergerak). Tendon daripada satu hujung otot triseps berpaut pada hujung skapula manakala tendon di hujung yang satu lagi terlekat pada tulang ulna. Ligamen menghubungkan tulang dan tulang bagi membenarkan pergerakan tulang pada sendi
  • 27.Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM (c) Huraikan bagaimana otot bertindak bersama dengan ligamen dan tendon untuk menghasilkan pergerakan pada lengan Semasa membengkokkan tangan, daya tarikan yang terhasil oleh otot dipindahkan kepada tulang melalui tendon. Pengecutan otot biseps menyebabkan radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur. Semasa meluruskan lengan, Otot triseps mengecut menyebabkan ulna ditarik ke bawah dan lengan diluruskan. Pada masa yang sama, otot biseps mengendur.
  • 28.11 Tulang-tulang panjang dalam badan mamalia adalah berongga dan bukannya padat. Jelaskan kelebihan tulang berongga Tulang yang berongga mengurangkan berat badan. Tulang berongga juga kurang memerlukan bahan binaan seperti kalsium dan fosforus. Daya yang bertindak untuk mematahkan satu tulang berongga yang panjang tertumpu di pinggir tulang. Oleh itu, tulang yang berongga di tengah adalah sama kuat dengan tulang yang padat Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 29.12 Burung terbang menggunakan sayapnya. Pergerakan sayap membolehkan burung menghasilkan daya tujah ke atas. Walau bagaimanapun, kebolehan burung untuk terbang bukan sahaja bergantung pada sayapnya tetapi juga pada sistem sokongannya. Jelaskan bagaimana sistem sokongan burung dapat membantunya terbang. Sumsum tulang burung adalah poros dan tidak padat. Selain itu, sel-sel tulang tidak tersusun padat. Oleh demikian, tulang seekor burung yang boleh terbang adalah lebih ringan. Ini mengurangkan berat burung dan memudahkannya terbang Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 30.13 Penyelidikan terkini untuk merawat tulang patah termasuklah penggunaan bahan seperti tiub nano karbon sebagai perancah untuk pertumbuhan tisu tulang. Jika anda seorang ahli sains yang sedang mencari bahan baharu untuk merawat tulang rosak, apakah ciri-ciri yang mesti ada pada bahan baharu tersebut supaya dapat mengganti tulang yang patah? . • Bahan baharu tersebut mestilah ringan namun kuat untuk menyokong berat badan. • Kos bahan juga tidak mahal dan badan pesakit tidak mengalami masalah penolakan. • Bahan tersebut boleh terbiodegradasi selepas tulang sebenar tumbuh semula Praktis Sumatif 14 Buku Teks Biologi T4 KSSM
  • 31.Namakan vertebra- vertebra itu R : Vetebtra serviks T : Vetebra lumbar SPM 2007 Q 5 Rajah 5.1 menunjukkan turus vertebra manusia Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis vertebra R dan T, dalam turus vertebra manusia (b) Lukiskan anak panah () untuk memadankan R dan T kepada mana-mana satu vertebra yang betul(2M)
  • 32.SPM 2007 Q 5 Rajah 5.1 menunjukkan turus vertebra manusia Rajah 5.2 menunjukkan dua jenis vertebra R dan T, dalam turus vertebra manusia (c) Terangkan satu ciri vertebra toraks yang berkaitan dengan mekanisme respirasi(3M) Mempunyai cuaran spina yang panjang untuk pelekatan otot dan ligament /struktur sokongan kepada sangkar rusuk mempunyai dua muka sendi pada cuaran melintang untuk bersendi dengan tulang rusuk Bagi membenarkan rusuk bergerak keatas dan kebawah
  • 33.Nyatakan keadaan tulang dalam Rajah 5.4 berbanding tulang pada Rajah 5.3 Poros/kurang tumpat/rapuh Individu yang menghidap osteoporosis dinasihatkan meminum banyak susu.Terangkan mengapa(2M) Susu mengandungi lebih banyak kalsium Yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang SPM 2007 Q 5 Rajah 5.3 menunjukkan keratan rentas bagi tisu tulang yang normal Rajah 5.4 menunjukkan keratan rentas bagi tisu tulang seorang individu yang menghidap osteoporosis
  • 34.(a) (i) Namakan tulang J Lumbar (a) (ii) Terangkan fungsi K(2M) Bertindak sebagai kusyen Untuk menyerap hentakan semasa bergerak Untuk mengurangkan geseran semasa pergerakan Melindungi saraf tunjang Bagi membenarkan pergerakan /kelenturan turus vetebra SPM 2019 Q 2 Rajah 2.1 menunjukkan tulang J dalam turus vertebra manusia
  • 35.(b) (i) Vetebra yang manakah mempunyai sentrum terbesar Tandakan (/) bagi jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 1 (b) (ii) Berdasarkan jawapan anda di 2(b)(i) , mengapakah vertebra itu mempunyai sentrum yang terbesar? (1M) untuk menampung berat turus vertebra/badan// untuk memberi sokongan kepada turus vetebra/badan untuk menyerap tekanan/hentakan yang kuat/ mampatan SPM 2019 Q 2 Jadual 1 menunjukkan vertebra yang diambil daripada bahagian turus vertebra yang berbeza
  • 36.(c) (i) Apakah L? Rawan (c) (ii) Terangkan masalah lutut yang dihidapi oleh atlet tersebut sebelum rawatan? (3M) osteoarthritis/artritis/inflamasi pada sendi/keradangan sendi Rawan rosak/ menipis/merosot/haus/terhakis Tulang terdedah dan tidak dilindungi dan rosak meningkatkan geseran antara tulang Menyebabkan rasa sakit/kaku/bengkak pada sendi lutut/ masalah berjalan SPM 2019 Q 2 Rajah 2.2 menunjukkan struktur sendi lutut seorang atlet sebelum cedera , semasa cedera dan selepas rawatan
  • 37.(a)Lengkapkan Rajah 5.1 dengan melukis otot triseps yang terlibat dalam pergerakan lengan tersebut(2 M) (b) Nyatakan satu ciri penyesuaian tisu P yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 yang membantu dalam pergerakan lengan(1M) Tidak kenyal dan kuat (c) Terangkan tindakan otot-otot yang menyebabkan pergerakan lengan dalam Rajah 5.2(3 M) Otot-otot betindak secara berantagonis Otot trisep mengecut,otot bisep mengendur Daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot triseps dipindahkan ke ulna melalui tendon Ini menarik ulna kebawah Tangan diluruskan SPM 2010 Q 5 Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan kedudukan yang berlainan bagi lengan dalam satu pergerakan
  • 38. ((a)(i) Namakan X. X: Tendon (ii) Nyatakan satu fungsi X. Menghubungkan otot dengan tulang Memindahkan daya taraikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot ke tulang (b) Jelaskan dengan ringkas bagaimana ciri X disesuaikan untuk menjalankan fungsi yang dinyatakan di (a)(ii). Ia dalah tidak kenyal Oleh itu dia boleh memindahkan daya pengecutan dari otot ke tulang . SPM 2011 Q 4 Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang terlibat semasa pembengkokan kaki.
  • 39. (c)(i) Nyatakan satu fungsi ligamen dalam Rajah di atas. Menghubungkan tulang dengan tulang (ii) Ligamen seorang ahli gimnastik adalah lebih mudah lentur berbanding dengan orang biasa. Terangkan pernyataan tersebut. Ligamen ahli gimnastik lebih elastic/kenyal dan kuat senang untuk diregangkan Disebabkan latihan yang berterusan dalam masa yang lama SPM 2011 Q 4 Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang terlibat semasa pembengkokan kaki.
  • 40. (d)Sebilangan pelajar marathon mengalami kekejangan otot di akhir permulaan Apakah kekejangan otot Pengecutan berterusan dalam otot Nyatakan satu sebab bagi kekejangan otot dalam kalangan atelet ketidakcukupan regangan Pengumpulan asid laktik kekurangan garam SPM 2011 Q 4 Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang terlibat semasa pembengkokan kaki.
  • 41. (e) Cadangkan tiga cara bagaimana seseorang boleh mengekalkan system otot rangka yang sihat Diet yang kaya dengan kalsium dan fosforus untuk tulang yang kuat Postur yang baik mengelakkan masalah tulang belakang Mengamalkan teknik yang betul dan selamat Mengamalkan aktiviti memanaskan badan warm up elak kecederaan otot Pakaian yang sesuai SPM 2011 Q 4 Rajah menunjukkan otot dan tulang manusia yang terlibat semasa pembengkokan kaki.
  • 42.Tendon menghubungkan tulang dan otot Tendon adalah kuat dan tak kenyal Tendon memindahkan daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot ke tulang Ligamen menghubungkan tulang dan tulang pada sendi Ligamen adalah kenyal dan kuat Bagi memberi sokongan dan kekuatan pada sendi SPM 2005 Q 6(c) Rajah 6.3 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia Berdasarkan Rajah 6.3(i) dan Rajah 6.3(ii) ,terangkan bagaimana pergerakan di atas berlaku yang mekibatkan otot, tendon ,tulang ,ligament dan sendi(10M)
  • 43.Otot bisep femoris mengecut manakala otot Kuadrisep/ektensormengendur menyebabkan kaki dibengkokkan Otot Kuadrisep/ektensor mengecut manakala otot bisep femoris mengendur menyebabkan kaki diluruskan Otot betis mengecut dan tumit diangkatkan Kaki menolak kebawah dan kebelakang Pengecutan dan pengenduran otot menghasilkan gerakan berlari SPM 2005 Q 6(c) Rajah 6.3 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia Berdasarkan Rajah 6.3(i) dan Rajah 6.3(ii) ,terangkan bagaimana pergerakan di atas berlaku yang mekibatkan otot, tendon ,tulang ,ligament dan sendi(10M)
  • 44.(b)Pada rajah 1(b), lukis dan labelkan otot yang menyebabkan lengan diluruskan dengan menunjukkan dengan jelas tindakan otot pada tulang yang betul.(3M) (c) Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi.(3M) TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK Rajah 1 (b) menunjukkan tulang lengan dan lengkungan pectoral. Rajah 1 (b) P1: Pengecutan otot memerlukan tenaga ATP P2: (ATP) dihasilkan melalui respirasi sel (ATP) P3: Lebih banyak glukosa dibelkan ke sel otot. P4: Lebih glukosa dapat dioksidakan/ dipecahkan
  • 45. P1: Otot pada rangka bertindak secara antagonis P2: Satu otot mengecut P3: Satu otot lagi mengendur. P4: Tendon menyambungkan otot ke tulang P5: Pengecutan otot, memindahkan daya ke tendon yang menarik tulang. TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK Terangkan bagaimana tindakan otot pada rangka boleh menyebabkan pergerakan pada haiwan berangka dalam.(4M)
  • 46.(d) Arnab boleh melakukan lompatan yang jauh.Terangkan mengapa (3M) Mempunyai anggota belakang yang besar dan panjang Dan berotot besar dan kuat Otot fleksor mengecut dan otot ekstensor mengendur membolehkan anggota belakang dilipat/dibengkokkan dan berbentuk Z Otot ektensor mengecut dan otot fleksor mengendur Menyebabkan anggota belakang diluruskan Ini akan menghasilkan daya tolakan yang kuat. SPM 2019 Q 2 Rajah 2.3 menunjukkan anggota hadapan dan anggota belakang seekor arnab
  • 47.Terangkan tindakan otot kaki semasa melompat. (3M) Otot fleksor bahagian atas kaki belakang mengecut menyebabkan kaki belakang dilipat berbentuk Z bersedia untuk melompat Otot ekstensor mengecut menyebabkan kaki belakang melurus Kaki yang melurus menghasilkan lentingan /daya tolakan yang menolak belalang ke hadapan dan ke atas ke udara. 2014 JOHOR BATU PAHAT Rajah 7.5 menunjukkan pergerakan seeekor belalang
  • 48. Cacing tanah Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik Cacing bergerak dengan mengubah tekanan hidrostatik bendalir yang terdapat di dalam badannya Otot melingkar mengecut dan otot membujur mengendur secara berantogonis Menyebabkan tekanan hidrostatik dipindahkan dari anterior(depan) ke posterior(belakang) menyebabkan cacing bergerak ke hadapan SPM 2005 Q 6(b) Rajah menunjukkan pergerakan cacing tanah dan ikan di habitat yang berbeza Terangkan bagaimana system rangka setiap organisma itu disesuaikan untuk pergerakan masing-masing(6M)
  • 49. Ikan Ikan mempunyai rangka dalam yang Menyediakan kawasan bagi perlekatan otot Otot miotom kanan mengecut dan otot miotom kiri mengendur secara berantagonis Menyebabkan ekor ikan dilibaskan kekiri dan kekanan Menghasilkan daya tujah ke hadapan SPM 2005 Q 6(b) Rajah menunjukkan pergerakan cacing tanah dan ikan di habitat yang berbeza Terangkan bagaimana system rangka setiap organisma itu disesuaikan untuk pergerakan masing-masing(6M)
  • 50.(a)(i) Namakan sirip R dan T R : sirip dorsal T: sirip ventral (a)(ii) Terangkan mengapa sirip R adalah penting bagi ikan semasa berenang Untuk mengelakkan pesongan dan golekan Untuk keseimbangan Meningkatkan kelarusan Mengurangkan rintangan air SPM 2017 Q 2 Rajah 2.1 menunjukkan struktur seekor ikan R,S dan T adalah sirirp pada ikan tersebut . Rajah 2.2 menunjukkan keratin rentas merentasi XY
  • 51.(b) Terangkan bahgaimana otot P bertindak semasa pergerakan ikan. Otot P ialah miotom Bertindak secara berantagonis (otot sebelah kanan mengecut dan otot belah kiri mengendur) Badan membengkok kearah bahagian otot yang mengecut Tindakan berulang boleh menghasilkan daya tujah kehadapan . SPM 2017 Q 2 Rajah 2.1 menunjukkan struktur seekor ikan R,S dan T adalah sirirp pada ikan tersebut . Rajah 2.2 menunjukkan keratin rentas merentasi XY
  • 52.Terangkan bagaimana kecederaan itu mempengaruhi pergerakan ikan tersebut S ialah sirp kaudal/sirip ekor daya pukulan berkurangan Tidak dapat menghasilkan daya tujahan ke hadapan yang mencukupi pergerakan ikan menjadi lebih perlahan ikan gagal mengemudi Tidak dapat mengawal arah dalam pergerakannya/tidak stabil gerakannya SPM 2017 Q 2 (c) Sirip S tercedera seperti yang ditunjukkan Rajah 2.3
  • 53.(ii). Ikan itu dapat menyesuaikan diri dengan kecederaannya dan terus hidup.Jelaskan bagaimana ikan itu mengatasi masalah tersebut semasa berenang. Otot miotom mengecut dan mengendur dengan lebih kerap Badan bengkok dari kiri ke kanan dengan lebih kerap Sirip pectoral dan sirip pelvik mengibas lebih kerap Untuk menghasilkan lebih daya tujahan ke hadapan SPM 2017 Q 2 (c) Sirip S tercedera seperti yang ditunjukkan Rajah 2.3
  • 54.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK Rajah 1(a) menunjukkan seekor cacing tanah yang sedang bergerak. (a)(i) Namakan jenis rangka yang menyokong cacing tanah(1M) (Rangka) Hidrostatik (ii) Terangkan bagaimana otot antagonis membolehkan cacing tanah tersebut bergerak ke hadapan(2M) P1: Otot lingkar mengecut dan cacing menjadi panjang/ kurus P2: Otot membujur mengecut dan cacing menjadi pendek/ tebal P3: Gelombang peristalsis terhasil sepanjang badan.
  • 55.P1:Tindakan otot antagonis yang besar dan kuat pada dada burung membantu mengibaskan sayap ke atas dan ke bawah. P2: Otot pektoralis major mengecut P3; Daya tarikan daripada pengecutan otot pektoralis major menarik tulang ke bawah melalui tendon P4 sayap diturunkan ke bawah P5:Otot pektoralis minor mengecut P6: Daya tarikan daripada pengecutan otot pektoralis minor menarik tulang ke atas melalui tendon P7: Sayap dinaikkan ke atas P8: Tekanan udara yang tinggi di bawah sayap menghasilkan daya tujah ke atas TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK Rajah 2 menunjukkan seekor burung yang sedang terbang. Rajah 2 Berdasarkan Rajah 2, huraikan mekanisme tindakan otot sayap yang membantu pergerakan burung tersebut.(8M)
  • 56.P1: Beban berat dipindah ke tulang belakang. P2: Boleh menyebabkan skoliosis/ Tulang belakang membengkok P3: Kesakitan tulang belakang yang kronik berlaku P4: Aliran darah ke leher dan bahu boleh terjejas P5: Pergerakan terganggu P6: Pertumbuhan terbantut/ terganggu P7: Boleh menyebabkan kelumpuhan separa P8: Gangguan emosi P9: Sendi lutut menyokong beban berat P10: Boleh mengakibatkan osteoartitis TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK Rajah 3 menunjukkan satu situasi dimana seorang kanak-kanak sedang memikul beg sekolahnya yang berat Rajah 2 Bincangkan kesan jangkamasa panjang terhadap kanak-kanak tersebut.(8M)
  • 57.SPM 2018 Q 34 Apakah tulang K? Ulna Humerus Skapula Radius Rajah menunjukkan rangka manusia
  • 58.SPM 2011 Q 37 Antara tulang A, B, C dan D, manakah yang membentuk sebahagian daripada rangka paksi? Rajah menunjukkan rangka manusia
  • 59.SPM 2015 Q 38 Bahagian manakah yang berlabel A,B, C dan D ialah sakrum Rajah menunjukkan turus vertebra manusia
  • 60.SPM 2011 Q 34 Rajah menunjukkan vertebra P dalam turus vertebra manusia ,Q Bahagian manakah daripada turus vertebra , A,B,C dan D dalam Q yang mengandungi vertebra P?
  • 61.SPM 2013 Q 36 Antara yang berikut, yang manakah vertebra toraks?
  • 62.SPM 2015 Q 36 Apakah sebab X mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan vertebra lain? Sebagai penyerap kejutan Sebagai sumber makanan penyubur Sebagai struktur yang memberi keanjalan Sebagai sokongan berat badan Rajah menunjukkan vertebra lumbar
  • 63.SPM 2018 Q 35 Apakah kelebihan yang terdapat pada vertebra Y berbanding vertebra X yang membantu dalam sokongan? Cuaran spina yang lebih pendek Mempunyai muka sendi yang lebar Sentrum yang lebih besar dan tebal Cuaran melintang yang panjang dan pipih Rajah menunjukkan vertebra X dan vertebra Y
  • 64.SPM 2015 Q 38 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan vertebra yang betul pada tulang belakang? R,S P, Q P,Q,R,S, Q,R,S,P S,P,R,Q P,Q,R,S dalam Rajah di bawah adalah vertebra yang terdapat disepanjang tulang belakang
  • 65.SPM 2015 Q 38 Antara tulang berikut yang manakah sebahagian daripada rangka paksi P dan S Q dan R P,Q dan R Q,R dan S Rajah menunjukkan tulang-tulang manusia
  • 66.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 67.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 68.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 69.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 70.SPM 2018 Q 36 Seorang atlet mengalami kecederaan pada Q semasa menjalani latihan. Apakah impak kecederaan tersebut kepada atlet itu? Bendalir sinovia kurang dirembeskan Ligamen akan kurang kenyal Gagal menyerap hentakan Kurang darah mengalir ke Q Rajah menunjukkan sebahagian daripada turus vetebra
  • 71.SPM 2014 Q 36 Antara berikut, yang manakah sebahagian daripada rangka paksi manusia?
  • 72.SPM 2015 Q 38 Rajah menunjukkan sebahagian daripada rangka manusia Apakah X? Ulna Skapula Humerus klavikel
  • 73.SPM 2009 Q 39 Tulang-tulang manakah yang membentuk lengkungan pectoral? Ulna dan radius Humerus dan scapula Klavikel dan humerus Klavikel dan skapula
  • 74.SPM 2012 Q 36 Pasangan tulang manakah yaneg membentuk sendi lesung? Femur dan tibia Tibia dan fibula Humerus dan radius Humerus dan scapula
  • 75.SPM 2014 Q 37 Rajah menunjukkan lengan manusia Apakah X? A Sendi B. Tendon C. Otot D. Ligamen
  • 76.SPM 2015 Q 37 Rajah menunjukkan sebahagian lengan manusia Apakah S? A Otot B. Tendon C. Ligamen D. Rawan
  • 77.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 78.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 79.SPM 2005 Q 14 Rajah menunjukkan sendi lutut Antara tisu berikut, yang manakah menghubungkan X kepada Y? Ligamen Tendon Adipos Rawan
  • 80.SPM 2008 Q 40 Rajah menunjukkan kaki yang dibengkokkan Antara tindakan otot berikut, yang manakah akan meluruskan kaki?
  • 81.SPM 2005 Q 34 Rajah menunjukkan struktur lengan manusia Apakah yang berlaku kepada bahagian –bahagian P,Q,R dan S yang menyebabkan lengan berada dalam kedudukan seperti dalam rajah ?
  • 82.SPM 2012 Q 38 Rajah menunjukkan sendi pada manusia Antara bahagian A, B . C dan D , yang manakah melincirkan sendi?
  • 83.SPM 2015 Q 38 Rajah menunjukkan satu sendi engsel Apakah bahagian X dan Y?
  • 84.SPM 2012 Q 35 Rajah menunjukkan keratan rentas toraks seekor burung Apakah S dan T?
  • 85.SPM 2006 Q 27 Rajah menunjukkan pasangan otot dada dua ekor burung. Otot pektoralis major burung P adalah normal manakala otot pektoralis major burung Q adalah tidak normal Apakah kesan daripada ketidaknormalan itu pada burung Q? A. Ia boleh terbang lebih tinggi B. Pergerakan sayapnya ke atas lebih lemah C. Pergerakan sayapnya ke bawah lebih lemah D. Pergerakan sayapnya ke atas dan ke bawah lebih kerap semasa terbang
  • 86.SPM 2011 Q 386 Rajah menunjukkan keratan rentas toraks seekor burung Apakah yang berlaku jika otot P cedera? Burung tidak boleh meluncur Burung tidak boleh bergerak ke hadapan Burung tidak boleh menggerakkan sayap ke atas dan ke hadapan Burung tidak boleh menggerakkan sayap ke bawah dan kebelakang
  • 87.SPM 2015 Q 38 Rajah menunjukkan pergerakan seekor cacing tanah Antara yang berikut , yang manakah betul tentang tindakan otot pada segmen T?
  • 88.SPM 2015 Q 35 Seorang pelajar memerhatikan seekor ikan berenang dalam keadaan tidak terkawal. Dia mendapati sirip pectoral ikan itu cedera. Rajah yang manakah menunjukkan pergerakan ikan itu?
  • 89.SPM 2016 Q 34 Rajah menunjukkan seekor ikan Apakah masalah yang akan berlaku kepada pergerakan ikan sekiranya S cedera? Junaman Pesongan Gulingan Seretan
  • 90.SPM 2017 Q 36 Rajah menunjukkan pergerakan seekor ikan Apakah yang akan berlaku kepada pergerakan ikan itu jika struktur X cedera? Ikan itu tidak boleh terapung Ikan itu tidak boleh mengatasi rintangan Ikan itu tidak boleh bergerak ke atas dan ke bawah Ikan itu tidak boleh menghasilkan tujahan ke hadapan
  • 91.SPM 2011 Q 33 Berikut adalah ciri-ciri berkaitan dengan pergerakan dalam haiwan P : mempunyai rangka hidrostatik Q: mempunyai bentuk badan larus R : Mempunyai kaki belakang yang panjang S : mempunyai otot antagonis Haiwan yang manakah dipadankan dengan betul kepada ciri-cirinya
  • 92.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 93.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 94.SPM 2008 Q 37 Seorang lelaki mengadu kerap mengalami sakit belakang akibat suatu kecederaan Antara yang berikut , yang manakah dapat mengurangkan masalahnya? I Makan banyak protein II Amalkan postur yang baik III Lakukan senaman aktif IV Elakkan mengangkat barang berat I dan II I dan III II dan IV III dan IV
  • 95.SPM 2010 Q 33 Rajah menunjukkan perubahan postur pada rangka seorang perempuan yang meningkat usia disebabkan oleh kekurangan hormone dan nutrient tertentu Apakah hormone dan nutrient itu? Progesteron dan ferum Progesteron dan kalsium Estrogen dan ferun Estrogen dan kalsium
  • 96.SPM 2011 Q 35 Rajah menunjukkan sendi palsu pada lutut Penyakit manakah yang berkaitan dengan penggunaan sendi palsu Gout Osteoporosis Osteoartritis Distrofi otot
  • 97.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 98.TICKET TO VICTORY 2021 JPNPERAK
  • 99.Rajah menunjukkan tulang kaki bagi dua individu normal dan pesakit. Pesakit tersebut mengidap penyakit Gout Osteoporosis Osteoartritis Riket
  • 100.Maklumat berikut adalah berkaitan dengan masalah kesihatan seorang pesakit Pesakit tersebut mengidap penyakit Gout Skoliosis Osteoartritis Riket Tulang belakangnya membengkok ke sisi dalam bentuk ‘S’ atau ‘C’ apabila dipandang dari belakang mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau pertumbuhan tulang belakang yang tidak normal semasa perkembangan akil baligh
  • 101.Maklumat berikut adalah berkaitan dengan masalah kesihatan seorang pesakit Pesakit tersebut mengidap penyakit Gout Skoliosis Osteoartritis Riket kekurangan bendalir sinovia dan kehausan rawan dalam sesetengah sendi Rawan menjadi nipis dan ligamen memendek serta hilang sebahagian daripada kekenyalannya Sendi seperti sendi lutut akan bengkak, berasa sakit serta menjadi kurang fleksibel.
  • 102.