3.AHLI KUMPULAN:-
Muhammad Aqil Azeem Bin Ariffin
23DLS21F1048
Ahmad Ezeqial Fakhri Bin Ahmad Sapuan Fathi
23DLS21F1084
Amirah Aqilah Binti Noor Amali
23DLS21F1068
Farisha Azzahra Binti Minhad
23DLS21F1074
1
4.Mengetahui maksud sebenar tragedi peristiwa 13 Mei 1969.
Mengetahui kronologi peristiwa 13 Mei 1969.
Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya peristiwa pada 13 Mei 1969.
Mengenal pasti pengajaran-pengajaran yang terdapat pada peristiwa 13 Mei 1969.
Membuat kesimpulan daripada keseluruhan peristiwa 13 Mei 1969.
OBJEKTIF:-
2
5.PENGENALAN
PERISTIWA 13 MEI
3
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
6.KRONOLOGI
PERISTIWA 13 MEI
4
Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
7.PUNCA-PUNCA
Punca-punca yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah merupakan rusuhan kaum yang tragis dalam sejarah negara antaranya orang Melayu dan orang Cina.Antara beberapa punca yang berlaku adalah:-
5
8.6
1) Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
9.7
2) Perbezaan Agama Dan Budaya
-Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
-Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
-Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:-Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
-Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
-Pernyataan seperti jampi,mantera dan kalimat suci.Benda-benda materialyang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
-Budaya merupakan asas integrasi bangsa, di mana ia merupakan satu elemen yang penting dalam mengasaskan sebuah negara bangsa yang bertamadun.
-Dalam konteks istilah, budaya dapat ditafsir sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah masyarakat yang telah menjadi norma dalam kehidupan seharian.
-Budaya juga merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan, seperti adat, moral, nilai-nilai murni, kesenian, agama dan juga tingkah laku yang dipelajari dan diterapi daripada kelompok masyarakat.
-Antara negara-negara besar yang di mata dunia, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan termahsyur sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu padu.
10.3) Bahasa Rasmi Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.Selain itu,bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah.Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki bahasa rasmi. Banyak negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi.Di negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi, lazimnya akan wujud bahasa de facto.
Antara keratan akhbar menyatakan untuk menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu.
8
11.7
3) Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
4) Perbezaan Agama Dan Budaya
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.-Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
9
12.10
5) Masalah Ekonomi
Aktiviti ekonomi yang berbeza mewujudkan jurang pendapatan yang ketara antara kaum serta menimbulkan perasaan tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat.Ketidakseimbangan Ini telah menyebabkan semua kaum mempunyai sikap cemburu antara satu sama lain.Orang melayu cemburu akan kemewahan dan juga kejayaan orang Cina manakala bagi orang Cina dan India pula cemburu terhadap kelebihan orang Melayu yang memperoleh peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Perhimpunan setiap kaum yang berperasaan tidak puas hati sedang mengadu masalah ekonomi negara di tempat awam.
13.6) Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
11
14.12
1) Sebagai anak Malaysia, kita wajar menghargai usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pejuang dan berusaha untuk mempertahankan perpaduan masyarakat ini demi keamanan dan keharmonian negara.-perbezaan budaya dan adat di Malaysia telah membentuk keunikan masyarakat di samping menonjolkan Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia.
2) Pengajaran yang boleh kita ambil adalah kepentingan untuk kita semua bersatu padu. Nampak benar sekarang ini, kita sudah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Mungkin kita sudah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu dengan hanya menggunakan lidi. Ingat!!!. Jangan sampai tanah dah tergadai, barulah nak bersilat berpencah. Jika semua rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengikut bangsa dan agama maka sudah tentu penjajah tidak akan berani untuk mengambil kesempatan di atas negara kita.
PENGAJARAN
15.13
3) Kita mestilah memperbaiki hubungan antara kaum kerana ragedi ini telah membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak agar memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini.Seperti yang dikatakan,semua pihak harus hormat-menghormati antara satu sama lain dan juga saling mempercayai antara satu sama lain.Tidak mustahil akan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita,hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
4) Pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa 13 Mei ini ialah tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu telah merugikan semua kaum serta menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Peristiwa ini juga perlu selalu diperingatkan kepada rakyat agar peristiwa seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang.
16.KESIMPULAN
14
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.