1.HALANGAN KOMUNIKASI & ISU KETERAMPILAN BERBAHASA(BMMB1134)
MARIAH BINTI DAIP
2022062310032
PENSYARAH: ENCIK FARIDZUL BIN MUTASIL
TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK
2.PENGHARGAAN
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya siapkan tugasan 3 iaitu produk digital ini. Sejujurnya, bukan mudah untuk menyiapkan tugasa ini, namun Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan yang berada di sekeliling dapat saya siapkannya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Faridzul kerana banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi idea bersama-sama dalam tugasan ini.
3.ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa
2.1 Maklum balas
2.2 Komunikasi sehala
2.3 Gangguan saraf penerima
2.4 Penyampaian menerusi orang kedua
2.5 Gangguan emosi
2.6 Gangguan luaran
3.0 Isu-isu keterampilan berbahasa
3.1 Isu bahasa
3.2 Isu budaya
3.3 Isu media sosial
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
4.1.0
PENGENALANKETERAMPILAN BERBAHASA
5.Keterampilan berbahasa boleh didefinisikan sebagai suatu kecekapan, kemahiran dan kebolehan yang tinggi sewaktu berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan tujuan untuk menyampaikan sebarang mesej sama ada secara lisan ataupun tulisan dalam urusan seharian (Muhaimi Suhaili, 2023).
Menurut Dr. Yeti Mulyati, setiap individu mempunyai keterampilan berbahasa yang berbeza-beza atas sebab halangan yang berlaku serta terdapat banyak isu yang terdapat dalam keterampilan berbahasa.
Keterampilan berbahasa amat penting dalam bidang pentadbiran, bidang pekerjaan dan bidang sosial.
Terdapat lima bentuk penyampaian keterampilan berbahasa iaitu dalam bentuk mendidik, memujuk, perbincangan, syarahan umum dan juga menghibur.
6.2.0
HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
7.Halangan 1: Maklum Balas
Maklum balas boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap mesej yang disampaikan oleh penerima kepada penghantar.
Maklum balas menunjukkan seseorang itu menjadi pendengar yang aktif sewaktu proses komunikasi berlaku.
Selain itu, ia juga membuktikan bahawa komunikasi tersebut bergiat dengan lancar dan berkesan.
Ketiadaan maklum balas daripada penerima menunjukkan bahawa mesej yang disampaikan berkemungkinan tidak jelas atau sukar difahami oleh penerima.
Contohnya, seorang penceramah meminta audiens untuk menjawab soalan ataupun menghurai semula ceramah yang dikongsikannya secara ringkas. Namun, didapati tiada seorang pun audiens yang dapat berbuat sedemikian. Justeru, ia menunjukkan bahawa ceramah yang disampaikan itu tidak berkesan.
Oleh itu, jelaslah bahawa salah satu halangan dalam berkomunikasi adalah berkaitan dengan maklum balas yang mampu membuktikan bahawa sesebuah komunikasi itu berkesan dan berjaya atau sebaliknya.
8.Halangan 2: Komunikasi sehala
Menurut Nur Khalidah (2011), komunikasi sehala membawa maksud proses komunikasi yang tidak memerlukan interaksi antara penerima dan penghantar namun tindak balas daripada penerima boleh berlaku.
Contoh komunikasi sehala ialah ceramah, pidato, syarahan, radio, televisyen, berita
Antara kelebihan komunikasi sehala ialah tempoh masa yang lebih singkat kerana tidak memerlukan respon daripada pendengar.
Antara kelemahan komunikasi sehala pula ialah maklumat yang disampaikan akan kurang tepat dan pendengar berkemungkinan tidak memberikan fokus secara 100% terhadap maklumat yang disampaikan.
Wujudnya pendengar yang pasif sewaktu berlakunya komunikasi sehala kerana pendengar hanya perlu mendengar terhadap apa yang disampaikan.
Misalnya, ceramah anggota bomba kepada murid sekolah berkenaan keselamatan kebakaran.
9.model komunikasi sehala
Penghantar
Penerima
10.CONTOH SITUASI KOMUNIKASI SEHALA
Berdasarkan gambar tersebut, dapat dilihat bahawa seorang pegawai bomba sedang memberi ceramah tentang keselamatan kebakaran dan demonstrasi menggunakan pili bomba kepada orang awam. Situasi ini menunjukkan komunikasi sehala berlaku kerana pegawai bomba itu hanya menyampaikan ceramah serta menunjukkan demonstrasi manakala orang awam hanya melihat dan mendengar. Melalui cara tersebut, orang awam mendapat maklumat. Mereka tidak dapat mengajukan soalan sewaktu pegawai tersebut sedang memberikan ceramah. Kesannya, komunikasi ini akan menghalang pendengar daripada mendengar secara aktif dan menghalang komunikasi tersebut berjalan dengan lancar.
11.Halangan 3: Gangguan saraf penerima
Kerosakan pada myelin yang merupakan antara salah satu struktur penting saraf boleh menjejaskan fungsi penyebaran maklumat atau mesej ke otak dan seterusnya ke badan (Aniza Ahmad,2019).
Individu yang mengalami gangguan saraf sekaligus akan mengalami kesukaran untuk menerima serta mentafsir maklumat.
Individu yang mempunyai sistem saraf yang normal pula akan cepat menerima dan mentafsir maklumat/mesej yang disampaikan.
Dalam aspek komunikasi, kebiasaannya penerima/pendengar mengalami gangguan saraf seperti buta dan pekak.
Maka, jelaslah bahawa gangguan saraf penerima juga merupakan salah satu halangan komunikasi menjadi baik dan berkesan.
12.Halangan 4: Penyampaian menerusi orang kedua
Penyampaian menerusi orang kedua melibatkan ‘orang tengah’ atau dua atau lebih ejen dalam proses komunikasi.
Penyampaian melalui orang kedua sangat berisiko tinggi yang menyebabkan mesej/maklumat yang ingin disampaikan kurang jelas dan tidak tepat sepenuhnya seperti yang diinginkan oleh pengirim.
Di samping itu, turut berlaku juga kesalahfahaman mesej atau proses menokok tambah dan menyebabkan proses komunikasi yang berlaku tidak berkesan
Polemik ini berlaku adalah berkemungkinan keadaan ejen yang belum bersedia, masa yang tidak sesuai, atau daya ingatan ejen untuk menyampaikan mesej kepada penerima yang sebenar.
Justeru, dapat dilihat bahawa penyampian menerusi orang kedua merupakan salah satu halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa.
13.Halangan 5: Gangguan Emosi
Keadaan emosi seseorang sudah tentu akan mempengaruhi perwatakannya sewaktu proses komunikasi berlangsung.
Bukan itu sahaja, apabila seseorang menyampaikan mesej dalam keadaan yang marah, maka ia juga akan dapat mempengaruhi emosi penerima.
Maka, seseorang individu perlulah bijak untuk mengawal emosinya sewaktu berkomunikasi dengan orang lain supaya maklumat/mesej yang ingin disampaikan jelas dan tidak terganggu.
Misalnya, seseorang yang menyampaikan maklumat akan terus menyampaikannya tanpa berfikir tentang objektif utama penyampaiannya kerana hanya mengikut emosi dan sukar mengendalikan emosinya.
Oleh itu, keadaan emosi yang tidak stabil akan merupakan antara halangan komunikasi bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan.
14.Halangan 6: Gangguan Luaran
Gangguan luaran kebiasaannya gangguan bunyi bising daripada jentera seperti bunyi kapal terbang, mesin rumput, lori, motorsikal dan, penyelenggaraan sebagainya.
Hal tersebut akan menyebabkan penerima untuk sukar mendengar dan memahami terhadap mesej yang disampaikan oleh pengirim.
Bunyi yang terlalu bising akan menganggu proses mendengar kepada penerima dan penerima akan hilang fokus terhadap objektif utama mesej yang disampaikan .
Kesan daripada itu, ia akan menyebabkan penerima sesuka hati membuat andaian sendiri disebabkan mesej yang tidak jelas.
Selain itu, Kesalahfahaman juga akan turut berlaku terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim.
Maka, jelaslah bahawa gangguan daripada luar akan menyebabkan komunikasi berjalan dengan tidak lancar dan tidak berkesan.
15.3.0
ISU-ISU KETERAMPILAN BERBAHASA
16. ISU BAHASA
3.1
Menurut Kamus Dewan, bahasa membawa maksud lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai sama ada mengikut tempat, masa dan umur.
Contohnya, laras bahasa di majlis yang formal dan tidak formal adalah tidak sama begitu .
Laras bahasa hendaklah sesuai mengikut peringkat umur seperti bercakap dengan kanak-kanak hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak supaya tidak berlakunya kekeliruan dalam mentasfir makna.
Selain itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa pasar juga semakin berleluasa yang menyebabkan ayat bahasa melayu menjadi tidak gramatis.
Di samping itu, penggunaan dialek negeri sendiri juga hendaklah mengikut tempat yang sesuai kerana ia akan menghalang komunikasi berlaku secara berkesan.
17.Isu Budaya
Menurut Mohamad Soulhiey Zeckriy (2020),beliau menyatakan bahawa budaya bermaksud satu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila serta sebarang kemahiran tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.
Dalam aspek budaya ini, kebiasannya budaya pada masa kini dikaitkan dengan budaya barat yang kian berleluasa sepeti penggunaan bahasa rojak dan sebagainya.
Bahasa rojak merupakan penggunaan bahasa melayu dengan budaya asing sama ada dalam bentuk tulisan mahupun pertuturan.
Kesannya, individu yang menggunakan bahasa melayu baku akan kurang memahami mesej yang disampaikan oleh penyampai sekaligus menyebabkan kesalahfahaman dalam mentafsir makna mesej tersebut.
Maka, Hal tersebut menyebabkan proses komunikasi tidak berkesan dan tidak terjamin kerana menimbulkan kecelaruan bahasa ketika berkomunikasi.
3.2
18.ISU MEDIA SOSIAL
3.3
Pada semakin yang semakin canggih ini, kebanyakan mesej hanya dihantar kepada penerima melalui media sosial kerana kini semuanya hanya di hujung jari.
Namun begitu, isu keterampilan berbahasa semakin rancak berlaku khususnya dalam media sosial.
Misalnya, penggunaan bahasa-bahasa yang tidak sopan dimuat naik ke dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kebanyakan individu menggunakan singkatan bahasa atau dikenali sebagai ‘short form’ yang sukar difahami Ketika berkomunikasi dengan menggunakan media sosial.
Maka, banyak kesalahan tatabahasa yang berlaku.
Kesannya, komunikasi menjadi tidak berkesan kerana kurangnya keterampilan berbahasa Ketika berkomunikasi.
19.Contoh isu media sosial
Berdasarkan tangkapan skrip melalui aplikasi WhatsApp tersebut, dapat dilihat bahawa pengirim dan penghantar menggunakan bahasa yang kurang sopan Ketika berkomunikasi . Penggunaan bahasa yang kurang sopan berkemungkinan akan menyebabkan kesalahfahaman kepada penerima. Selain itu, mereka juga menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran di antara bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia dalam perbualan mereka. Tambahan lagi, mereka juga banyak menggunakan singkatan bahasa yang sukar untuk difahami.
20.4.0
KESIMPULAN
21.KESIMPULAN
Tuntasnya, komunikasi berlaku dalam kehidupan seseorang walau dimana jua dia berada. Oleh itu, keterampilan berbahasa ketika berkomunikasi amatlah penting untuk diterapkan bagi mengelakkan perselisihan faham serta dapat mewujudkan suasana komunikasi yang berkesan dan aman. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak isu yang menghalang komunikasi dalam keterampilan berbahasa. Isu-isu seperti isu bahasa, isu budaya dan isu media sosial haruslah ditangani supaya dapat membentuk keterampilan berbahasa yang baik dan harmoni. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk memainkan peranan masing-masing agar isu-isu tersebut dapat diatasi supaya dapat melahirkan generasi yang berketerampilan ketika berbahasa.
22.5.0
RUJUKAN
23.RUJUKAN
01
Aniza Zainudin. (2019). Saraf Rosak, Mesej Terjejas. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/07/480135/saraf-rosak-mesej-terjejas
Jamilah Ahmad. (2022). Halangan Kepada komunikasi Berkesan Dalam Organisasi. Universiti Teknologi Malaysia. https://news.utm.my/ms/2022/12/halangan-kepada-komunikasi-berkesan-dalam-organisasi/
Muhaimi Suhaili. (2023). Asas Keterampilan Berbahasa.
http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/70-keterampilan-berbahasa-2
Nur Khalidah. (2011). Komunikasi PP2. https://web.facebook.com/notes/stpm-examination-paper-sharing/nota-bab-6-komunikasi-pp2/289931701033474/?_rdc=1&_rdr
Suhartantowi Lauw. (2021). Pengaruh Media Sosial Terhadap Keterampilan Berkomunikasi. Universitas Bina Nusantara. https://kumparan.com/suhartantowi-lauw/pengaruh-media-sosial-terhadap-keterampilan-berkomunikasi-1wdUIigPZED/1
Yeti Mulyati. (-). Hakikat Keterampilan Berbahasa. http://repository.ut.ac.id/3978/3/PDGK4101-M1.pdf