MPU 23042 Nilai Masyarakat Malaysia SESI 2021-2022

0

Presentation Transcript

  • 1.Menghuraikan Cabaran-cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Pendidikan.
  • 2.MPU 23042 NILAI MASYARAKAT PUAN SHAKINAH BT MUSTAPHA LINNIE ANAK SILIKAU 20DPM20F2007 CLAYVISLIN UNGAU 20DPM20F2050 VERONICA SIMBA ANAK EDWARD 20DPM20F2046
  • 3.PENGHARGAAN Kami dari kumpulan 3 yang memegang tajuk Menghuraikan Cabaran-cabaran dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Pendidikan, ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan E-Folio yang telah diberi pensyarah kami iaitu Puan Shakinah Bt Mustapha. Kerjasama antara kumpulan sangat baik walaupun adanya beberapa kekangan yang berlaku tetapi dapat ditangani dengan baik kerana mempunyai kesefahaman serta mengambil bahagian tugas masing-masing untuk menghasilkan karya E-Folio dengan jayanya. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh pensyarah kami. Buktinya beliau memberikan penerangan yang amat baik tentang prosedur E-Folio dan berkongsi maklumat cara menghasilkan E-Book kerana kami belum mempunyai pengalaman dalam menghasilkannya. Tanpa bimbingan beliau, kami akan dalam kesulitan untuk menyiapkannya. Akhir sekali kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan teima kasih pada diri sendiri atas usaha menjayakan karya ini. Ianya sangat membantu dalam mendisiplinkan diri. Semoga Usaha Tidak Mengkhianati Hasil. Dan kami juga ingin Berterima Kasih Atas Sudinya Kalian Membaca E-Folio Kami Ini.
  • 4.ISI KANDUNGAN
  • 5.01 Hasil Pembelajaran Kursus Tujuan pendidikan
  • 6.02 Konsep pendidikan objektif
  • 7. Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 64 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga dapat memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Oleh itu, pendidikan adalah asset untuk menuju ke arah kejayaan dan mampu melahirkan golongan bijaksana demi membangunkan nama negara. Generasi muda pada masa kini merupakan tulang belakang negara agar terus berkembang dan maju ke hadapan dalam pendidikan. Pengenalan 03
  • 8.FAKTOR-FAKTOR CABARAN 04
  • 9.05 Hilang tumpuan di dalam kelas Melalui kajian ini, didapati penglibatan pelajar di dalam kelas sangat tidak memberangsangkan kerana mereka tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Mereka tidak dapat memfokuskan kepada P&P yang dijalankan untuk tempoh yang lama. Faktor yang mempengaruhi pelajar untuk hilang tumpuan di dalam kelas ialah sikap pelajar. Sikap pelajar merupakan faktor penyebab mereka hilang tumpuan di dalam kelas. Ketika kerja rumah terlalu banyak dan nota yang tertangguh ingin dipunggut oleh guru, kebanyakan mereka akan tidur lewat malam untuk menyiapkannya. Selain itu, sikap suka berangan dan tidak minat untuk belajar juga menjadi faktor pelajar hilang tumpuan. Pelajar akan terpinga-pinga semasa guru bertanyakan soalan. Pengaruh rakan sebaya Rakan sekelas yang duduk disebelah juga memainkan faktor yang penting dalam merangsang minda pelajar untuk terus kekal fokus terhadap pengajaran guru. Kajian ini menunjukkan bahawa rakan sebelah yang gemar tidur di dalam kelas mempengaruhi pelajar yang lain juga turut mengikuti tidur di dalam kelas. Selain itu, pelajar yang gemar bercakap terutamanya pelajar yang duduk di bahagian belakang juga menyebabkan penyampaian guru tidak sampai kerana keadaan yang bising. Akibatnya, pelajar hilang tumpuan dan membuat kerja sendiri.
  • 10.06 Masalah kewangan Faktor kewangan, telah di dapati pelajar mengalami kewangan di paras sederhana. Masalah kewangan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan berikutan harga buku yang pada kebiasaanya mahal. Buku teks juga merupakan satu bahan penting di dalam proses pengajaran. Ia ditulis untuk memenuhi satu keperluan khas iaitu untuk memberikan maklumat dalam sesuatu matapelajaran. Implikasi dari masalah ini boleh menyebabkan pelajar menjadi malas dan tidak berminat untuk belajar. Masalah ketiadaan buku rujukan akan menyebabkan pelajar terganggu seperti kurang tumpuan untuk belajar. Oleh yang demikian, peranan buku rujukan dalam sesi pembelajaran sangat penting bagi menjamin keberkesanan proses pembelajaran sehingga tamat. Faktor sosial Faktor dari masalah ini boleh menyebabkan “stress” di kalangan pelajar tersebut. Mereka juga akan merasa rendah diri dan tidak mahu bercampur dengan rakan lain. Seterusnya, boleh menyebabkan pelajar mengambil tindakan yang tidak wajar seperti berhenti sekolah sebelum tamat belajar. Pelajar juga dilihat lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan komputer. Mereka boleh duduk berjam-jam lamanya di komputer sendirian berbanding menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Masalah ini menyebabkan pelajar tersisih dari dunia luar, kerana mereka asyik dengan dunia mereka sendiri.
  • 11.KESAN-KESAN CABARAN 07
  • 12.08
  • 13.CARA-CARA MENGATASI CABARAN 09
  • 14.Mengadakan kempen Mewujudkan Kempen “Utamakan Pendidikan dalam kehidupan” dalam kalangan masyarakat agar mereka mengetahui impak baik dan buruk. Peranan Pihak Kerajaan Pihak kerajaan hendaklah memperuntukan kewangan kepada pihak sekolah agar dapat melancarkan sesi persekolahan yang baik dan selesa untuk pelajar. Contohnya, memberi kemudahan seperti menyediakan bantuan kewangan kepada murid yang memerlukan. Mengadakan Kelas tambah Wujudkan kelas tambahan bagi pelajar yang kurang memahami matapelajaran atau kurang memberi tumpuan perhatian di dalam kelas. Mewujudkan suasana yang selesa agar pelajar dapat menyimpan minat terhadap subjek yang diajar. Memberi perhatian terhadap pelajar yang sering duduk di dunia sendiri tanpa bergaul dengan sesiapapun di dalam kelas. 10
  • 15.Contoh Cabaran yang pernah berlaku di Negara Malaysia 11
  • 16.12
  • 17.13
  • 18.Cabaran- cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang Pendidikan 14
  • 19.KESEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu, kurang rasa kepunyaan. Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyadari idea sesuatu perubahan. Seterusnya adalah, guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untuk memacu arus kemajuan kemajuan dunia pendidikan. Suasana negara yang aman, dengan penuh harmoni dan muhibah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. 15
  • 20.CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN EKONOMI Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi negara yang pesat dapat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan negara. Banyak kemudahan-kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti infrastruktur seperti bangunan-bangunan yang selesa dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingan pendidikan. CABARAN DALAM MENANGANI ISU SOSIAL Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor Pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak, isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem Pendidikan kita pada hari ini. 16
  • 21.CABARAN DARI SEGI PEMANTAPAN AGAMA Sememangnya falsafah Pendidikan kebangsaan menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawan dan bekemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. 17 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM Dasar Pendidikan kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perubahan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang Bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita selalu dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya keregangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakn terutama mengekalkan perpaduan negara. Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang Bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam rukun negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penlibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
  • 22.KESIMPULAN 18
  • 23.Penutup/Kesimpulan Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. 19
  • 24.RUJUKAN https://web.facebook.com/105142628030606/posts/cabaran-cabaran-dalam-membentuk-masyarakat-malaysia-terhadap pendidikanpendidika/116795460198656/?_rdc=1&_rdr (26/11/21- 10:00a.m.) https://tajuk3.blogspot.com/ (26/11/21- 10:00a.m.) https://anyflip.com/vnlnc/libn/basic (26/11/21- 12.30 p.m.) https://elyndiadorothy.blogspot.com/2020/10/blog-post.html (27/11/21- 9:00p.m.) https://mpu23042-nilaimasyarakatmalaysia.blogspot.com/2020/10/menghuraikan-cabaran-cabaran-dalam.html?m=1 (27/11/21- 11:30p.m.) https://icge.unespadang.ac.id/asset/file/files/icge%20III/pendidikan%20sumber%20daya%20manusia/20.pdf (28/11/21- 3:00p.m.) http://digilib.unimed.ac.id/4781/1/Fulltext.pdf (28/11/21- 3:30p.m.) https://tajuk3.blogspot.com/2020/10/pengenalan-sistem-pendidikan-melalui_19.html?m=1 (28/11/21- 4:00p.m.) 20
  • 25.LAMPIRAN 21
  • 26.22
  • 27.Bunga Dedap di atas Para, Anak di Dusun Pasang Pelita, Andai Tersilap Tutur Bicara, Jari Disusun Maaf Dipinta. Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli Suasa di Kota Tinggi, Selesai Sudah Tugas Diberi, Di Lain Masa Bersua Lagi.