PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN FOLIO

0

Presentation Transcript

  • 1.PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 NAMA & NO MATRIKS: SALINI A/P KANNATHASAN (16DAT21F1078) NURUL NAJIHAH BINTI AZIZAN (16DAT21F1014) SESI 1 TAJUK: DASAR WAWASAN NEGARA NAMA PENSYARAH: SITI AISHAH BINTI OTHMAN
  • 2.ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN LATAR BELAKANG OBJEKTIF WAWASAN 2020 CABARAN WAWASAN 2020 ISU-ISU WAWASAN 2020 STRATEGI PELAKSANAAN KESIMPULAN
  • 3.PENDAHULUAN Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Februari 1991, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya bukan sahaja pada bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
  • 4.LATAR BELAKANGWAWASAN 2020 Satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Bukanlah satu dasar khas Merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi,sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • 5.OBJEKTIF WAWASAN 2020 Pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang bukan terhad kepada bidang ekonomi. Merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjadikan Malaysia negara maju dan dengan caranya tersendiri. Kemajuan yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal. Meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral & etika yang tinggi & boleh dicontoh oleh negara-negara lain.
  • 6.CABARAN WAWASAN 2020 Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
  • 7.ISU-ISU WAWASAN 2020 Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia Prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara bangsa. Istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian & toleransi perlulah difahami dan diamalkan. Mewujudkan sebuah Negara Perindustrian Negara yang berjaya mengubah corak ekonomi & kehidupannya daripada pertanian -: perindustrian mempunyai status negara maju. Berkehendak rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi daripada kehidupan bertani -: perindustrian yang melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial & kebudayaan. Sumbangan sektor perdagangan & komersial yang melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari & kekentalan menghadapi cabaran amatlah besar.
  • 8.Keadilan Ekonomi dan Sosial Bagi mewujudkan satu negara maju dan Bersatu. Negara yang maju tidak patut mewujudkan keadaan yang satu golongan rakyat mempunyai segalanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Moral dan Etika Negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah moral & etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Pengamalan bilai murni menjadi penghalang untuk tidak menyalahgunakan kemahiran @ kekayaan yang dimiliki.
  • 9.Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat & masyarakat menjadi asas pembinaan negara. Mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat & pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi nilai & cara hidup hendaklah digerakkan dari awal lagi.
  • 10.STRATEGI PELAKSANAAN Kerajaan berusaha memotivasi masyarakat agar dapat bersaing dengan negara-negara asing. Kerajaan mengadakan program-program mengubah sikap Bumiputera agar bersikap kritis dan berpemikiran lateral. Bidang vokasional dan teknik diusahakan untuk merealisasikan Wawasan 2020.
  • 11.Menekankan pendidikan Islam dan Moral dalam pendidikan untuk membentuk masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni. Menggalakkan perkembangan penyelidikan dan pembangunan (P&P) agar teknologi tempatan diusahakan dan kurang mengimport teknologi luar.
  • 12.KESIMPULAN Kita harus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Malaysia harus mempelajari kekuatan dan mengenali kelemahan negara-negara maju yang lain. WAWASAN 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara barat tetapi sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan.
  • 13.SUMBER RUJUKAN https://anyflip.com/nsci/tpft/basic https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 https://www.scribd.com/doc/17982915/Esei-Penuh-Tajuk-Wawasan-2020 https://www.slideshare.net/missem9/wawasan-2020-17060837
  • 14.TERIMA KASIH<3