BUKU PROGRAM

0

Presentation Transcript

  • 1.Mesyuarat PIBG Agung SABTU, JUN 2022 DEWAN SRI GALING SK GALING Masa : 8.30 - 12.00 Tengah Hari 25 25 Zulkaedah 1443 H 80 KALI KE Dirasmikan Oleh YH Dato’ Sri Haji Ab Hamid Bin Mohd Nazahar SSAP., DSAP., DIMP., PKT Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Pahang SEKOLAH KEBANGSAAN GALING
  • 2.  i Isi Kandungan Aluan Tuan Guru Besar (Pn Zahariah bt Mohamad) 1 Aluan Tuan Yang Dipertua PIBG (En Rosman b Daud,AMP) 2 TENTATIF PROGRAM 3 NOTIS MESYUARAT AGUNG 4 AGENDA MESYUARAT 5 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-79 6-13 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN 2021/2022 14-17 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 18 PENYATA KEWANGAN PIBG (BERAKHIR 31 DISEMBER 2021) 19 USUL-USUL YANG AKAN DIBAHASKAN 20 JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 21 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-80 22-24 SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN 25 GAMBAR AKTIVITI KERJASAMA PIBG 26-28 CATATAN 29 PENGHARGAAN
  • 3.  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-80. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan untuk membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Galing sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, dalam kesempatan yang ada ini,saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-80 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. .................................... (ZAHARIAH BT MOHAMAD) GURU BESAR, SK GALING. GURU BESAR PUAN ZAHARIAH BT MOHAMAD 1 Sekapur Sirih
  • 4.  2 YDP PIBG ROSMAN BIN DAUD,AMP Seulas Pinang
  • 5.  3 25 JUN 2022 / Sabtu 8.30 pagi : Ketibaan para tetamu dan pendaftaran 8.45 pagi : Para ibu bapa dan penjaga mengambil tempat 9.00 pagi : Ketibaan dif-dif kehormat 9.10 pagi : Majlis dimulakan Persembahan Tarian Zapin Bacaan Doa Ucapan aluan YDP PIBG En Rosman bin Daud,AMP Ucapan aluan Guru Besar Pn Zahariah bt Mohamad Ucapan aluan Perasmian YH Dato’ Sri Haji Ab Hamid Bin Mohd Nazahar SSAP.,DSAP.,DIMP.,PKT Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Pahang Penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2021/2022 Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum Tahun 2021 Persembahan murid Rehat 11.00 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-80 Cabutan Bertuah Sesi bergambar / Bersurai Tentatif Program Program
  • 6.  4 Notis Mesyuarat
  • 7.  5 Agenda Mesyuarat AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG AGENDA 2 : Ucapan Penasihat AGENDA 3 : Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-79. AGENDA 4 : Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2021/2022. AGENDA 5 : Membentangkan dan menerima laporan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG (berakhir pada 31 Disember 2021). AGENDA 6 : Membahaskan usul-usul AGENDA 7 : Pembubaran AJK Sesi 2021/2022 AGENDA 8 : Pemilihan dan pelantikan AJK bagi sesi 2022/2024. AGENDA 9 : Pemilihan dan pelantikan Juruaudit AGENDA 10 : Ucapan Penangguhan
  • 8.  6 Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-79 SK GALING Tarikh : 30 Oktober 2021 (Sabtu) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Kediaman masing-masing ( dalam talian) Kehadiran : 140 orang (rujuk lampiran)   Agenda Mesyuarat Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-77. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan dari Tahun 2019 hingga  2020 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan dari berakhir 31 Disember 2020. Perkara-perkara berbangkit Membahaskan dan Menerima Usul Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021. Pelantikan AJK 2021/2023 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan       Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat (YDP En Rosman bin Daud)   Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa dalam mesyuarat PIBG kali ke-79 bagi sesi 2020/2021. Pengerusi berterima kasih atas segala kerjasama dari segi sumbangan, idea dan tenaga yang dberikan oeh pihak pengurusan sekolah guru-guru dan kakitangan sekolah, ibu bapa, waris serta penjaga yang sentiasa bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oeh pihak PIBG sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mengalu-alukan ibu bapa yang ingin memberi sumbangan kepada PIBG untuk menambah dana PIBG demi kepentingan anak-anak kita.    
  • 9.  7 Minit Mesyuarat Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-77 (2019)   2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-78 sepatutnya diadakan pada tahun lepas (2020) tetapi tidak dapat diadakan kerana pandemik Covid-19. Oleh demikian minit mesyuarat tersebut akan digabungkan laporannya bersekali dengan tahun ini.   2.2 Pn Fatma Noraini binti Mustafa selaku Naib Setiausaha PIBG membentang minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-77 seperti yang diedarkan untuk disemak dan seterusnya disahkan.   Rujuk minit ms 9 - 12   2.3 En Razaki bin Omar menerima dan mencadangkan minit mesyuarat PIBG disahkan dan disokong oleh Pn Masayu bt Shamsudin. Minit mesyuarat PIBG disahkan dan diterima oleh semua ibu bapa secara sebulat suara.     Agenda 3 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG dari Tahun 2019 hingga 2020.   3.1 Pn Fatma Noraini binti Mustafa selaku Naib Setiausaha PIBG membentang laporan tahunan seperti yang diedarkan.   Rujuk ms 13 - 15   3.2 Pn Yusrina bt Yaacob mencadangkan laporan tahunan disahkan. Pn Rosniza bt Yusof menyokong laporan aktiviti tahunan PIBG. Laporan telah disahkan dan telah diterima oleh semua ahli secara sebulat suara.     Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG (berakhir 31 Disember 2020)   4.1 Pn Masayu bt Shamsuddin selaku bendahari membentang penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2020 untuk diterima dan disahkan.   Rujuk ms 20 - 22
  • 10.  8 Minit Mesyuarat Tiada sebarang isu berbangkit yang ditimbulkan berkaitan kewangan.   4.2 Pn Sulina bt Che Ali menerima dan telah mencadangkan supaya penyata kewangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -77 disahkan. Pn Fatma Noraini binti Mustafa menyokong Penyata kewangan disahkan dan diterima sebulat suara.     Agenda 5 : Perkara – perkara berbangkit.   5.1 Tiada   Agenda 6 : Membahaskan dan Menerima Usul   6.1 Sebanyak 220 maklum balas daripada pautan (Google Form) borang usul Mesyuarat Agung PIBG yang diedarkan telah diterima daripada ibu bapa sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.Hanya 20 sahaja maklum balas itu merupakan cadangan dan idea-idea yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak sekolah. 6.2 Terdapat 1 usul daripada En Rahman bin Muhammad Tahir mengenai usaha membaik pulih tandas murid. Jawapan : Jawapan usul tersebut telah dinyatakan didalam buku program dan disampaikan oleh En Rosman bin Daud. - Peruntukan telah diturunkan dan proses membaikpulih sedang dijalankan. Agenda 7 : Pembubaran AJK 2019/2021   7.1 En Rosman bin Daud selaku YDP PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021. 7.2 Guru Besar selaku penasihat PIBG memohon respon daripada ahli mesyuarat yang hadir untuk memberi cadangan atau pandangan mengenai pengumuman pembubaran AJK pada kali ini. 7.3 En Razaki bin Omar mencadangkan agar AJK PIBG 2019/2021 dapat dikekalkan sehingga awal tahun hadapan memandangkan situasi pandemik yang masih berterusan dan masih belum dapat berkumpul secara bersemuka untuk memilih dan membuat pelantikan AJK PIBG yang baharu. 7.4 Bagi Jawatankuasa diperingkat sekolah, En. Rosman bin Daud selaku YDP PIBG menyerahkan kepada Guru Besar selaku Penasihat untuk melantik Jawatankuasa yang baru diperingkat sekolah. 7.5 Pn Sulina bt Che ali mencadangkan AJK PIBG 2019/2021 dikekalkan ke sesi baharu sehingga ke tarikh mesyuarat yang akan ditetapkan. 7.6 Cadangan Pn Sulina disokong dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat yang hadir.  
  • 11.  Minit Mesyuarat Agenda 8 : Pelantikan AJK 2021/2023   8.1 AJK PIBG 2019/2021, bahagian ibu bapa masih dikekalkan sehingga tarikh baharu Mesyuarat Agung ditetapkan pada awal tahun hadapan. 8.2 Pelantikan Juru Audit yang baru akan dilakukan dalam Mesyuarat AJK PIBG seterusnya, memandangkan jawatan tersebut kosong akibat AJK telah berpindah dan bertukar sekolah. 8.3 AJK PIBG 2021/2023, bahagian guru akan dilakukan oleh Penasihat (Guru Besar) selaku Pengurus sekolah untuk membentuk jawatankuasa yang baru sebelum mesyuarat pertama AJK PIBG sesi 2022       Agenda 9 : Hal-hal Lain   9.1 En Rosman bin Daud memaklumkan dalam tempoh 3 bulan akan datang pemilihan AJK PIBG yang baharu akan diadakan. 9.2 Sumbangan PIBG bagi tahun 2020 dan tahun 2021 tidak dikutip. 9.3 Kutipan sumbangan PIBG akan dilakukan sebaik sahaja Mesyuarat Agung secara bersemuka diadakan. 9.4 Ahli mesyuarat boleh membuat cadangan sama ada masih mahu mengekalkan jumlah sumbangan RM70, menaikkan atau mengurangkan jumlah sumbangan tersebut. 9.5 Sumbangan PIBG perlu dikutip kerana kekurangan dana memandangkan duit sumbangan sebelum ini telah digunakan untuk aktiviti 2019 hingga kini. Agenda 10 : Ucapan Penangguhan   10.1 En Razaki bin Omar selaku NYDP PIBG memaklumkan bahawa para ibu bapa boleh berhubung pada bila-bila masa sahaja dengan beliau sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan. Sebarang maklumat boleh juga di salurkan kepada pihak PIBG. 10.2 Ibu bapa boleh berjumpa YDP atau NYDP sebagai wakil untuk menyampaikan masalah yang dihadapi agar dapat dibantu sama ada dari aspek pembelajaran anak-anak atau kehidupan yang terjejas akibat pandemik. 10.3 En Rosman bin Daud mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana dapat menjalankan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dengan jayanya.     9
  • 12.  10 Minit Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.       Disediakan oleh : Disahkan oleh :     ........................................................... ............................................. (FATMA NORAINI BINTI MUSTAFA)         (EN. ROSMAN BIN DAUD) Naib Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Galing, Sekolah Kebangsaan Galing, 25250 Kuantan, 25250 Kuantan, Pahang. Pahang.  
  • 13.  Minit Mesyuarat (lampiran)   KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-78 SEKOLAH KEBANGSAAN GALING 30 OKTOBER 2021 (SABTU) SECARA ATAS TALIAN DAN HIBRID 11
  • 14.  Minit Mesyuarat (lampiran)   12
  • 15.  Minit Mesyuarat (lampiran)   13
  • 16. LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SK GALING KUANTAN PAHANG SESI 2021/2022 Dengan penuh kesyukuran kehadrat ilahi, dapat kita bertemu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 80. Semoga dengan pertemuan ini dapat sama-sama kita membincangkan serta memikirkan tindakan bagi kepentingan dan kemajuan pendikan anak-anak dalam mengharungi zaman serba mencabar selepas pandemik covid-19. Di sini dibentangkan Laporan Tahunan PIBG bagi sepanjang tahun 2021/2022. Sumbangan PIBG dalam bentuk kewangan mahupun tenaga sedikit sebanyak diharap dapat membantu memajukan PIBG sekolah. Semua ahli PIBG dialukan memberi idea dan buah fikiran agar dapat membaiki kelemahan yang ada. Selamat maju jaya diucapkan kepada PIBG serta sekolah Kebangsaan Galing. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Galing sesi 2021/2022 (Rujuk muka surat 18) Mesyuarat Jawatankuasa sebelum Mesyuarat Agung Kali ke-80. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali. Manakala mesyuarat yang terkini pada 14 Jun 2022 iaitu Mesyuarat Khas PIBG bagi membincangkan usul/cadangan dan perkara-perkara berkaitan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-80. Mesyuarat ini diadakan di bilik Gerakan SK Galing. Selain mesyuarat bersama AJK, YDP PIBG juga kerap mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah. Mesyuarat AJK PIBG yang dijalankan juga turut dihadiri oleh penasihat PIBG iaitu Guru Besar bersama barisan pentadbir yang terdiri daripada GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum. Kehadiran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021/2022 boleh dirujuk pada muka surat 15. 14 Laporan Aktiviti & Program
  • 17.KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG BAGI TAHUN 2021/2022 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG BAGI TAHUN 2021/2022 15 Laporan Aktiviti & Program
  • 18. AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2021/2022 PIBG SK Galing pada tahun 2021/2022 telah menjalankan aktiviti sama ada melalui sumbangan berbentuk kewangan mahupun sokongan yang bertujuan membantu pihak sekolah terutamanya semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) dalam membangun dan mencapai kemajuan sekolah ini. Bertepatan dengan Falsafah PIBG , PIBG SK Galing akan terus memainkan peranan membantu pihak sekolah menjayakan semua program sekolah demi meningkatkan lagi kecemerlangan murid dan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah aktiviti dan sumbangan bagi Tahun 2021/2022 : 16 Laporan Aktiviti & Program
  • 19. Pihak PIBG SK Galing Kuantan dengan ikhlasnya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaanterima kasih kepada Guru Besar, guru-guru, kakitangan, semua ibu bapa, penjaga, orang perseorangan serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memberikan sokongan yang padu kepada persatuan kita ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa tuan /puan hulurkan. Semoga PIBG SK Galing mendapat berkat dan rahmat agar lebih bertenaga dan menjadi pemangkin kemajuan dan kecemerlangan SK Galing. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ................................................. ............................................ (SITI NOR RAFIDAH BINTI SAID) (ROSMAN BIN DAUD, AMP) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Galing Sekolah Kebangsaan Galing 25250 Kuantan 25250 Kuantan Pahang Pahang 17 Laporan Aktiviti & Program
  • 20.  18 Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 JAWATANKUASA INDUK PIBG SK GALING SESI 2021 – 2022  Penasihat / Pengerusi Pn. Zahariah binti Mohamad (Guru Besar)   Yang Dipertua PIBG En. Rosman bin Daud,AMP   Naib Yang Dipertua PIBG En. Razaki bin Omar   Timbalan Pengerusi Pn. Zaini binti Mohamad (Penolong Kanan HEM)   Naib Pengerusi I Pn. Wan Nor Rafizah binti Abdul Aziz (Penolong Kanan Pentadbiran)   Naib Pengerusi II En. Azharudeey bin Abd Aziz (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi III Pn. Halimah binti Safei (Penolong Kanan Pendidikan KHas)   Setiausaha Kehormat Pn. Siti Nor Rafidah binti Said   Penolong Setiausaha Pn. Fatma Noraini binti Mustafa   Bendahari Kehormat Pn. Masayu binti Shamsuddin
  • 21. PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 19 Laporan Kewangan
  • 22.  20 NAMA PENCADANG : Zaleha binti Mahamud CADANGAN : Van sekolah boleh masuk dalam kawasan sekolah untuk menghantar dan mengambil murid-murid. KEPUTUSAN : Atas faktor keselamatan murid dan konsep sekolah selamat,kenderaan ibu bapa serta van sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah NAMA PENCADANG : Mohd Azizul Bin Marzuki CADANGAN : Cadangan mewujudkan tempat berteduh di hadapan sekolah. KEPUTUSAN : Buat masa ini pihak sekolah tiada peruntukan untuk membina tempat berteduh melainkan sekiranya ada sumbangan daripada mana-mana pihak dan individu.Setelah ada peruntukan,pihak sekolah perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengikut prosedur yang ditetapkan NAMA PENCADANG : Loganathan A/L Raja Krishnan CADANGAN : 1. Kesesakan lalu lintas terutamanya pada segelintir ibu bapa yang hendak memberi Salam n duit poket masa menurunkan kanak2. Ada juga yang Jalan sehala menyebabkan kesesakan. Cadangan saya, harap dapat ikut aliran Jalan yg telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Perbaiki kualiti makanan Dan harga dikantin. KEPUTUSAN : i. Pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibubapa agar melakukan aktiviti bersalam dan memberi duit poket sebelum menaiki kenderaan untuk ke sekolah. Anak-anak juga dinasihatkan untuk bersiap sedia lebih awal untuk turun dari kenderaan agar aliran trafik berjalan lancar. ii. Pengusaha kantin telah pun memperbaiki kualiti dan harga makanan dan akan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke masa. USUL 1 USUL 2 USUL 3 Pembentangan Usul
  • 23.  21 JAWATANKUASA PIBG SK GALING SESI 2022/2024 Yang Dipertua : ................................................................. Naib Yang Dipertua : .................................................................. Setiausaha : .................................................................. Bendahari : .................................................................. AJK Ibu Bapa : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. AJK Guru : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. : .................................................................. Pemeriksa Kira-kira : .................................................................. : .................................................................. Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2024
  • 24.  22 Jawatankuasa Kerja MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-80 JAWATANKUASA INDUK   PENGERUSI PN. ZAHARIAH BINTI MOHAMAD Guru Besar TIMBALAN PENGERUSI EN. AZHARUDEEY BIN ABDUL AZIZ Penolong Kanan Kokurikulum NAIB PENGERUSI 1 PN. WAN NOR RAFIZAH BINTI WAN ABDUL AZIZ Penolong Kanan Pentadbiran NAIB PENGERUSI 2 PN. ZAINI BINTI MOHAMAD Penolong Kanan Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI 3 PN. HALIMAH BINTI SAFIE Penolong Kanan Pendidikan Khas   YDP PIBG EN. ROSMAN BIN DAUD,AMP   NYDP PIBG EN RAZAKI BIN OMAR   SETIAUSAHA PIBG PN. SITI NOR RAFIDAH BINTI SAID   NAIB SETIAUSAHA PIBG PN. FATMA NORAINI BT MUSTAFA    BENDAHARI PN. MASAYU BT SHAMSUDDIN      
  • 25.  23 Jawatankuasa Kerja Urus Setia Pn. Fatma Noraini bt Mustafa(K) Pn. Siti Nor Rafidah binti Said Pn. Masayu bt Shamsudin En. Tan Wee Tak Pn. Nor Hamiza bt. Mohd Mutlail Pn. Juliana bt. Kedri Pn. Zainab bt. Ramli Jemputan dan Sambutan Pn. Zahariah bt. Mohamad (Guru Besar) En. Rosman b. Daud, AMP (YDP PIBG) En. Razaki b. Omar (NYDP PIBG) Pn. Wan Nor Rafizah bt. Wan Abdul Aziz (GPK Pentadbiran) Pn. Zaini bt. Mohamad (GPK HEM) En. Azharudeey b. Abdul Aziz (GPK KOKO) Pn. Halimah bt. Safie (GPK PK) Pengacara Majlis Pn. Nani Syafiqah bt. Sehat (K) Pn. Nor Aziana binti Saian Pendaftaran Ibu bapa & borang sarana Pn. Siti Nor Rafidah binti Said ( K) Siti Hajar bt. Hamshah Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Sulina bt. Che Ali (K) Pn. Intan Safinat Bt Yaacob Bacaan Doa En. Syafei b. Tamamuddin Persediaan Tempat (Dewan / meja mesyuarat) Pn. Usha Rani a/p Supramaniam (K) En. Mohd Norhisyam B Ismail Pn. Noraziah Bt Mat Ali Pn. Azizah Bt Omar Pn. Anizan bt. Megat Pn. Siti Nor Hayati Binti Abdul Hayar Pekerja Kebersihan Persiapan Pentas Pn. Khadijah Bt Salleh (K) Pn. Nor’Aiani binti Idris Pn. Chan Yi Yi Pn. Sabazariah Bt Abu Bakar En. Syafei bin Mohd Tamamuddin Persembahan murid Pn. Rohani bt. Taib (K) En. Azizan b. Zakaria Pn. Nor Aziana binti Saian Pn. Wan Hasliza binti Wan Hasan Banner En. Irwan Faizal b. Khuzaai (K) En. Wan Salman b. Wan Abd Rashid Sajian Ibu bapa dan murid Cik Nor Madihah bt. Mohd Noor (K) Pn. Khaironnisah Binti Salahudin Pn. Rozaini Bt Che Kob@Yaakub Pn. Juliana bt. Kedri Pn. Samsaliza binti Ab Kadir   Sajian /Jamuan VIP Pn. Yusrina bt. Yaacob (K) Pn. Wan Hasliza bt Wan Hasan Pn. Rosniza bt Yusof Teknikal / Peralatan / ICT / Siaraya En. Azizan b. Zakaria (K) En. Shahrulazwa B. Mohd Fauzi En. Syahairi B Shaffei En. Tan Wee Tak
  • 26.  24 Jawatankuasa Kerja Hadiah / Cabutan Bertuah Pn. Nor Hamiza bt. Mohd Mutlail (K) Pn. Nor Adilah bt A. Hamid Pn. Ros Nadiah bt. Abdullah AJK PIBG Cenderahati dan Sijil AJK PIBG Pn. Masayu bt. Shamsuddin (K) Pn. Siti Nor Rafidah bt. Said Pn. Hafizah bt. Zainuar Buku Program Pn. Nurul Amirah Izzah binti Mohd Ihsan (K) Pn. Farhani Mahirah bt. Mohd Ashari Pn. Rosmayani bt. Salleh Pn. Amira Saryati bt. Mat Nawi Juru Gambar Pn. Ruzey Zarina bt. Abdullah (K) Pn. Shamsiah Bt Muhammad Pencatat Lantikan AJK baru Pn. Farhani Mahirah bt. Mohd Ashari ( K) Cik Nor Madiha bt. Mohd Noor En Tan Wee Tak Laporan / Postmortem Pn. Siti Nor Rafidah binti Said Pn.Fatma Noraini binti Mustafa
  • 27.  25 Anugerah Kecemerlangan
  • 28.  Gambar Aktiviti Kerjasama PIBG 26 Ziarah Cakna
  • 29.  Gambar Aktiviti Kerjasama PIBG 27 Pemeriksaan Kesihatan
  • 30.  Gambar Aktiviti Kerjasama PIBG 28 Gotong-royong PIBG bersama Unit Landskap Majlis Bandaraya Kuantan
  • 31.  Catatan 29
  • 32.Penghargaan SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH YH Dato’ Sri Hj Ab Hamid bin Mohd Nazahar SSAP.,DSAP.,DIMP.,PKT Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negeri Pahang Yang Berusaha En Rosman bin Daud, AMP Yang Dipertua PIBG SK Galing Yang Berusaha Pn Zahariah binti Mohamad Guru Besar SK Galing Yang Dihormati Pn Wan Nor Rafizah binti Wan Abdul Aziz PK Pentadbiran Yang Dihormati Pn Zaini binti Mohamad PK Hal Ehwal Murid Yang Dihormati En Azharudeey bin Abdul Aziz PK Kokurikulum Ahli Jawatankuasa PIBG & Jawatankuasa Pelaksana Semua Guru,Staf Sokongan dan pekerja swasta yang terlibat dalam menjayakan Mesyuaart Agung PIBG kali ke-80 Tahun 2022