ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA

0

Presentation Transcript

  • 1.ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: PUAN FARIDAH HANIM BINTI ABD MANAF -KUMPULAN 6
  • 2.AHLI KUMPULAN KESHINI A/P RAMESH 17DSK21F2011 SHARVINAA NAIR A/P MURUGAN 17DSK21F2067 NUR HIDAYATUL IZZATI BINTI KHAIRI 17DSK21F2063 JESSLYN JOY A/P JOSEPH SELVADUARAI 17DSK21F2043 PRIVITAA A/P N S MANY 17DSK21F2059
  • 3.ISI KANDUGAN Pengenalan Kaum India Kepercayaan Agama Perkahwinan Jenis Perayaan Pakaian Tradisional Kesimpulan
  • 4.Pengenalan Kaum India
  • 5.Pengenalan Kaum India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. kaum India juga mempunyai kepercayaan dan adat resam tersendiri. kesuluruhan kaum India di Malaysia adalah penganut agama Hindu. juga pernah menjadi agama anutan kaum Melayu pada satu ketika dahulu mempunyai kepercayaan yang unik dan menarik. Ruang seterusnya membentangkan kepercayaan kaum India dalam aspek agama,perkahwinan, perayaan dan juga kematian.
  • 6.Agama Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu mempercayai Tuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya. Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan masa lampau. Dalam ajaran agama Hindu,DewaShiva adalah dewa pelebur. Dia bertugas melebur segala sesuatu yang sudah usang dan tidak layak berada di dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan kepada asalnya. Dewa Vishnu pula bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam semesta.
  • 7.Perkahwinan dalam tradisi masyarakat India, mereka terlalu berpegang kepada adat dan budaya. tidak menjadi satu kepelikan untuk kita mengetahui dan majoriti masyarakat dunia juga mengamalkan perkahwinan dengan mendahulukan adat dan budaya. Masyarat India mempunyai beberapa suku kaum, hal ini membuatkan proses perkahwinan mereka adalah berbeza sedikit tetapi kebanyakkan budaya adalah hampir sama. Mari kita melihat dengan lebih lanjut tentang adat dan budaya India lebih-lebih lagi di Malaysia dalam perkahwinan.
  • 8.Peringkat pertama adalah MERISIK Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin merupakan adat tradisi bagi masyarakat India dan juga masyarakat lain. bertujuan untuk meihat atau sinonim dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin yang menjadi idaman si teruna. keadaan semasa gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimiliki olehnya. kebiasaanya diuruskan oleh pihak ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Kata-kata pujangga “tak kenal maka tak cinta”. adat dan budaya yang diperkenalkan oleh ‘orang lama’ adalah untuk kesejahteraan bagi masyarakat mereka. Jika adat merisik ini dikekalkan, maka proses untuk berkenal-kenalan dengan pilihan hati pasti menemui kepuasan bagi kedua-kedua belah pihak.
  • 9.KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin akan mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. 3. PROSEDUR IKAT JANJI(NICCAYAM) Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang.
  • 10.4. ADAT PARISAM Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Perkahwinan akan diadakan. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
  • 11.THAALI ATAU TIRUMAANGALYAM lambang suci perkahwinan yang dikalungkan dan diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan. Thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Adat penyediaan Thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran upah untuk pembuat Thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang Thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat Thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, Thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat Thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai Thaalippadaiyal. Thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana Thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang
  • 12.Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
  • 13.