1.PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA
SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUL
2.SENI HALUS
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
a. Zaman sebelum Perang Dunia Keduab. Zaman selepas Perang Dunia Kedua
1
3.TOKOH DAN KARYA
Abdullah Ariff
Coconut Plantation, 1950, Cat air
Lukisan/Catan
Chuah Thean Teng
Mother and Child, 1991, Batik
Mohamed Hoessein Enas
Self-Potrait, 1954, Pastel
2
4.TOKOH DAN KARYA
Anthony Lau
Ayam Jantan, 1963, Besi Koleksi LPSVN
Arca
Zulkifli Yusoff
Bunga Raya, 2010, Gurisan asid dan dakwat cetak atas besi
Raja Shahriman Raja Aziddin
Laksamana Berang, 2008, Keluli dicat
3
5.TOKOH DAN KARYA
Juhari Said
Katak Nak Jadi Lembu II, 1999, Cetakan potongan kayu Koleksi LPSVN
Cetakan
Ponirin Amin
Dalam Sinar Matamu, 1978, Skrin sutera
Chew Teng Beng
Landscape, 1998, Minyak atas papan
4
6.PERTUBUHAN DAN PERSATUAN
SEBELUM MERDEKA
Penang Impressionist Society
Ditubuhkan pada tahun 1920-an.
Ahlinya terdiri daripada isteri-isteri golongan ekspatriat.
Abdullah Ariff ialah pengajar manakala Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja.
Wednesday Art Group
Ditubuhkan pada tahun 1952.
Pengasasnya ialah Peter Harris.
Ahlinya terdiri daripada berbilang bangsa seperti Patrick Ng Kah Onn, Cheong Lai Tong, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi.
Tujuannya untuk memperkenalkan estetik dan teknik seni menerusi gagasan ‘seni sebagai wadah ekspresi diri’.
SELEPAS MERDEKA
Angkatan Pelukis SeMalaysia
Ditubuhkan pada 15 April 1958.
Nama asalnya ialah Angkatan Pelukis Semenanjung.
Pengasasnya ialah Mohamed Hoessein Enas.
Pengasasnya ialah Mohamed Hoessein Enas.
Ahlinya ialah Yaacob Latif, Habibah Manan, Mohd. Sallehuddin dan ramai lagi.
Tujuannya untuk menyatupadukan pelukis Melayu dengan memperkenalkan gaya naturalisme.
Persatuan Pelukis Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1979.
Presidennya ialah Syed Ahmad Jamal.
Antara ahlinya ialah Sulaiman Othman, Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som dan ramai lagi.
Tujuannya untuk menyatupadukan pelukis tanah air di bawah satu payung.
5
7.INSTITUSI SENI
6
Institusi: Sultan Idris Training College (SITC)
Tahun Penubuhan: 29 November 1922
Tujuan: Melatih guru-guru Melayu
Kursus: Seni Lukis da Pertukangan Tangan seperti anyaman dan kerja kayu.
Institusi: Specialist Teacher’s Training Institute (STTI)
Tahun Penubuhan: 1960
Tujuan: Melatih guru-guru dalam mata pelajaran seni.
Kursus: Sejarah dan Apresiasi Seni, Idea Moden dalam Pendidikan Moden dan Rekaan Kreatif.
Institusi: Institut Teknologi MARA (ITM) kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Tahun Penubuhan: 1967
Kurus: Pengajian Seni seperti Seni Halus, Seni Reka Grafik dan Seni Reka Perindustrian.
Institusi: Universiti Sains Malaysia (USM)
Tahun Penubuhan: !972
Kursus: Pengajian Seni Halus seperti Catan, Seni Reka Grafik, Seni Foto dan Cetakan.
Institusi: Institusi seni swasta
Tujuan: Membantu dalam perkembangan seni visual Dan Pendidikan.
Contoh: Kuala Lumpur Institute of Graphic, Limkokwing University of Creative Technology.
8.SENI REKA
SEJARAH DAN PEREKMBANGAN
Perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding dengan perkembangan seni halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Tekonolgi MARA (kini UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan instiusi swasta misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.
7
9.TOKOH
Tokoh reka bentuk teknologi: Zulkifli Haron
Lahir pada tahun 1959 di Kelantan.
Mendapat pendidikan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.
Pereka cipta peralatan berteknologi dalam pelbagia sektor.
Pernah menerima anugerah Guinness Effort Award 1989 dan Anugerah Belia Selangor Darul Ehsan 1996.
Tokoh seni reka grafik: Haji Hashim Hassan
Lahir pada tahun 1938 di Johor.
Mendapat pendidikan di Canterbury Collage of Art, England dan University Ohio, USA.
Memenangi pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan, iaitu pada tahun 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987, dan 1991.
Dikenali sebagai Bapa Logo Hari Kebangsaan.
8
10.TOKOH
Tokoh reka bentuk fesyen: Jimmy Choo
Lahir pada tahun 1961 di Pulau Pinang.
Mendapat pendidikan di London Collage of Fashion.
Menerima anugerah gelaran Profesor dari University of the Arts, London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
Mendapat anugerah Order of the British Empire (Knighthood) daripada Queen Elizabeth II, England pada tahun 2002.
Tokoh reka bentuk teknologi kreatif: Lim Kok Wing
Lahir pada tahun 1946 di Kuala Lumpur.
Pelopor dan juga presiden Limkokwing University of Creative Technology.
Menerima banyak penghargaan seperti anugerah Father of Innovation in Africa dalam The Bizz Awards 2014 di Texas, USA.
9
11.PERTUBUHAN DAN PERSATUAN
Majlis Rekabentuk Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1993.
Terlatak bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Tujuannya untuk membuka masa depan inovasi dan reka bentuk di Malaysia.
Majlis Inovasi Negara
Ditubuhkan pada tahun 2007.
Terletak bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Tujuannya untuk membentuk dan melaksanakan agenda inovasi negara yang lebih mantap.
10
12.INSTITUSI SENI
Institusi Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA [UiTM]) dengan kewujudan Jabatan Seni Luksi dan Seni Reka pada tahun !967.
Universiti awam lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Malaysia Sarawak.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seperti Centre for Advanced Design, Malaysian Institute of Art dan Limkokwing University of Creative Technology.
11
13.SENI KRAF
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Telah diusahakan oleh masyarakat melayu di kelantan, terengganu dan pahang pada sekitar tahun 1970-an.
Mengandungi unsur-unsur kebudayaan penciptanya yang berupa hiasan.
BIDANG
Tradisional
Batik
Tembikar
Ukiran kayu
Tenunan
Anyaman
Tekatan
MODEN
Seni kraf
Kraf sabun
Kraf manik
Kraf lilin
Kraf tali
12
14.TOKOH DAN KARYA
Tokoh Batik: Yusoff Haji Abdullah
Lahir pada tahun 1928 di Kelantan.
Pernah mengikuti kursus seni kreatif (Seni Halus) di Universiti Sains Malaysia.
Rekaannya menampilkan budaya masyarakat Pantai Timur.
Mengadakan Pameran Lukisan Batik di Moscow pada tahun 1978.
Menjadi penceramah di pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.
Tokoh Tembikar: Zamari @ Zamri Pandak
Lahir pada tahun 1942 di Perak.
Memperoleh kemahiran daripada datuknya.
Berpengatahuan luas dalam teknik penghasilan tembikar.
Menjadi pakar rujuk dan khidmat nasihat kepada pelajar dan orang perseorangan.
Menerima anugerah Seal of Excellence daripada UNESCO-AHPADA 2002.
Dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Labu Sayong pada tahun 2007.
13
15.Tokoh Anyaman: Aminah Haji Amat
Lahir pada tahun 1928 di Melaka.
Mewarisi kemahiran menganyam daripada keluarganya.
Mengajar orang perseorangan dan pelajar sekitar Melaka tentang anyaman rombong.
Menghasilkan teknik pemprosesan bahan mentah dan anyaman yang lebih mudah.
Dianugerahi sebagai Adiguru Kraf Anyaman Rombong pada tahun 1988.
TOKOH DAN KARYA
14
16.INSTITUSI
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
Tahun Penubuhan: 1 Oktober 1979.
Peranan: Memelihara dan melindungi warisan kraf negara sebagai satu industri yang berdaya maju dan mantap dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Insitut Kraf Negara (IKN)
Tahun Penubuhan: Ogos 2001
Peranan: Bertanggungjawab melahirkan modal insan yang berkemahiran, berilmu pengetahuan, menguasai teknologi dan peka terhadap warisan kraf.
15