1.Cikgu Ernah WagiminBAHASA MELAYU TAHUN 5Buku Teks halaman 171UNIT 22 : EKONOMI DINAMIK
SK 4.3
Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkan secara kreatif.
SP 4.3.1
Mengubah suai puisi dengan bahasa yang indah dan santun secara separa berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.
2.SENI BAHASATajuk : Sediakan Payung sebelum Hujan
Farisha ingin menyertai pertandingan pantun sempena minggu keusahawanan sekolahnya. Dia mula berlatih untuk membina pantun.
Dia mula mencari maklumat tentang jenis-jenis pantun.
Dia juga ingin mempersembahkannya secara kreatif untuk memenangi pertandingan tersebut.
4.CIRI-CIRI PANTUN 4 KERAT
Mempunyai empat baris
Dua baris pembayang
Dua baris maksud
Rima akhir biasa a b a b
Suku kata setiap baris antara 8 hingga 12 suku kata
1
2
3
4
5.CONTOH PANTUN 4 KERATBuku teks halaman 171
Wanginya aroma bunga telepok,
Tiada di hutan sukar dicari,
Diberikan nama insurans berkelompok,
Tanda ingatan pemimpin bestari.
Naik perahu pergi ke kota,
Perigi bertiga menjual bemban,
Ambillah tahu akan hak kita,
Agar keluarga tidak terbeban.
1
2
Pembayang
Pembayang
Pembayang
Pembayang
Maksud
Maksud
Maksud
Maksud
6.TUGASAN BAHASA MELAYU27 dan 29 SEPTEMBER 2021
Murid dikehendaki mencari contoh pantun empat kerat menggunakan carian google atau media elektronik iaitu :
Satu contoh PANTUN NASIHAT
Satu contoh PANTUN TEKA-TEKI
Satu contoh PANTUN BUDI
Satu contoh PANTUN JENAKA
Kemudian, murid perlu mempersembahkan empat jenis pantun di atas secara kreatif dalam bentuk KAD DIGITAL atau POSTER DIGITAL menggunakan pelbagai aplikasi elektronik mengikut kesesuaian dan kreativiti anda. Rujuk contoh yang diberi.
Kongsikan GAMBAR-GAMBAR anda SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS menyiapkan tugasan di Telegram sebagai evidens pentaksiran.
7.TUGASAN BAHASA MELAYU27 dan 29 SEPTEMBER 2021
Tempoh masa menyiapkan tugasan ialah pada 27 – 30 September 2021.
Sila hantar tugasan yang telah siap ke GC atau Telegram untuk semakan dan rekod PBD.
Murid-murid jangan lupa isi kehadiran mengikuti PdPR pada pautan yang dikongsi dalam Telegram.
Selamat mencuba murid-murid cikgu semua.