BOLA JARING

0

Presentation Transcript

  • 1.BOLA JARING NAMA: CHRISTINE JULIS KELAS: 4 BETA
  • 2.SERANGAN HANTARAN TENGAH Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniup wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepasa WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran kepada GA yang berada dalam kawasan jaringan. Dengan begitu GA berpeluang untuk membuat jaringan. Melalui strategi ini, tiga hantaran bola diperlukan bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran gol.
  • 3.SERANGAN HANTARAN KE DALAM Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan pemain GD, berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Pemain GD sudah melarikan diri dari pihak lawan. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan yang pada mulanya berada pada kududukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
  • 4.HANTARAN PERCUMA DAN PENALTI Hantaran percuma diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali undang-undang halangan sentuhan. Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan. Satu hantaran penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang sentuhan. Jika seorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang mengambil penalty.
  • 5.BERIKUT ADALAH BEBERAPA PERKARA BERKAITAN PENGAMBILAN PENALTI Satu percubaan untk menahan hantaran. Jaringan bole dilakukan oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada yang melakukan kesalahan. Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran, penalti akan dikenakan. Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri bersebelahan. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan.
  • 6.TERIMA KASIH 