TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

0

Presentation Transcript

  • 1.TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA TOKOH TOKOH KEMERDEKAN NIK JASMINE ZULAIKA BINTI NIK HASRULWADI DARJAH 6A
  • 2.1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Beliau adalah Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada tahun 1955, Tunku membuat satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Baginda mangkat pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 pada jam 10:25 malam kerana sakit tenat. Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar. 1 TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA
  • 3.Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi telah meletakkan jawatan pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.  Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada 25 hingga 26 Ogos 1951. Beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. 2 TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA 2. DATO’ SIR ONN BIN DATO’ JAAFAR
  • 4.Rosli merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli mati di tali gantung pada 2 Mac 1950 Selepas Sarawak memperoleh kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dari Britain dan kemudiannya melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, sebuah batu nisan diletakkan di kuburnya. Batu nisan kini dipamerkan di kompleks luar Muzium Islam Sarawak di Kuching selepas peninggalan jenazahnya pada tahun 1996. 3 TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA 3. ROSLI DHOBI
  • 5.Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), iaitu sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia. 4 TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA 4. TUN V.T SAMBATHAN Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung.
  • 6.5 TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA 5. DATO BAHAMAN Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
  • 7.Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli astronomi (falak). Beliau adalah datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan. Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah. Beliau meninggal pada 28 April 1961 sewaktu berusia 91 tahun. 6 6. SHEIKH ABDULLAH FAHIM TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA NIK JASMINE ZULAIKA
  • 8.TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA