PIBG 2022

0

Presentation Transcript

  • 1.DIVIDER FAIL 22 MEI 2022 (AHAD) 10:30 PAGI DEWAN AS SYAFIE, SK BUKIT KENANGAN PIBG Tahunan kali ke-46 sesi 2022/2023 Mesyuarat Agung
  • 2.ATURCARA   10:00 pagi Ketibaan ibu bapa dan pendaftaran Ketibaan perasmi 10:30 pagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 Bacaan Doa oleh Ustaz Abu Ubaidah bin Tomiran Ucapan Guru Besar oleh Puan Norhaniza binti Hasham@Hisam Ucapan Yang Dipertua PIBG oleh Encik Mohd Nazhir bin Ariffin Ucapan Perasmian oleh Datuk Zakaria bin Dullah , Penaung Briged Negaraku merangkap Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Persembahan Murid Pendidikan Khas Penyampaian Cenderahati Perasmi 11:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG dimulakan Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG Ucapan Penasihat PIBG Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 45 Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG Membentangkan dan membahaskan usul-usul Hal-hal Lain Ucapan penangguhan   12:30 tengah hari Cabutan Nombor Bertuah Jamuan Bersurai   1 MAJLIS
  • 3. PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KENANGAN BT 41, JALAN JOHOR, 86200 SIMPANG RENGGAM, No. Tel : 07-7558119 KLUANG, JOHOR. No. Faks : 07-7558119 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ruj.Kami : JBA2014/100-9/2/1( ) Tarikh : 16 MEI 2022 Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Semua Guru SK Bukit Kenangan Tuan / Puan NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT KENANGAN KALI KE-46 TAHUN 2022 Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 22 MEI 2022 (AHAD) Masa : 10:00 pagi Tempat : Dewan As Syafie, SK Bukit Kenangan 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan YDP 2.2 Ucapan Penasihat PIBG 2.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 2.4 Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31.12.2021 2.5 Membahaskan usul-usul 2.6 Hal-hal lain 2.7 Ucapan penangguhan 3 . Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian. Terima Kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, .............................................. ( RAFIDAH BINTI AHMAD) Setiausaha PIBG SK Bukit Kenangan 2
  • 4. Dan salam sejahtera, Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencurahkan sepatah dua kata di ruangan sekapur sirih seulas pinang ini sebagai perkongsian bersama dalam mendukung misi dan visi gemilang sekolah.   Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Di samping itu menjadi medium untuk bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi sekolah gemilang.   Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini saya sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.   Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 ini. Saya mengharapkan dengan AJK PIBG yang telah dilantik ini, akan dapat meningkatkan prestasi anak-anak di SKBK. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua menghasilkan kejayaan anak-anak yang cemerlang dan gemilang akan dimakbulkan oleh Allah. Selamat bermesyuarat. Sekian terima kasih Mohd Nazhir bin Ariffin YDP PIBG SK Bukit Kenangan SEKAPUR SIRIH 3 SEULAS PINANG
  • 5.DIVIDER FAIL Dan salam sejahtera. Alhamdulillah jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya menguntaikan sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kenangan kali ke-46 ini.   Tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab iaitu mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kenangan.   Terima kasih juga juga kepada ibubapa, penjaga dan guru yang menjadi ahli kepada persatuan yang telah bertapak teguh dan menabur bakti sejak sekian lamanya di sekolah ini serta sentiasa bekerja keras, memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah sehingga mencapai taraf cemerlang seterusnya menapak ke arah gemilang demi untuk masa depan anak-anak kita semua. Saya yakin bahawa dengan kerjasama erat di antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah gemilang. Bukan sahaja gemilang akademik tetapi membina model insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara.   Kecemerlangan SKBK tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun pihak sekolah mempunyai visi dan misi ke hadapan yang ingin dicapai iaitu menjadi sekolah gemilang seterusnya sekolah yang terbaik secara keseluruhannya. Untuk itu, seperti kata pepatah yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak kita melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai murid sekolah.   Akhir kalam, selamat bermesyuarat. Semoga kita dapat menyumbangkan idea dan pendapat yang bernas dalam usaha membantu pihak sekolah meneruskan misi dan visi sekolah serta wawasan negara.   Sekian. Terima kasih   Norhaniza binti Hasham@Hisam Guru Besar/ Penasihat PIBG SK Bukit Kenangan 4 SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
  • 6.SK BUKIT KENANGAN BATU 40, JALAN JOHOR 86200 SIMPANG RENGGAM JOHOR SESI 2022/2023 AJK 5 PIBG
  • 7.DIVIDER FAIL AGENDA kali ke-46 Tahun 2022 6 MESYUARAT
  • 8.MINIT Agung PIBG kali ke-45 Tahun 2021 Tarikh : 28 September 2021 ( Ahad ) Masa : 2:00 petang Tempat : Google Meet, (Lokasi masing-masing) Kehadiran : 53 orang     AGENDA MESYUARAT   UCAPAN ALUAN OLEH YDP PIBG ( EN MOHD NAZHIR BIN ARIFFIN ) 1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara google meet. 1.2 Mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan sekolah atas usaha mendidik anak-anak secara PDPR walaupun banyak menghadapi kekangan. 1.3 Beliau menyatakan peranan PIBG adalah penting dan saling memerlukan diantara guru, murid dan ibu bapa. Sekolah merancang dan ibu bapa membantu. 1.4 Dalam suasana keadaan yang berbeza sekarang ibu bapa perlu berkorban dan mencari jalan untuk menggunakan apa sahaja aplikasi atau platform yang ada seperti telegram, wassup, google meet dan sebagainya untuk berhubung dalam menerima dan menyampaikan maklumat. UCAPAN PENASIHAT PIBG ( PN NORHANIZA BINTI HASHAM@HISAM - GURU BESAR )   2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG secara dalam talian pada kali ini.   2.2 Pn Norhaniza binti Hasham turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sesi 2020/2021 yang akan dibubarkan dan dan berharap AJK yang bakal dilantik dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah dan ibu bapa khasnya.   7 MESYUARAT
  • 9. 2.3 Guru Besar menyatakan sekolah bakal dibuka secara berperingkat dengan dimulakan dari Kelas Pendidikan Khas. Oleh yang demikian beliau mengingatkan semua ibu bapa dan pihak sekolah untuk bersedia membuat persediaan untuk pembukaan sekolah secara bersemuka. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan dan kesihatan warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat mengikut sop yang telah digariskan.     MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKBK KALI KE 44 TAHUN 2020   3.1 Pn Rafidah binti Ahmad selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 tahun 2020 seperti mana edaran.   3.2 Pengesahan minit mesyuarat Cadangan : En Asrul Ariffin bin Mohd Abu Nangim Sokongan : En Mohd Edham bin Iswandi MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2018 BAGI TEMPOH 01.01.2020 HINGGA 31.12.2020 4.1 Pn Norleda binti Saidin selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG tahun 2020 bagi tempoh 01.01.2020 hingga 31 Disember 2020. 4.2 Pengesahan penyata kewangan PIBG 2020 Cadangan : Pn Tini Sahkan : En Asrul Ariffin bin Mohd Abu Nangim 5. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021   5.1 YDP PIBG En Mohd Nazhir bin Ariffin telah membubarkan AJK PIBG 2020/2021   6. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT PIBG   6.1 En Mohd Nazhir bin Ariffin dilantik sebagai pengerusi sementara Mesyuarat Agung PIBG. 8
  • 10. 7. PERLANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2021/2022 7.1 Tn Haji Aminullah bin Zainal Abidin YDP mencadangkan agar melantik kembali dan mengekalkan ajk yang sedia ada untuk sesi 2021/2022   Pn Zuliana Abd Rahim menyokong   Keputusan : Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan agar melantik kembali Ahli Jawatankuasa lepas untuk meneraju sesi yang baru. En Mohd Nazhir bin Ariffin telah dipilih sebulat suara untuk mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG.   7.2 Guru Besar selaku Penasihat PIBG menyatakan jawatan Setiausaha dan Bendahari akan dilantik oleh pihak sekolah. 7.3 Guru Besar turut menyatakan Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Ibu Bapa Pra Sekolah turut akan dimasukkan ke dalam senarai Ajk PIBG sekolah.   7.4 Untuk Ahli Jawatankuasa di kalangan guru pula adalah di bawah bidang kuasa guru besar untuk melantik. 8. PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL 8.1 Usul pertama dikemukakan oleh Tn Haji Aminullah bin Zainal Abidin selaku HEM SK Bukit Kenangan, mengenai pas kehadiran murid. Beliau mencadangkan agar setiap murid mempunyai pas kehadiran sekolah.   Ia berfungsi untuk memudahkan murid dan guru mengakses kehadiran dengan cara scan kad setiap murid pada waktu pagi. Di mana setiap murid telah mempunyai email ID DELIMA masing-masing dan secara tidak langsung ia dapat mengaktifkan ID DELIMA mereka. Kos kad bagi setiap orang murid adalah RM2.50.   Guru Besar menjelaskan bahawa cadangan ini membuatkan kerja lebih efisyen yang mana dapat memudahkan tugas guru dan pengurusan pihak sekolah pada waktu pagi semasa kehadiran murid di pintu masuk . Guru hanya perlu memeriksa suhu berbanding sebelum ini mereka terpaksa memasukkan nama setiap murid seorang demi seorang setelah memeriksa suhu dijalankan. Cadangan ini di terima sebulat suara. 8.2 Cadangan kedua daripada Puan Nor Nadia binti Alias, mengenai keadaan kelas tahun satu yang panas dan menyebabkan ketidakselesaan kepada murid. Beliau memaklumkan anaknya mengadu kipas yang kurang laju menyebabkan mereka tidak selesa.     9
  • 11. Guru kelas Pn Iliana binti Mohd Yusof memaklumkan bahawa keadaan kipas di tahun 1 sudah lama dan uzur, walaupun dibuka pada kelajuan yang maksima tetapi pusingannya tetap perlahan. Ini menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada murid lebih-lebih lagi menjelang tengah hari dan murid yang berada di tepi tidak dapat merasai angin kipas apabila berpusing.   Guru besar menjelaskan pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan segera dan proses pembaikan akan dilakukan. 9. HAL-HAL LAIN   9.1 Guru Besar memaklumkan cadangan kutipan bayaran sumbangan PIBG adalah RM50 bagi setiap keluarga sama seperti tahun sebelumnya. Beliau menerangkan dana PIBG adalah hasil kutipan sumbangan daripada ibubapa bagi menampung melaksanakan pelbagai aktiviti / program sekolah. 9.2 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara mengenai kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 50 (lima puluh ringgit sahaja) bagi setiap keluarga.   9.3 Beliau turut menjelaskan kutipan bayaran tambahan persekolahan bagi murid bukan warganegara sebanyak RM 24.50.   9.4 YDP menyatakan kepada ibu bapa yang mempunyai masalah dalam pembelajaran PDPR anak-anak. Sama ada masalah talian internet, sukatan pelajaran ataupun sikap anak-anak terhadap pelajaran boleh terus merujuk kepada guru kelas atau guru mata pelajaran anak masing-masing. Selain dapat membantu guru sebagai talian perhubungan antara guru dan murid, ia juga dapat membantu anak-anak dari terus tercicir dalam pelajaran mereka.   9.5 Ustaz Abu Ubaidah bin Tomiran selaku Guru Kaunseling sekolah menyatakan pihak sekolah sedia membantu jika timbul masalah yang melibatkan murid- murid. Beliau turut menyatakan Unit Bimbingan dan Kaunseling ada menjalankan Program Minda Sihat.   Program ini adalah anjuran gabungan antara dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan program ini diadakan adalah membantu mental dan emosi murid-murid dalam menghadapi pandemik Covid 19. Setakat ini pihak sekolah tiada menerima masalah yang besar manakala jika ada timbul masalah ia dapat diatasi dengan baik.        10
  • 12.  9.6 YDP memaklumkan kepada ibu bapa untuk masuk dan sertai kumpulan wassap PIBG sekolah. Ini bagi memudahkan ibu bapa bersama-sama menyumbang idea dan segala maklumat dan aktiviti PIBG dapat disampaikan dengan mudah. 10. UCAPAN PENANGGUHAN   10.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk memimpin PIBG sekolah ini. Beliau juga berharap agar Ahli Jawatankuasa juga dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab yang diberi .   Beliau memohon ibu bapa untuk sama-sama terlibat dan menyokong apa sahaja aktiviti atau program yang dijalankan pihak sekolah terutama di dalam suasana pandemik ini.   YDP turut mengingatkan ibu bapa bagi memantau PDPR anak masing-masing. Pastikan mereka masuk dan hadir di dalam kelas dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru. Bersama-sama membantu pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan dan pendidikan anak-anak terjamin.     Mesyuarat Agung PIBG telah ditangguhkan pada pukul 4:15 petang.     Disediakan oleh: Disahkan oleh: RAFIDAH BINTI AHMAD MOHD NAZHIR BIN ARIFFIN Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG SK Bukit Kenangan SK Bukit Kenangan      11
  • 13.DIVIDER FAIL PENYATA PIBG 2021 PENYATA KEWANGAN PIBG SK BUKIT KENANGAN BERMULA 01.01.2021 DAN BERAKHIR 31.12.2021 12 KEWANGAN
  • 14.MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 2022 USUL & CADANGAN USUL 13 CADANGAN
  • 15.DIVIDER FAIL Ahli Jawatankuasa Induk PIBG Sesi 2022/2023   Penasihat Pn Norhaniza binti Hasham @Hisam (Guru Besar)   Yang Dipertua PIBG En Mohd Nazhir bin Ariffin   Naib Yang Dipertua PIBG Pn Zaimah binti Mansor   Setiausaha Bendahari Pn Rafidah binti Ahmad Pn Norleda binti Saidin   AJK Ibu Bapa En Kamal bin Gimin En Asrul Ariffin bin Mohd Abu Nangim Pn Aini Rafidah binti Nawawi Pn Noramizan binti Ibrahim En Md Noh bin Md Salleh En Mohd Shahrul Azmi bin Mohd Rasid Pn Rohaimah binti Jikan (GB SABK)   AJK Guru Ustaz Abu Ubaidah bin Tomiran Pn Ruziah binti Isnin Pn Siti Nurul Azura binti Suleiman Puan Zuliana binti Abdul Rahim Pn Saidah binti Salleh   Juruaudit Pn Iliana binti Yusof Pn Nur Hazlina binti Md Salleh     CARTA 14 ORGANISASI
  • 16. Penasihat : Pn Norhaniza binti Hasham @ Hisam ( Guru Besar )   Yang Dipertua PIBG : ___________________________________________   Naib Yang Dipertua PIBG : ___________________________________________   Setiausaha : ___________________________________________   Bendahari : ___________________________________________   Jawatankuasa : Wakil Ibu Bapa   1) ___________________________________________ 2) ___________________________________________ 3) ___________________________________________ 4) ___________________________________________   5) ___________________________________________   6) ___________________________________________   7) ___________________________________________   8) ___________________________________________ Wakil Guru   1) ___________________________________________   2) ___________________________________________   3) ___________________________________________   4) ___________________________________________   5) ___________________________________________   Juruaudit : 1) _________________________________________ ( Wakil Ibu Bapa )   2) _________________________________________ ( Wakil Guru ) SENARAI PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022/2023 15
  • 17.JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT KENANGAN KALI KE 46 TAHUN 2022 Pengerusi : Pn Norhaniza binti Hasham@Hisam (Guru Besar ) Timbalan Pengerusi : Pn Marina binti Jamion (GPK 1) Timbalan Pengerusi 2 : En A Ramlee bin Md Johar (GPK HEM) Timbalan Pengerusi 3 : En M Mordani bin Marjuki (GPK KOKO) Setiausaha : Pn Rafidah binti Ahmad Bendahari : Pn Norleda binti Saidin Jawatan Kuasa Pelaksana JAWATANKUASA 16 2022
  • 18.DIVIDER FAIL   Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Kenangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :     Yang Berbahagia Datuk Zakaria bin Dullah Penaung Briged Negaraku merangkap Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru serta Staf SK Bukit Kenangan   Semua ibu bapa dan penjaga murid yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini serta semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.    Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita.   Taman Delima Taman Kasih Sekian Terima Kasih   17 SETINGGI PENGHARGAAN
  • 19.Terima Kasih 18