BUKU PROGRAM SHG & SHR 2022

0

Presentation Transcript

  • 1.Sambutan Hari Guru Sambutan Hari Guru Majlis & Sambutan Hari Raya AidilFitri 1443H Sambutan Hari Raya AidilFitri 1443H SK TELUK BULOH, HUTAN MELINTANG, PERAK SK TELUK BULOH, HUTAN MELINTANG, PERAK. 1 Jumaat, 20 Mei 2022 7.30 – 12.00 tgh Dewan SKTB
  • 2.SENARAI KANDUNGAN 2
  • 3.PENGENALAN Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa . Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal di dalam bulan Islam setiap tahun. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah hampir sebulan berpuasa di bulan Ramadhan melawan hawa nafsu makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. 3
  • 4.OBJEKTIF PROGRAM Agar dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah. Mengenang dan membalas jasa-jasa guru-guru yang mencurahkan bakti dalam mendidik murid. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan semangat kekeluargaan dikalangan guru. MATLAMAT PROGRAM Matlamat utama Sambutan Hari Guru & Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2022 adalah untuk meraikan guru-guru SK Teluk Buloh dan menyambut hari kemenangan umat Islam di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara guru, kakitangan dan murid-murid 4
  • 5.JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT : En Kamarudin Bin Jaffar PENGERUSI : En Shahrul Hanif Bin Asmuin   NAIB PENGERUSI 1 : Pn Rosnani binti Jamari NAIB PENGERUSI 2 : En Mohd Norzaidi bin Zainol PENYELARAS : En Mohamad Jasmin bin Jaafar(SU Hari Guru)Pn Nurhuda Binti Abd Aziz (SU Hari Raya)   BENDAHARI : Pn Anizah bt Nordin Pengacara Majlis Pn. Nur Amirah Amalina binti Ed Osmera En. Mohd Fairuz bin Abd Hadi Buku Program Pn. Wan Munirah binti Wan Osman Pn. Nor Hidayah binti Md Abas Disiplin Dan Keselamatan Semua guru Pengurusan Fotografi Dan Dokumentasi Pn. Wan Noor Maziaty binti Wan Hassan Persembahan Pn. Raja Azian binti Raja Ahmad Shamsusah Pn. Nurhuda binti Abd Aziz Pn. Shariah binti Hj. Md Akhir 5
  • 6.Jawatankuasa pelaksana Pengurusan Hidangan Murid Di Kantin Pn. Nor Hayani binti Ngadnan Pn. Shariah binti Hj. Md Akhir Pn. Nor Hidayah binti Md Abas Pengurusan Murid Di Dewan Pn. Norhazanah @ Rusmani binti Mat Yusoff Pn. S.Khalimatus Sa’diyah binti M.Bajuri Pn. Zurita binti Ayub PA Sistem En Mohammad Afiq Aiman bin Nordin En. Ahmad Azizul Hakim bin Mohd Azli Persiapan Tempat dan Kantin En. Mohamad Jasmin bin Jaafar En. Mohd Fairuz bin Abd Hadi Pn. Nooramiza binti Mohamad Zaini Pekerja sekolah Persiapan Pentas Pn. Nasriah binti. Zulkapli Pn. Nor Mazhalmi binti Ahmad Khalib Pn. Aniza binti Nordin Hadiah & Cenderamata Pn. Siti Norazita binti Kasahari @ Noor Pn. Wan Munirah binti Wan Osman 6
  • 7.ATUR CARA PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 7:..30 pagi : Semua berkumpul di dewan. - Bacaan Yassin 8.00 pagi : - Ucapan aluan pengerusi - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Sekolah - Bacaan Doa - Bacaan perutusan KPPM - Ucapan Wakil Murid - Ucapan Guru Besar - Ikrar Guru - Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia - Persembahan Murid - Penutup SAMBUTAN HARI RAYA 9.30 pagi : - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis - Jamuan Hari Raya 10.20 pagi : - Persembahan murid - Penyampaian Hadiah (Hari Guru ) - Tayangan Multimedia - Penyampaian hadiah ( Sambutan Raya) - Penutup dan Bersurai 7
  • 8.TEMA HARI GURU TAHUN 2022 HURAIAN KATA KUNCI TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2022 – Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan berperibadian unggul. Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai- nilai murni. S – Selamat, seronok dan sihat E – Etika dan empati J – Jati diri A – Adab sopan H – Harmoni T – Tekun, teliti dan terampil E – Eskplorasi R – Rasional A – Artikulasi 8
  • 9.POSTER SEKOLAHKU SEJAHTERA 9
  • 10.IKRAR HARI GURU Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa. 10
  • 11.LAGU HARI GURU Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutra putri negara kita Pada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercinta Amanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan 11
  • 12.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA Verse:Di sini bermula, mengenal duniaBersama guru tercinta Seronok belajar, selamat sentiasaSekolahku SEJAHTERA Pre-Chorus 1:Kesihatan di utama, kebersihan di jagaSama perkasa etika, integriti di jiwaKita selami empati, bina kasih insaniTeguh jati diri, adab sopan hidup harmoni Chorus:Sekolahku SEJAHTERASekolahku SEJAHTERABangkitlah,Generasi pewaris negara Sekolahku SEJAHTERASekolahku SEJAHTERAGemilanglah,Malaysia di mata dunia Post Chorus:SEJAHTERASekolahku SEJAHTERAAyuh kita jayakan bersama Pre-Chorus 2:Hidup mulia berjaya, terus tekun usahaTeliti dalam bekerja, diri cekap terampilEksplorasi ilmu berguna, bertindak rasionalMantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti 12
  • 13.13
  • 14.Semua warga SK Sungai Lalang, Bedong, Kedah. 14
  • 15.KelantanMake ikke cicoh buduJange lupo tamboh satarKelik rayo taksir lajuNanti rayo dale sepitaTerengganuMakang ubi jamang jepongMakang kepok cicah cukeBulang pose makang jagongBulang raye makang blakePahangSempadan Pahang ada karaekoNasi dagang ikan patinJange mu masam mukoRaya makan rendang sadinJohorCegitu cegini awak suke ekAwak suke kite tak suke ekEsok luse hari raye ekSama-sama bersuke rie ekMelakaHawau kau letak merateKaki bengkak ulau patokKalu balik naik kereteJangan pandu kalau ngantokNegeri SembilanMasak lomak cili apiCampo dongan daun turiHari rayo kolumpo sopiJalan longang boleh bolari Selangor dan K.LumpurWa cakap lu wa tak tauTapi wa tipu sama luRaya jangan buat tak tauAngpau ada bagi gua dulu PerakGulei tempoyak ikan mayongDoroyan busok tebok dek tupeiPandu hemat ingat kampongAsal teman selamat sampeiKedahAloq Staq terketaq-ketaqLapaq perut makan pauMacam mana tak ketaqKena paksa bagi angpauPenangNasi kandaq kedai mamakAnak mami juai pesemboqLepas raya usah dok triakKalu ceti mai ikut dapoqPerlisPadang besaq kecik ajaTempat siam lalu lalangHari raya kita berbelanjaJangan sampai menambah utangSabahGunong kinabalu tinggi bah,Org sabah bawah bayu..Hari raya jgn lupa bah,Ok bah kalau kau...SarawakBulan posa sik boleh bebulak,Makan megi betapok tapok,Iboh takut asuk menyalakrilek lah pok.....JawaNyimpan jenong nang jero tinNgesok arek digowo mareng suroKeluputan kulo lahir batinSalah silap njlok dingopuro. PANTUN RAYA 15
  • 16.PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru &Hari Raya Tahun 2022 ini. Seterusnya tidak dilupakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SK Teluk Buloh samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. SEKIAN. 16