1.
MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN
PASUKAN BADAN BERUNIFORM (SM)
TAJUK : ASAS PERKHEMAHAN
NAMA GURU :
PERSATUAN ………..
2.Program perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dapat dilakukan semasa perkhemahan.
Lokasi yang sesuai untuk dijalankan aktiviti perkhemahan:
padang sekolah
hutan rekreasi
kawasan pergunungan
Kawasan pantai / tasik / sungai
pusat kokurikulum dan sebagainya.
AKTIVITI PERKHEMAHAN
3.Barangan keperluan yang sesuai dibawa ketika perkhemahan:
uniform lengkap (untuk majlis penutupan)
khemah yang sempurna
pakaian sukan
pakaian dan alatan solat
pakaian aktiviti (kemeja T, seluar aktiviti)
ubat persendirian
lampu suluh
pakaian dan alatan mandi (sabun, tuala mandi, ubat dan berus gigi)
alat Tulis (pen, pensel, pembaris, pemadam, buku catatan).
AKTIVITI PERKHEMAHAN
4.Peralatan yang tidak perlu dibawa oleh peserta perkhemahan (barangan larangan):
alatan tajam (pisau, parang dan sebagainya kecuali dengan kebenaran guru)
alat elektronik (radio, kamera, komputer riba)
telefon bimbit (disimpan oleh guru)
barangan kaca (pinggan kaca, gelas kaca)
bahan hiburan (majalah hiburan, permainan kad)
barang kemas (cincin, rantai leher)
wang yang banyak
mancis (kecuali dengan kebenaran guru).
AKTIVITI PERKHEMAHAN
5.Alatan semasa perkhemahan
BETUL
SALAH
BETUL
BETUL
SALAH
BETUL
SALAH
SALAH
BETUL
UJI MINDA
6.mempunyai punca air untuk memasak, air minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun amat dilarang mendirikan khemah terlalu dekat dengan sungai kerana dikhuatiri paras air akan naik secara tiba-tiba.
Permukaan muka bumi yang rata dan kering dengan berkedudukan tinggi sedikit daripada kawasan sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung ketika hujan lebat.
Dilarang mendirikan khemah di bawah pokok yang besar, dahan mati atau yang sudah tua kerana dikhuatiri risiko pokok tumbang atau dahan runtuh.
Tapak perkhemahan jauh dari semak dan belukar untuk mengelakkan bahaya binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan.
Elakkan kawasan yang terlalu lapang atau puncak bukit kerana akan terdedah kepada tiupan angin kencang.
Tapak khemah terlalu dekat dengan kaki bukit mengelakkan bahaya tanah runtuh.
Mudah dihubungi oleh orang luar jika berlaku kecemasan.
Kawasan perkhemahan mendapat pancaran cahaya matahari juga amat penting bagi tujuan mengeringkan pakaian dan peralatan perkhemahan.
KAEDAH MEMILIH TAPAK KHEMAH
7.TAPAK KHEMAH
1. DEKAT PUNCA AIR
2. PERMUKAAN RATA
3. DEKAT SEMAK DAN BELUKAR
7. MUDAH DIHUBUNGI
5. PERMUKAAN YANG KERING
4. DI PUNCAK BUKIT
6. DEKAT KAKI BUKIT
8. BAWAH POKOK MATI
UJI MINDA
8.Gejet merupakan aksesori penting yang dibina semasa aktiviti perkhemahan.
Terdapat pelbagai jenis gajet yang biasa dibina oleh perserta perkhemahan seperti rak kasut, rak pinggan, rak untuk alatan tajam, penyidai pakaian, tiang bendera dan sebagainya
GAJET PERKHEMAHAN
9.Tujuan membina gajet semasa perkhemahan adalah seperti berikut:
a. Memastikan tapak perkhemahan berada dalam keadaan kemas dan selesa.
b. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
c. Memupuk semangat kerjasama dan saling bantu semasa membina gajet.
d. Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).
Bahan dihutan yang boleh digunakan untuk membina gajet
a. Dahan atau ranting kayu b. Buluh
c. Rotan d. Pelepah kelapa
f. Akar pokok / kulit pokok (tali)
Ciri-ciri gajet perkhemahan yang baik adalah seperti berikutGajet yang kukuh dan menggunakan ikatan yang betul.
a. Gajet yang dapat meletak pelbagai jenis barang.
b. Tidak terlalu banyak menggunakan kayu atau buluh.
GAJET PERKHEMAHAN
10.Untuk memotong pokok-pokok di hutan
Memastikan tapak perkhemahan kemas dan selesa.
Mengelak kawasan perkhemahan banjir
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Memupuk semangat kerjasama dan saling bantu semasa membina gajet.
Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).
GAJET PERKHEMAHAN
UJI MINDA
1.
TUJUAN MEMBINA GAJET PERKHEMAHAN
Memastikan tapak perkhemahan kemas dan selesa
2.
3.
4.
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif
Memupuk semangat kerjasama dan saling bantu semasa membina gajet
Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).
11.SIMPULAN BUKU SILA
Kegunaan:
Untuk menyambung dua tali yang sama saiz.
Digunakan untuk mengikat kain anduh.
Mudah dan cepat untuk dilucut.
12.SIMPULAN BUNGA KETI
Kegunaan:
Untuk menyambung dua tali yang tidak
sama saiz.
2. Untuk menyambung tali yang licin atau
basah.
13.IKATAN MANOK
Kegunaan:
Digunakan untuk mengikat tali pada kayu
dan buluh
2. Untuk mengikat tali khemah pada batang kayu
3. Mengikat mangsa pada usungan.
14.IKATAN SERAYA
Kegunaan:
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu
atau buluh yang bersilang
Ikatan ini diimulakan dan diakhiri dengan
ikatan manok
15.NAMA IKATAN & FUNGSI
UJI MINDA
Ciri-ciri (tandakan betul / salah):
Untuk menyambung dua tali yang sama saiz.
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu
Digunakan untuk mengikat kain anduh.
Mudah dan cepat untuk dilucut.
BUKU SILA
16.NAMA IKATAN & FUNGSI
UJI MINDA
Ciri-ciri (tandakan betul / salah):
Mengikat mangsa pada usungan.
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu
Digunakan untuk mengikat kain anduh.
Untuk mengikat tali khemah pada batang kayu.
MANOK
17.NAMA IKATAN & FUNGSI
UJI MINDA
Ciri-ciri (tandakan betul / salah):
Mengikat mangsa pada usungan.
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang
Ikatan ini diimulakan dan diakhiri dengan ikatan manok
Untuk mengikat tali khemah pada batang kayu.
SERAYA