BMMB1074 E-PORTFOLIO(1)

0

Presentation Transcript

  • 1.E-PORTFOLIO SOALAN: HURAIKAN SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
  • 2.DISEDIAKAN OLEH: SITI KHAIRUNNISA LIYANA BINTI MANSOR KELAS: PPISMP BM B
  • 3.PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berhasil menyiapkan tugasan kerja kursus e-portfolio ini dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zainudin Bin Ramli selaku pensyarah pembimbing bagi subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB 1074) diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang tidak pernah berhenti memberikan semangat dan rakan- rakan yang banyak membantu sehingga saya mampu menyiapkan tugasan ini. Saya berharap dengan menyiapkan tugasan ini, saya akan dapat memantapkan pemahaman saya berkaitan Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascamerdeka serta Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu.
  • 4.ISI KANDUNGAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU 1 2 3
  • 5.SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU SISTEM TULISAN PALLAVA SISTEM TULISAN KAWI SISTEM TULISAN JAWI SISTEM EJAAN ZA’BA SISTEM EJAAN RUMI KONGRES PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
  • 6. 1. SISTEM TULISAN PALLAVA Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan abjad suku kata yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush dan turut dikenali sebagai “tulisan bulat”. Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di selatan India antara abad ke-4 sampai abad ke-9 Masihi. Merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno dan menerima banyak pengaruh daripada Sanskrit. Lebih kompleks berbanding sistem tulisan Rumi. Tulisan Pallava turut memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti –au, -ai, pa, ya, kka, nca dan lain- lain. Setiap konsonan tidak menandakan huruf sahaja tetapi membawa bunyi yang berbeza. Contoh Tulisan Pallava
  • 7. PRASASTI YUPA Yupa adalah prasasti pertama yang pernah dibuat oleh Kerajaan Kutai dan menjadi bukti bahawa kerajaan Hindu pernah wujud di Kalimantan. Dibuat sekitar 350-400 Masihi di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala. Prasasti Yupa berbentuk tiang batu yang berfungsi untuk mengikat haiwan korban yang dipersembahkan kepada para dewa. Ditemukan oleh pekerja topografi Belanda dan empat buah daripadanya ditemukan dalam tahun 1879 manakala tiga buah lagi ditemukan pada 1940 dalam huruf Pallava baerbahasa Sanskrit. Prasasti Yupa
  • 8.TULISAN PALLAVA PADA BATU BERSURAT Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka bersamaan dengan 683 Masihi. Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang bertarikh 606 Tahun Saka bersamaan dengan 684 Masihi. Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka, bertarikh 608 Tahun Saka bersamaan dengan 686 Masihi. Batu Bersurat Karang Brahi di Hulu Jambi bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 Masihi.
  • 9.2. SISTEM TULISAN KAWI
  • 10.AKSARA KAWI
  • 11.BUKTI TULISAN KAWI Batu bersurat laguna Prasasti singhasari pada abad-ke14 Penemuan batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujang, Negeri Sembilan Batu Bersurat Joreng yang dijumpai di Daerah Tamparuli, Sumatera pada 1179 Masihi Batu bersurat Padang Lawas pada 1213 masihi
  • 12.3. SISTEM TULISAN JAWI Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan Melayu berhuruf Arab yang turut dikenali sebagai ejaan Jawi. Berasal dari tulisan Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak memluk agama Islam. Merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad- abad di Nusantara dan kemunculannya berkait dengan kedatangan agama Islam.
  • 13.SEJARAH TULISAN JAWI Tulisan ini berjaya membangunkan tamadun Melayu dan mendorong bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini. Tulisan Jawi telah wujud dalam Tamadun Melayu disekitar gugusan kepulauan Melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi dan berasal daripada tulisan Arab. Tulisan Jawi tergolong antara tulisan terawal yang pernah ditemui dan berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh padaabad ke-17.
  • 14.BUKTI PERKEMBANGAN TULISAN JAWI Penemuan batu nisan pertama di Sumatera bertarikh 55 Hijrah dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu. Merupakan tulisan rasmi bagi Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu ketika penjajahan British. Bukti tertulis pengisytiharan kemerdekaan tanah Melayu ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. Tulisan ini kini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Di Malaysia, bukti kewujudannya ialah Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi dan ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negeri ini lebih awal berbanding tulisan rumi.
  • 15.4. SISTEM EJAAN ZA’BA Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disusun Za’ba pada tahun 1993 untuk memantapkan sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu. Pembaharuan dalam ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi iaitu huruf vokal dan huruf benar iaitu huruf konsonan. Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad
  • 16.ANTARA PERATURAN SISTEM EJAAN ZA’BA: Jika suku kata akhir tertutup tidak diakhiri oleh konsonan h dan k, maka vokal I digunakan bukan vokal e. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab perlu dieja mengikut bunyi asal iaitu memakai tanda ‘dan sebagainya’ serta ditulis dengan huruf condong jika belum diasimilasi sepenuhnya. Imbuhan pe- dan me- tidak berubah bunyinya jika digabungkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf I, m, n, ng, ny, r, w dan y. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan ejaannya menurut sistem ejaan Wilkinson. Perkataan dalam tulisan Jawi yang mempunyai huruf nga dan ga yang berderet dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi.
  • 17.Ejaan di Tanah Melayu dan di Indonesia hendaklah disatukan. Peraturan ejaan perlulah mudah maka sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) sahaja. Pengejaan perlulah tetap dan sekata mengikut kaedah yang sama. Kata-kata Bahasa asing hendaklah disesuaikan pengejaannya mengikuti hukum-hukum system fonologi Melayu 5. SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
  • 18.Morfem yang terikat pada suku kata kedua harus menggunakan vokal e atau o jika morfem suku kata awalnya menggunakan vokal e atau o juga Contoh: leceh, leher, belot, boleh, bogel, comel Morfem terikat pada suku kata kedua harus menggunakan vokal i atau u jika morfem suku kata awalnya menggunakan selain daripada vokal e atau o. Contoh: kasih, perit, bilik, suntik, telur,kubur Diftong- diftong digunakan untuk mengejakan: limaw, pulaw, gulay, sawdara, bayduri, tiray Fonem tidak ditandakan apa-apa kalua menjadi onset morfem awal kata-kata Melayu Contoh: adil bukan ‘adil, alam bukan ‘alam Fonem digambarkan dengan huruf k kalau menjadi koda morfem terakhir kata-kata. Contoh: tida bukan tida’, anak bukan ana’ Fonem digambarkan dengan huruf k atau kalua menjadi koda morfim awal sesuatu kata. Contoh: maklum bukan ma’lum, mukmin bukan mu’min Apostrophe digunakan. Contoh: mas’alah bukan masalah atau maskalah
  • 19.h menjadi suku kata awal seperti hala, hadap hulu dan hujan. Pengekalan dan pengguguran h mempunyai erti yang berbeza seperti tahu (makanan) dan tau (faham) atau bahu (anggota badan) dan bau (indra hidung) h terapit oleh dua vokal yang sama seperti leher, badan. Jika h terapit dengan vokal berbeza, h itu boleh digugurkan seperti mau menjadi mahu. h menjadi koda suku kata harus dikekalkan seperti lemah bukan lema dan boleh bukan bole. Menghapuskan tanda sempang pada kata-kata najmuk yang sudah sebati seperti matahari dan purbakala. EJAAN KONGRES JUGA MENYARANKAN SUPAYA
  • 20. 6. PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
  • 21. Pemenggalan kata
  • 22.PENulisan HURUF
  • 23. PENULISAN KATA
  • 24.SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PERANAN ASAS 50 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
  • 25.1. PERANAN PEJABAT KARANG- MENGARANG (1924) Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di samping penerbitan buku-buku umum. Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah. Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra. Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof,Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin. Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil tulisan Za’ba.
  • 26.2. PERANAN PAKATAN BELAJAR Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru dan merupakan pertubuhan bahasa pertama dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Aktiviti utama ketika awal penubuhannya adalah mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan tentang pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu seperti persoalan ejaan dan perkataan, sesuai dengan konsep mengajar dan belajar pertubuhan. Kegiatan ini menjadi lembap pada abad ke-19 akibat kurang mendapat sambutan dan menghadapi masalah kewangan. Matlamat penubuhan adalah untuk memelihara dan memodenkan bahasa Melayu serta memelihara tulisan Jawi. Pertubuhan ini juga membentuk perkataan- perkataan baharu serta menstandardkan ejaan dan perkataan. Telah ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).
  • 27.3. PERANAN ASAS 50 ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951. Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli-ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari segi undang-undang. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep “Seni untuk Masyarakat”. ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa, dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM). Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956).
  • 28.4. BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN Bahasa Melayu digunakan di digunakan di sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Dijadikan bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Dalam sistem pendidikan, bahasa Melayu dapat dilihat berdasarkan zaman berikut: - Zaman pramerdeka iaitu sebelum tahun 1957 - Zaman pascamerdeka iaitu antara tahun 1957 sehingga tahun 1970 - Zaman dasar ekonomi baharu iaitu antara tahun 1971 sehingga tahun 1990
  • 29.Laporan Barnes disediakan oleh L J. Barnes yang merupakan pengarah Latihan Sosial di Universiti Oxford. 4.1 LAPORAN BARNES (1951) Laporan ini ditentang oleh kaum Cina dan India lalu hasil tentangan ini telah mewujudkan Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951. Jawatankuasa Barnes telah menggariskan Sekolah Melayu untuk memupuk perkembangan individu ke arahkecermelangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran. Tujuan laporan ini adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki Pendidikan orang Melayu. Menggalak dan merangsang komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungan dengan kaum-kaum lain dalam masyarakatmajmuk
  • 30.
  • 31.4.2 LAPORAN FENN-WU (1951) Diketuai oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Laporan ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950 yang kemudiannya diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952. Masyarakat Cina pada masa itu menganggap Laporan Barnes akan menghapuskan bahasa dan kebudayaan Cina. Dibuat kerana ketidakpuasan hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
  • 32.
  • 33.4.3 ORDINAN PELAJARAN (1952) Turut dikenali sebagai penyata pelajaran 1952. Majlis perundangan persekutuan telah meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 pada 21 September 1952. Merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakann tujuan Ordinan Pelajaran adalah mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan vernakular moden. Matlamat penubuhan: Membekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik dalam diri individu. Membolehkan setiap bangsa menyesuaikan diri. Membentuk warganegara yang Bersatu walaupun berbeza kaum.
  • 34.
  • 35.4.4 LAPORAN RAZAK (1956) Dato’ Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan- cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956 pada 6 Mei 1956. Bidang tugas jawatankuasa Laporan Razak: Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan. Membentuk satu sistem Pendidikan kebangsaan yang bersesuaian untuk menyatu padukan masyarakat berbikang bangsa. Menjaga dan mengekalkan bahasa serta kebudayaan kaum lain. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Matlamat utama adalah membentuk semula sistem pendidikan di Malaysia. Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tshun 1956 sebagai satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
  • 36.
  • 37.5. PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
  • 38.5.2 KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
  • 39.USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU Berkongsi wawasan pelaksanaan oleh DBP Malaysia semasa pimpinan Dato’ Haji A. Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato Paduk Haji Alidin Bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi. Menubuhkan pusat pengajian Melayu pertama di Leiden, Belanda pada tahun 1876 dan sehingga kini pusat itu diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa. Malaysia menubuhkan Kursi Pengajian Melayu dengan menempatkan individu bertaraf profesor di Universiti Leiden dengan harapan mampu mempertingkatkan kajian sastera Melayu di Eropah serta memperkembangkan budaya Malaysia dan dunia Melayu. Kursi Pengajian Melayu juga ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1995 dan di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.
  • 40.KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI PENGAJIAN MELAYU USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA NEGARA Menjalin persefahaman budaya dan mengakrabkan kerjasama antara dunia Melayu dengan rantau Eropah. Merangsang minat pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya Melayu. Memperjelas arah perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu di peringkat antarabangsa. Mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik yang lebih kondusif. Mewujudkan forum- forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-inonesia-malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS). Usaha memperkenalkan kesusasteraan melayu ke peringkat antarabangsa disokong oleh pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei, Pusat Bahasa Indonesia melalui seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi dan program satera di luar negara.
  • 41.CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN EKONOMI PENTADBIRAN KERAJAAN KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL PERCAMPURAN KOD SLANGA PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI
  • 42.1. PENDIDIKAN Kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid boleh terjejas kerana tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa. Kemahiran bacaan, lisan dan menulis diajar berasingan bukannya secara bersamaan. Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT dan pengetahuan asas murid yang berbeza membuatkan pengajaran bahasa Melayu menjadi sukar. Murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. CABARAN Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
  • 43.Semua Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar setelah Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan. Institut Pendidikan Swasta (IPS) boleh memilih dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan serta boleh memohon pengecualian mengikut Seksyen 17 akta tersebut kerana IPS merupakan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kelonggaran yang diberikan kepada IPS dalam memilih bahasa pengantar telah merendahkan martabat bahasa Melayu serta menggugat falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan. CABARAN BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN TINGGI SWASTA
  • 44.2. EKONOMI Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam dokumen perniagaan syarikat swasta manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua. Kebanyakan industri perhoelan, syarikat jualan kenderaan, barangan elektrik dan komputer menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Graduan mempunyai pilihan kerjaya dalam bidang perguruan atau Pendidikan sebagai guru bahasa Melayu dengan mengikuti kursus- kursus iktisas seperti PISMP / DPLI dan Bachelor Pendidikan. Graduan juga boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor dan penterjemah.
  • 45.3. PENTADBIRAN KERAJAAN Surat rasmi oleh agensi kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu. Begitu juga surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa Melayu bersertakan lampiran dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu digunakan dalam urusan surat mesyuarat, minit mesyuarat dan nota pembentangan. Pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam perlu ditulis dalam bahasa Melayu. Perkhidmatan kaunter boleh menggunakan bahasa yang difahami pelanggan sekiranya pelanggan tidak memahami bahasa Melayu. Sebarang maklum balas aduan di akhbar dan isu di media massa perlu menggunakan bahasa kebangsaan dan sekiranya bahasa Inggeris digunakan, terjemahan dalam bahasa Melayu perlu diletakkan.
  • 46.BAHASA MELAYU DALAM DASAR KERAJAAN
  • 47.4. KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL PENGARUH BAHASA IBUNDA – Berlaku disebabkan pengaruh bahasa ibunda yang digunakan murid-murid di sekolah. Kesalahan tersebut lebih ketara pada murid bukan Melayu. PENGARUH BAHASA DIALEK – Kebanyakan murid bertutur dalam bahasa dialek yang mereka perolehi dari rumah. PENGARUH BAHASA ASING – Penggunaan istilah yang tidak tepat akibat pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris telah menyebabkan murid murid bertutur dan menulis dengan salah dalam bahasa Melayu. PENGARUH TEKNOLOGI – Kebanyakan medium bahasa yang digunakan di media sosial bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris telah menyebabkan kekeliruan penggunaan bahasa Melayu. PENGARUH MAJALAH, CERPEN DAN NOVEL – Sesetengah pengarang mengenepikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan semata- mata untuk menjadikannya menarik dan sesuai dengan bahan yang ditulis.
  • 48.5. PERCAMPURAN KOD Percampuran kod sering terjadi dalam kalangan mereka yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa atau bertutur dalam dialek seperti bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Percampuran kod yang sering berlaku: - Penggantian konsonan m dan n kepada ng. - Penghilangan konsonan seperti perkataan sampai ditukar menjadi sapa dalam dialek Terengganu. - Konsonan s dan f di akhir perkataan digantikan kepada h. - Penghilangan diftong seperti perkataan pisau ditukar menjadi pisa dalam dialek Terengganu.
  • 49.6. BAHASA SLANGA Bahasa slanga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan- ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Faktor pengaruh bahasa slanga: - Digunakan untuk gurauan, slogan, identiti kumpulan dan melahirkan perasaan. - Menimbulkan keakraban dan kemesraan dalam perbualan masyarakat. - Pengaruh penggunaan harian oleh persekitaran keluarga dan masyarakat. - Memudahkan untuk menunjukkan ekspresi.
  • 50.7. PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI Penerapan elemen hak asasi sangat penting bagi memastikan proses pentadbiran berjalan dengan lancar. Penubuhan Pusat Prihatin Budaya Melayu (PPBM) yang melibatkan golongan belia dan dewasa dapat membantu merepakan elemen hak asasi kepada masyarakat kerana lebih bercorak pendidikan informal secara persekitaran dalam memantapkan jati diri Melayu.
  • 51.RUJUKAN https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://sodacolapepsi.blogspot.com/2019/05/sistem-tulisan-melayukuno.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwiquLWZ1pj0AhX3ILcAHaDvAL8QnoECDIQAQ&usg=AOvVaw2hmb5lTn3SUaEjh94VX-i. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi&ved=2ahUKEwjZy6T515j0AhUSXnwKHZy7DWsQFnoECAQQAQ&usg=AOvVaw0U2L3mOq0iOhx3YICDbYPj. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwjYxua_2Jj0AhVD8HMBHemhClsQFnoECDIQAQ&usg=AOvVaw371iFuEXa3MpJTjlhKNRPq.
  • 52.RUJUKAN 4. https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://lestari-intelek.blogspot.com/2010/08/institusi-bahasa-melayu.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwir15aN2pj0AhUx7HMBHS-OBGAQFnoECC4QAQ&usg=AOvVaw3AG-wkK6bdvm3zO94AB0IH. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwiWu6n93Zj0AhWf8HMBHcd8ALEQFnoECDIQAQ&usg=AOvVaw3tPTz4Dh7arizuak-7-xdh. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.gerbangbahasa.gov.bn/filebase/files/201310/4808555208teksPedoman.pdf&ved=2ahUKEwjLyfCx3pj0AhVY7HMBHVMTCvUQFnoECAUQAQ&usg=AOvVaw0Rr0Zbw_8vi9c2sRrLhB09.
  • 53.TERIMA KASIH!