Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah SMK Darul Ridwan Sesi 2023/2024

0

Presentation Transcript

  • 1.
  • 2.MAKLUMAT PERIBADI 2
  • 3.ISI KANDUNGAN Kalendar 2023 7 Hari Kelepasan Am 8 Sekapur Sireh 9 MAKLUMAT AM Visi Dan Misi 11 Piagam Pelanggan 11 Sejarah Sekolah 12 Logo SMKDR Dan Penerangan 13 Lagu Sekolah 14 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 15 11 Anjakan PPPM 16 Carta Organisasi 17 Maklumat Guru 18 Maklumat Anggota Kakitangan Pelaksana 20 Pelan Lokasi Kelas 21 2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Dasar Pengurusan Dan Pentadbiran 23 Jawatankuasa Pembinaan Manual Pengurusan & Takwim Sekolah 27 Jawatankuasa Induk Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah 27 Jawatankuasa Pengurusan Pejabat 27 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Sekolah (JKPA) 28 Jawatankuasa Mesyuarat Guru 28 Jawatankuasa SKPMg2 29 Jawatankuasa Program HIP 29 Jawatankuasa Ibu Bapa & Guru (PIBG) 30 Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan & Bilik Khas 30 Jawatankuasa Siaraya 32 Jawatankuasa Pengurusan Aset Sekolah 32 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) 33 Jawatankuasa Blog/Web/Facebook/Telegram 33 3
  • 4. Jawatankuasa Kemajuan Staf (Latihan Dalam Perkhidmatan) 34 Jawatankuasa PAJSK & SEGAK 34 Jawatankuasa Program Khas Sekolah 35 Senarai Guru Tingkatan & Penyelaras Tingkatan 37 Jadual Waktu Bekerja Staf Pejabat / Pembantu Makmal 38 3. PENGURUSAN KURIKULUM Carta Organisasi JK Kurikulum Sekolah 40 Dasar Pengurusan Kurikulum Sekolah 41 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 51 Bidang Akademik 52 Jawatankuasa Jadual Waktu / Relief 53 Jawatankuasa Penilaian & Peperiksaan 53 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah / NILAM 54 Jawatankuasa Program Program Kecemerlangan & Headcount 54 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 55 Jawatankuasa MBMMBI 55 Jawatankuasa Pembudayaan KBAT 56 Jawatankuasa Pengurusan ICT 56 Jawatankuasa Pemulihan Kelas Peralihan 56 Jadual Pencerapan Buku Latihan 57 Jadual Pencerapan Pembelajaran Dan Pengajaran / SKPMg2/PBPPP 58 Minimum Adequate Exercise (MAX) 59 Pakej Mata Pelajaran 78 4. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Carta Organisasi HEM 80 Dasar Pengurusan HEM 81 Jawatankuasa Induk Unit HEM 90 Jawatankuasa Lembaga Pengawas & Disiplin Sekolah 91 ISI KANDUNGAN 4
  • 5. Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 91 Jawatankuasa Keselamatan, Keceriaan & Kesihatan (3K) 92 Jawatankuasa Organisasi Kelas / Majlis Ketua Tingkatan 92 Jawatankuasa Sifar Murid Cicir / APDM 93 Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Dan Kerohanian 93 Jawatankuasa Pendaftaran , Sijil Berhenti & Surat Akuan 93 Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) 94 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 94 Jawatankuasa Induk / Kelab Pencegahan Jenayah 95 Jawatankuasa Kantin Sekolah 95 Jawatankuasa SSDM / RETAN 96 Jawatankuasa Orientasi Murid 96 Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah 96 Jawatankuasa Majlis Pemuafakatan Alumni 97 Jawatankuasa Pendidikan dan Pencegahan Dadah 97 5. PENGURUSAN KOKURIKULUM Carta Organisasi Kokurikulum 99 Dasar Pengurusan Kokurikulum 101 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 103 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum (PAJSK) 103 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 104 Jawatankuasa Papan Kenyataan Sekolah 104 Jawatankuasa RIMUP 105 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Elit 105 Jawatankuasa Pembangunan Sukan (Permainan Terpilih) 105 Guru Penasihat Unit Beruniform 106 Jadual Pelaksanaan Perjumpaan / Aktiviti Pasukan Badan Beruniform 107 Senarai Bertugas Pasukan Unit Beruniform & Guru Penasihat Semasa Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 108 ISI KANDUNGAN 5
  • 6. Guru Penasihat Kelab 109 Guru Penasihat Persatuan 110 Jadual Pelaksanaan Perjumpaan / Aktiviti Kelab & Persatuan 111 Penyertaan Aktiviti Kokurikulum Di Peringkat Daerah 112 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 113 Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah 113 Guru Penasihat Kelab Sukan & Permainan (1M1S) 114 Jadual Pelaksanaan Perjumpaan Kelab Sukan & Permainan / Aktiviti 1M1S 115 Senarai Guru Penasihat Rumah Sukan 116 Penyertaan Pertandingan Sukan Di Peringkat Daerah 117 Dasar Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 118 Kalendar Persekolahan 122 Jadual Guru Bertugas 134 ISI KANDUNGAN 6
  • 7.KALENDAR 2023/2024 7
  • 8.HARI KELEPASAN AM Catatan : (*) Tertakluk kepada perubahan Peringatan : Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain. 8
  • 9. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Pentadbiran SMK. Darul Ridwan bagi sesi persekolahan 2023/2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan berfokus Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga SMK. Darul Ridwan khususnya pendidik bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini membantu guru-guru membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus merangkumi aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang sesi persekolahan 2023/2024. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Pembudayaan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penandaras kepada kejayaan adalah Kemenjadian Murid. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga SMK. Darul Ridwan akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SMK. Darul Ridwan harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang sesi persekolahan 2023/2024. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” `MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI’ `BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, MOHD MAKRI BIN JAFAR PENGETUA CEMERLANG SMK DARUL RIDWAN SEKAPUR SIREH 9 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK. Darul Ridwan bagi sesi persekolahan 2023/2024.
  • 10.10
  • 11.11 VISI KPM/JPN/PPD/SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi KPM/JPN/PPD/SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. PIAGAM PELANGGAN Kami warga SMKDR dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: Menyediakan program dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu kepada pelajar-pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Memberikan layanan yang saksama kepada pelajar dan ibu bapa serta menyediakan pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana. Menyediakan kemudahan yang selesa selaras dengan amalan sekolah penyayang. Berusaha meningkatkan imej SMKDR sebagai sekolah wawasan yang cemerlang dari segi kurikulum,kokurikulum, dan sahsiah. Pihak sekolah bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor, dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan pretasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah ini. MOTTO SEKOLAH DREAM BIGGER, REACH HIGHER
  • 12.SEJARAH SEKOLAH 12
  • 13.LOGO SEKOLAH 13
  • 14.LAGU SEKOLAH Berilmu Berbakti Itu Cogan Kata Berjasa Berbudi Itulah Amalan Kita Usaha Berdikari Tabah dan Setia Berbakti Berbudi Untuk Bangsa dan Negara Tetap Berjaya Berjasa Bersopan dan Berbudi Biarlah Maju Dipuja Berilmu dan Berbakti Maju dan Berjasa Tetap Berkekalan Disanjung Dipuja Sekolah Darul Ridwan bit.ly/LAGUSMKDR 14
  • 15.FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. MATLAMAT STRATEGI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Memastikan pendidikan sebagai jentera berkesan untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan rakyat. Meningkatkan imej dan martabat Kementerian Pelajaran Malaysia. Melahirkan tenaga manusia untuk memenuhi keperluan di semua peringkat persekolahan dalam Sains dan Teknologi. Membangun dan memperluaskan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Meningkatkan martabat perkhidmatan pendidikan di semua bidang pendidikan. Mewujudkan pengurusan berkualiti di semua peringkat. Mewujudkan sistem penilaian dan pengukuran kognitif dan bukan kognitif yang lebih berkesan. Melahirkan warganegara Malaysia dwi-bahasa. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam arus pendidikan negara. Memperkukuhkan penggunaan dan pelaksanaan konsep demokrasi pendidikan. 15
  • 16.11 ANJAKAN PPPM (2013 – 2015) 16
  • 17.CARTA ORGANISASI SEKOLAH 17
  • 18.MAKLUMAT GURU 18
  • 19.MAKLUMAT GURU 19
  • 20.MAKLUMAT GURU MAKLUMAT STAF SOKONGAN 20
  • 21.21
  • 22.22
  • 23.DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK DARUL RIDWAN Guru-guru SMK Darul Ridwan hendaklah memahami dan menghayati aspirasi sekolah termasuk hala tuju, matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek dan KPI sekolah. Semangat kerja sepasukan hendaklah menjadi penggerak utama dalam menjayakan aspirasi sekolah. Dalam menjayakan profesion perguruan secara profesional, komitmen dan kesungguhan setiap guru dijadikan amalan seharian bagi memastikan segala urusan yang dibuat berlandaskan Etika Keguruan. Guru-guru hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum loceng masuk berbunyi (loceng berbunyi 7.20 pagi) untuk setiap hari waktu persekolahan. Guru-guru bertugas mingguan hendaklah berada di sekolah 15 minit lebih awal dan balik 15 minit lebih lewat. Guru dilarang sama sekali log-in bagi pihak guru lain. Guru-guru diwajibkan memakai tanda nama sepanjang masa bertugas. Pakaian guru haruslah berpandukan Etika Berpakaian semasa bertugas rasmi.Cotton Jeans tidak dibenarkan dan kaki seluar hendaklah longgar. Guru merupakan contoh teladan kepada murid. Semua guru perlu memakai blazer semasa perhimpunan rasmi dan berada tepat pada masa. Semua guru perlu berada di atas pentas (pada tempat duduk masing-masing) bersama KB/PK dalam keadaan bersedia (begitu juga Pengawas Bertugas /Pengacara bersedia di hadapan pembesar suara atas pentas bagi mengawal keadaan murid supaya diam dan bersedia) menunggu ketibaan Pengetua . Pengawas bertugas mengumumkan ketibaan Pengetua dan semua guru diam & berdiri begitu juga murid. Pengawas bertugas mengumumkan aturcara seterusnya setiap kali sebelum setiap aturcara berlangsung menggunakan laras bahasa dan intonasi yang jelas dan betul. Guru Bertugas mingguan hendaklah menguruskan roll-call setiap hari dan memastikan roll-call tidak melangkau waktu pertama untuk memastikan MMI dipatuhi. Semua guru hendaklah bersama-sama pelajar semasa roll-call iaitu berada di tapak perhimpunan atau di dewan. Guru masa pertama hendaklah bergerak bersama murid ke kelas selepas roll-call. Semua kelas dan murid hendaklah diawasi setiap masa. Oleh itu, guru-guru hendaklah berada di kelas tepat pada masa yang ditetapkan dan mengajar/ menjalankan aktiviti PdPc (melindungi masa instruksional). Semua guru hendaklah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dengan mempelbagaikan kaedah PdPc dan pendekatan demi menjamin peningkatan kualiti yang berterusan.   23
  • 24.DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK DARUL RIDWAN Sekiranya murid perlu berada di luar bilik darjah masing-masing (sama ada di bilik khas/PJK/makmal/ bengkel), guru-guru hendaklah memastikan pergerakan murid terkawal dan bergerak serentak dengan kawalan guru.. Setiap kali guru masuk ke kelas, guru-guru perlu mengisi catatan di dalam Buku Kawalan Kelas. Catatkan butir-butir guru, bilangan murid yang hadir, bilangan murid yang tiada di dalam kelas dan lokasi mereka dan menandatanganinya. Gunakan minit pertama guru masuk kelas untuk perkara-perkara berikut: 11.1 Memastikan kelas berada di dalam keadaan yang bersih 11.2 Meja tersusun dengan teratur 11.3 Bilangan murid mencukupi. Sekiranya ada murid ponteng/ tiada di dalam kelas, sila maklumkan ke Unit HEM dengan segera melalui Ketua Kelas. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas: 12.1 Tanpa kebenaran guru di dalam kelas 12.2 Tanpa sebab yang munasabah 12.3 Tanpa pas Sekiranya ada guru yang perlu berjumpa murid tertentu sewaktu PdPc sedang berlangsung, guru tersebut hendaklah mendapatkan izin guru yang sedang mengajar melalui Slip Kebenaran Keluar Kelas. Tanpa slip tersebut, guru yang mengajar berhak untuk tidak membenarkan murid keluar kelas. Semasa waktu rehat/ balik, pastikan guru adalah orang terakhir keluar kelas. Sebelum itu pastikan: 14.1 Lampu dan kipas ditutup 14.2 Kelas dibersihkan 14.3 Tingkap dan pintu ditutup Lampu kelas hendaklah dipadamkan sebelum 8.30 pagi kecuali hari hujan/ mendung. Sekiranya menggunakan bilik khas, sila pastikan: 16.1 Guru mencatat penggunaan bilik tersebut di dalam buku rekod penggunaan bilik 16.2 Guru adalah orang yang terakhir keluar dari bilik tersebut 16.3 Bilik ditinggalkan dalam keadaan tersusun, kemas dan bersih 16.4 Bilik dikunci dan serahkan kunci ke pejabat . 24
  • 25.DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK DARUL RIDWAN Semua kunci bilik darjah/ bilik khas/ makmal/ bengkel hendaklah disimpan di pejabat di luar waktu persekolahan. Jika guru ingin mendapatkan kunci tersebut, dapatkan di pejabat dengan mengisi buku keluar masuk kunci. Murid tidak dibenarkan sama sekali mengambil kunci bagi pihak guru. Perabot dan kelengkapan sesebuah bilik tidak boleh dipindahkan sesuka hati. Sekiranya ada kerosakan, aduan hendaklah dibuat mengenai kerosakan tersebut dengan mengisi Buku Aduan Kerosakan agar tindakan dapat diambil. Semua guru dilarang sama sekali membawa atau menggunakan rotan/ pembaris panjang dengan niat untuk menghukum/ menakutkan pelajar. “Corporal punishment” tidak dibenarkan sama sekali kecuali mendapat izin/ surat kuasa daripada Pengetua. Kehadiran guru sewaktu aktiviti kokurikulum adalah wajib. Murid tidak boleh menjalankan aktiviti tanpa guru. Sewaktu aktiviti kokurikulum/ aktiviti diluar waktu belajar, guru-guru hendaklah memastikan: 20.1 Guru hadir tepat pada masa yang ditetapkan 20.2 Kehadiran murid diambil 20.3 Murid-murid tidak menyalahi peraturan sekolah 20.4 Menjalankan aktiviti yang dirancang 20.5 Sentiasa mengawasi murid bagi memastikan keselamatan mereka diberi keutamaan. Cuti sakit/ cuti rehat khas/ cuti tanpa rekod diluluskan oleh Pengetua kecuali semasa ketiadaan beliau, tugas tersebut ditanggung oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Bagi guru-guru yang mendapat cuti sakit, hendaklah memaklumkan mengenainya secepat mungkin bagi memudahkan urusan guru ganti. Slip Cuti Sakit tersebut hendaklah diserahkan ke pejabat untuk disahkan oleh Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas setelah bercuti. Cuti Rehat Khas (CRK) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Perlu berbincang & mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Pengetua mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan CRK jika perkhidmatan diperlukan di sekolah. CRK bukan kecemasan perlu dipohon (isi borang & dapat kelulusan dahulu) sebelum bercuti. Jangan lupa mengisi HRMIS cuti online dan maklumkan kepada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Jadual Waktu / Relief. Guru-guru yang perlu bertugas diluar/ menghadiri mesyuarat/ berkursus perlu mengambil tindakan yang berikut: 19.1 Menyediakan latihan/ aktiviti dan arahan kerja bagi kelas yang ditinggalkan 19.2 Mencatatkan butir-butir tugas/ mesyuarat/ kursus yang akan dihadiri 19.3 Menyediakan laporan menghadiri mesyuarat/ kursus dan perlu diserahkan ke pejabat bersama-sama borang tuntutan (jika berkenaan). 25
  • 26.DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK DARUL RIDWAN 19.4 Menyediakan Minit Curai mengenai kursus/taklimat tersebut seterusnya mengadakan kursus dalaman / makluman untuk tujuan perkongsian dengan guru-guru lain mengikut keperluan.   Sekiranya guru-guru ingin membuat urusan diluar sekolah semasa waktu bertugas, guru perlu mengisi borang kebenaran keluar dan pengesahan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran serta mencatatkannya di dalam Fail Keluar Semasa Bertugas. Semua guru hendaklah mempunyai fail MyPortfolio sebaik sahaja melaporkan diri untuk bertugas di sekolah ini. Fail ini hendaklah dijadikan panduan bagi merancang peningkatan kerja dan taburan masa yang sesuai agar prestasi semua guru berada pada paras optimum. Sekiranya timbul masalah atau perlu membuat aduan, guru-guru diminta menggunakan Borang Laporan Aduan Sekolah bagi memudahkan sistem menangani masalah dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ketepatan masa, melakukan kerja yang dirancang dengan jujur, ikhlas dan penuh iltizam perlu dihayati bagi menjayakan aspirasi sekolah bagi menjamin imej sekolah sentiasa terpelihara. Program Kecemerlangan perlu diberi penekanan dan menjadi fokus utama semua guru. Semua guru diharapkan dapat memastikan segala tugas yang diamanahkan dilakukan dengan sebaiknya tanpa menunggu arahan atau gesaan daripada pihak lain. Kelewatan guru menyiapkan tugas masing-masing mungkin akan mengganggu atau menyusahkan pihak lain yang perlu menguruskan bahagian yang berkaitan selanjutnya. Guru-guru hendaklah peka dengan siaran atau maklumat terkini mengenai pelbagai perkara yang boleh diperolehi di pejabat. Sebarang perkara yang berkaitan hendaklah diambil tindakan segera agar tidak menimbulkan masalah kemudian nanti. Guru-guru juga perlu mengetahui dan mengemaskini status perjawatan dan perkhidmatan termasuk urusan gaji, elaun dan hal-hal berkaitan. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah yang sukar diselesaikan, berjumpalah dengan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapatkan khidmat nasihat. Jangan biarkan masalah yang membelenggu fikiran mengganggu urusan tugas seharian dan menjejaskan prestasi kerja.   26
  • 27.27
  • 28.28
  • 29.29
  • 30.30
  • 31.31
  • 32.32
  • 33.33
  • 34.34
  • 35.35
  • 36.36
  • 37.SENARAI GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN 37
  • 38.Catatan :Staf Pejabat yang bertugas membuka pejabat dibenarkan pulang (6.30 Pagi – 4.00 Petang) Catatan :Semua pembantu makmal & Staf Pejabat perlu mematuhi arahan Pengetua sekiranya diarahkan menjalankan tugas-tugas lain. JADUAL WAKTU BEKERJA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 38
  • 39.39
  • 40.40
  • 41.DASAR PENGURUSAN KURIKULUM SMK DARUL RIDWAN 1.0 PENGENALAN 1.1 Kurikulum merupakan urusan utama yang menjadi tumpuan dalam bidang pendidikan. Satu dasar yang komprehensif, selaras dan berkesan mengurus pencapaian akademik serta mampu menangani keseluruhan masalahnya amat perlu disediakan. 1.2 Penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-objektif berikut : 1.2.1 Menjadi garis panduan kepada warga sekolah dalam melaksanakan pengurusan kurikulum di sekolah. 1.2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum dan pentadbiran di sekolah pada semua peringkat iaitu Pengetua, PK Pentadbiran, Ketua Bidang, Ketua Panitia, setiausaha- setiausaha jawatankuasa kurikulum dan juga guru-guru penolong. 1.2.3 Memenuhi keperluan standard kualiti pengurusan pendidikan yang ditetapkan di dalam instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 1.2.4 Membantu warga sekolah merancang dan meletakkan sasaran tahunan (SKT) dan menetapkan KPI melalui Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). 1.3 Penetapan dasar kurikulum perlu mematuhi beberapa peraturan iaitu : 1.3.1 Setiap dasar dan peraturan yang digunapakai adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 1.3.2 Kurikulum yang dilaksanakan adalah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 1.3.3 Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa berdasarkan arahan Sektor Pendidikan. 1.3.4 Dalam apa-apa keadaan, program kurikulum/akademik perlulah diutamakan berbanding program lain sekiranya berlaku pertindihan program sekolah. 2.0 SKOP TUGAS 2.1 Keahlian dalam jawatankuasa Kurikulum. 2.1.1 Terdiri dari Pengetua, semua Penolong-penolong Kanan, semua Ketua Bidang, semua Guru Cemerlang dan semua Ketua Panitia Mata Pelajaran, semua Setiausaha dan Guru yang dilantik berkaitan dengan kurikulum. 2.2 Keperluan Mesyuarat Kurikulum 2.2.1 Ahli JK Kurikulum dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun termasuk post mortem peperiksaan. 2.2.2 SU Kurikulum hendaklah menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat dan mengedarkan kertas tindakan minit dalam tempoh satu minggu sebelum setiap mesyuarat kepada setiap pihak yang berkenaan dalam minit untuk dilaporkan tindakan yang perlu dan dibentang dalam mesyuarat. 2.2.3 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli mesyuarat sekurangkurangnya seminggu selepas mesyuarat untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat. 2.2.4 Surat panggilan mesyuarat perlu dikeluarkan dan diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat, selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat akan dijalankan. Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat masing-masing minima 4 kali termasuk post mortem mata pelajaran masing-masing. 41
  • 42. d) Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi setiap orang guru dan kehilangannya perlu dilaporkan kepada pihak polis. e) Setiap maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna. f) Setiap guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan Buku Rekod Mengajar masing-masing. g) Rancangan pelajaran harian mestilah sekurang-kurangnya mengandungi lima (5) perkara asas seperti di dalam Surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 3/1999 : i) Tajuk / Isi Pelajaran (Tema/Standard Kandungan) ii) Objektif pelajaran (Standard Pembelajaran) iii) Aktiviti iv) BBM v) Refleksi h) Rancangan pelajaran mestilah dipatuhi semasa melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) dalam kelas. i) Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan proses PdPc, buku rekod mesti dilengkapkan dan diserahkan kepada Pengetua sehari sebelum, bagi maksud diambil alih tugas oleh guru pengganti. j) Buku rekod mengajar mestilah diserahkan kepada pihak sekolah pada akhir sesi persekolahan hujung tahun. k) Menulis buku rekod mengajar hendaklah menggunakan dakwat warna hitam atau biru sahaja. l) Bagi sekolah yang menggunakan sistem e-RPH, hendaklah dipastikan bahawa guru berkenaan sentiasa membawa alat elektronik dimana rancangan pelajaran itu disimpan dan dibawa masuk ke dalam kelas. 3.0 PENGURUSAN DOKUMEN KURIKULUM 3.1 Pelaksanaan sukatan, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran. 3.1.1 Isi kandungan a) Sukatan pelajaran setiap subjek hendaklah sentiasa terkini termasuk huraian sukatan pelajaran (HSP) dan dokumen standard kurikulum dan entaksiran (DSKP). b) Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran/ Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang terkini mesti ada dalam simpanan / fail panitia mata pelajaran. c) Setiap guru mata pelajaran mesti meletakkan / menampalkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini di dalam buku rekod mengajar. d) Sekiranya tidak disertakan di dalam rekod mengajar hendaklah dimasukkan ke dalam fail dan boleh disediakan / diserahkan dalam tempoh lima minit apabila diminta berbuat demikian oleh pihak pemantau / pencerap / penyelia. e) Bagi kes disimpan di dalam fail, pada ruangan sukatan dan huraian sukatan pelajaran di dalam buku rekod mengajar hendaklah dituliskan “sila rujuk fail sukatan pelajaran”/ DSKP. f) Fail hendaklah diserahkan bersama-sama buku rekod mengajar untuk semakan dan pengesahan oleh Pengetua pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan. 3.1.2 Penyimpanan dan senggaraan a) Buku Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan sebelum memulakan sesuatu proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam bilik darjah. b) Guru hendaklah membawa buku rekod mengajar setiap kali melaksanakan proses PdPc. c) Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pengetua mengikut ketetapan sekolah pada akhir hari persekolahan setiap minggu. 42
  • 43.3.2 Pelaksanaan dan ketetapan tempoh sukatan 3.2.1 Sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan setiap tahun seperti berikut :- a) Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4 dihabiskan pada bulan Oktober. b) Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan Julai. c) Tingkatan 5 dihabiskan pada bulan Julai. 3.2.2 Kaedah pembelajaran dan pemudahcara adalah menepati 5 standard asas Pendidikan Alaf ke-21 (PAK21). a) Kolaboratif b) Komunikasi c) Kreativiti d) Pemikiran Kritis e) Nilai murni dan etika 4.0 SISTEM FAIL 4.1 Fail pengurusan kurikulum/bidang/panitia perlu disimpan di satu tempat yang teratur bagi memudahkan rujukan dan seliaan. 4.2 Semua fail menggunakan sistem warna yang selaras. 4.2.1 Fail JK Kurikulum – warna merah jambu 4.2.2 Fail Bidang dan Panitia a) Panitia dalam Bidang Bahasa – merah jambu terang b) Panitia dalam Bidang Sains dan Matematik – oren c) Panitia dalam Bidang Kemanusiaan – peach d) Panitia dalam Bidang Vokasional dan Teknik – merah 4.3 Ketua Bidang perlu menyelia fail-fail panitia setiap 6 bulan dan memberi teguran sekiranya perlu terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan 5.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 5.1 Keahlian dalam JK Peperiksaan dan Penilaian terdiri daripada Pengetua, PK Pentadbiran, Ketua Bidang, Setiausaha Peperiksaan, Setiausaha Peperiksaan Dalaman, Setiausaha PT3, Setiausaha SPM, Setiausaha PBS, Setiausaha PBD, Penyelaras Tingkatan dan guru yang telah dilantik untuk membantu menguruskan peperiksaan dan penilaian sepanjang tahun. 5.2 Takwim peperiksaan. 5.2.1 Ujian bulanan/Ujian Awal Tahun T5 (PAWAT) 5.2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 5.2.3 Ujian topikal 5.2.4 Peperiksaan Akhir Tahun/Simulasi PT3 dan Percubaan SPM 5.3 Jadual kerja. 5.3.1 Panitia mesti menentukan jadual penyediaan dan penggubalan soalan mengikut tingkatan dalam mesyuarat Panitia yang pertama. 5.3.2 Semua soalan mestilah disemak oleh Ketua Panitia dan mendapat sokongan Ketua Bidang. 5.3.3 Soalan hendaklah dicetak 1 minggu sebelum peperiksaan dan disimpan dalam bilik soalan. 5.3.4 Setiap kertas soalan mesti dicetak secara mencukupi untuk semua tingkatan. 5.3.4 Setiap soalan mestilah siap dibungkus dan dicatatkan kelas/tingkatan, nama pengawas dan pemeriksa. 5.3.5 Soalan mestilah ditaip menggunakan huruf “New Times Roman” dengan saiz 12. 5.3.6 Soalan objektif hendaklah ditaip dalam satu kolum atau dua kolum sahaja. 5.3.7 Semua bungkusan kertas soalan hendaklah ditampalkan “cover” bermaklumat yang telah disediakan oleh unit peperiksaan. 5.3.8 Semua bungkusan kertas soalan hendaklah ditampalkan “cover” bermaklumat yang telah disediakan oleh unit peperiksaan. 43
  • 44.5.4 Panduan penggubal soalan. 5.4.1 Digubal mengikut peperiksaan sebenar. 5.4.2 Soalan mestilah meliputi sukatan pelajaran yang telah diajar pada setiap kelas/tingkatan dan dipersetujui oleh setiap guru mata pelajaran. 5.3.3 Setiap set soalan mestilah dibina berdasarkan JSU sama ada aras soalan dan juga jumlah soalan. 5.4.4 Penggubal hendaklah menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan dan diperbanyakkan bagi keperluan pemeriksa. 5.4.5 Penggubal hendaklah mendapat pengesahan dari ketua panitia dan juga Ketua Bidang sebelum mencetak soalan. 5.4.6 Satu salinan kertas soalan dan skema pemarkahan, hendaklah diserahkan kepada SU Kurikulum bagi tujuan rekod/bank soalan selain simpanan panitia. 5.4.7 Bagi tujuan cetakan, penggubal hendaklah mendapatkan pengesahan dari Penolong Kanan. Borang cetakan disediakan. 5.4.8 Penggubal hendaklah memastikan tiada berlaku kebocoran soalan sehingga waktu peperiksaan. Sekiranya berlaku kebocoran soalan, penggubalan semula soalan perlu dilaksanakan. 5.5 Panduan sebelum menjalankan peperiksaan. 5.5.1 Setiausaha peperiksaan PT3 (untuk murid Tingkatan 3) atau Setiausaha SPM (untuk murid Tingkatan 5) dan semua guru kelas (untuk murid Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4) bertanggungjawab menguruskan penyediaan dewan peperiksaan atau bilik peperiksaan. 5.5.2 Jarak kedudukan meja peperiksaan hendaklah memenuhi peraturan peperiksaan sebenar. 5.5.3 PK Pentadbiran dan SU peperiksaan bertanggungjawab mengumumkan tarikh peperiksaan dan jadual pengawasan. 5.5.4 Sebuah jam besar perlu disediakan dihadapan bilik/dewan peperiksaan bagi keperluan murid merancang masa menjawab soalan. 5.5.5 Satu peraturan peperiksaan hendaklah dimaklumkan kepada guru dan juga murid. 5.6 Panduan semasa menjalankan peperiksaan. 5.6.1 Bertugas pada waktu pertama pengawasan peperiksaan a) Pengawas berada di dalam bilik atau dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu peperiksaan berlangsung. b) Pengawas memastikan kelas/dewan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan. c) Mengingatkan murid supaya sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan. d) Melengkapkan borang kawalan peperiksaan yang mengiringi bungkusan kertas soalan. 5.6.2 Bertugas sepanjang waktu pengawasan peperiksaan. a) Pengawas tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan. b) Pengawas tidak dibenarkan memeriksa kertas jawapan peperiksaan atau latihan murid atau membaca apa juga bentuk bahan. 5.6.3 Bertugas pada waktu akhir peperiksaan. a) Pengawas waktu akhir bertanggungjawab mengumpul kertas jawapan dan memastikan bilangan kertas jawapan murid adalah sama dengan bilangan murid yang hadir dan menyerahkan kertas jawapan kepada guru pemeriksa setelah tamat peperiksaan. 44
  • 45.5.8 Format peperiksaan. 5.8.1 Ujian bulanan – masa menjawab hanya 1 jam sahaja dan melibatkan topiktopik yang diajar pada bulan-bulan semasa. 5.8.2 Peperiksaan penggal – masa menjawab adalah mengikut masa sebenar. Soalan hendaklah meliputi sukatan yang perlu dihabiskan. Pengendalian peperiksaan juga perlu mengikut piawaian peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak JK Kurikulum. 5.9 Jadual pengawasan. 5.9.1 Ujian bulanan - Mengikut jadual peribadi guru. 5.9.2 Masa ujian - Serentak selama seminggu Peperiksaan penggal - Mengikut jadual peribadi guru Masa peperiksaan - Mengikut keperluan peperiksaan awam 5.10 Rekod markah. 5.10.1 Markah ujian bulanan dan peperiksaan dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru, Sistem IDME atau sistem SAPS (online). 5.10.2 Slip peperiksaan murid hendaklah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga pada majlis yang ditetapkan oleh sekolah. 5.10.3 Rekod pencapaian kelas hendaklah ditampal di hadapan bilik darjah dan juga papan kenyataan umum untuk tatapan warga sekolah dan juga ibubapa/penjaga. 5.11 Syarat lulus. 5.11.1 Bagi menengah rendah (tingkatan KP hingga 3) syarat lulus adalah mengikut keputusan mesyuarat jawatankuasa kurikulum. 5.11.2 Bagi menengah atas (tingkatan 4 dan 5) syarat lulus adalah mengikut garis panduan PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri. 5.11.3 Pelajar yang mendapat gred “F” dalam mana-mana matapelajaran peperiksaan penggal dianggap sebagai tidak mencapai tahap memuaskan untuk tingkatan KP, 1, 2 dan 3. 5.12 Gred markah peperiksaan 45
  • 46.5.13 Analisis peperiksaan dan penilaian. 5.13.1 Setiausaha peperiksaan dalaman/PT3/SPM perlu menyediakan analisis setiap kali selesai kemasukan markah secara online (SAPS) dan perlu diedarkan kepada Pengetua, semua PK/GK dan untuk simpanan fail pengurusan. 5.13.2 Ketua Panitia mendapatkan analisis dari semua guru matapelajaran yang mengajar dari semua tingkatan. 5.13.3 Semua guru matapelajaran melengkapkan jadual ‘EWS’ bagi membuat analisis pencapaian setiap murid yang diajar. 6.0 POST MORTEM DAN PELAN INTERVENSI 6.1 Satu mesyuarat bersama guru mata pelajaran hendaklah diadakan bagi membincangkan post mortem setiap mata pelajaran seterusnya menyediakan pelan intervensi. 6.2 Post mortem secara bertulis dan pelan intervensi hendaklah disediakan dan dibentangkan oleh Ketua Panitia dalam mesyuarat JK kurikulum setiap kali. 6.2.1 Keputusan peperiksaan sPM diumumkan 6.2.2 Selesai peperiksaan Simulasi PPercubaan SPM 6.2.3 Selesai Peperiksaan Pertengahan Tahun/UASA 6.3 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu dan secara keseluruhan. 6.4 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya. 6.5 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan guru kaunseling. 7.0 PENGURUSAN JADUAL WAKTU 7.1 Ketua Bidang dan Ketua Panitia mata pelajaran hendaklah bertanggungjawab menyediakan “work load” jadual waktu. 7.2 “Work Load” jadual waktu yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk diserahkan kepada jawatankuasa jadual waktu ada akhir sesi persekolahan. 7.3 Jadual waktu persekolahan hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan baru bermula dan diserahkan kepada guru berkenaan pada hari mesyuarat guru kali pertama. 7.4 Jumlah waktu setiap mata pelajaran hendaklah mengikut ketetapan seperti yang termaktub di dalam akta pelajaran. 7.5 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibenarkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum. 7.6 Jadual waktu anjal disarankan diamalkan pada waktu yang difikirkan perlu. 7.7 Dasar pengagihan mata pelajaran hendaklah diwujudkan di sekolah. Keutamaan mengajar sesuatu mata pelajaran hendaklah kepada guru opsyen terlebih dahulu, pemeriksa kertas dan seterusnya. 7.8 Jadual guru ganti hendaklah disediakan pada setiap hari termasuk hari peperiksaan/ujian. 7.9 Penolong Kanan Pentadbiran hendaklah mengesahkan ketidakhadiran guru dan memaklumkan kepada penyelaras jadual waktu agar menyediakan jadual guru ganti. 7.10 Guru yang telah mengetahui akan menjalankan tugas di luar sekolah digalakkan menawarkan waktu PdPc mereka kepada guru lain. 8.0 BUKU TEKS, BUKU LATIHAN TAMBAHAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 8.1 Buku teks. 8.1.1 Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan buku teks Kementerian Pelajaran secara optimum dan menjadikannya sebagai rujukan utama dalam PdPc. Buku-buku rujukan lain dibenarkan sebagai rujukan tetapi tidak dibenarkan untuk dipaksakan kepada murid memilikinya. 8.1.2 Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti memastikan Komponen Sastera dibaca oleh semua murid dalam masa 60 hari selepas menerima buku teks. Semakan perlu dibuat melalui hasil sinopsis pelajar dalam Rekod Bacaan Nilam. 46
  • 47.8.2 Pusat Sumber Sekolah. 8.2.1 Penggunaan PSS pada waktu PdPc hanya dibenarkan untuk tujuan pengajaran berfokus dibawah bimbingan guru. 8.2.2 Program NILAM PSS harus diselia oleh guru bahasa. Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun perlu dicatatkan bilangan buku Program NILAM yang dibaca oleh murid. 8.2.3 Buku-buku rujukan dan bahan bantu mengajar hendaklah dijadikan aset panitia dan digunakan secara optimum. 8.2.4 Jawatankuasa PSS perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 8.2.5 Penolong Kanan perlu memantau penggunaan PSS melalui buku log dan senarai semak. 8.3 Buku Latihan Tambahan/Buku Kerja. 8.3.1 Penggunaan sangat digalakkan bagi menambahkan latihan lebih sistematik untuk semua murid. 8.3.2 Buku latihan tambahan/buku kerja boleh digunakan dalam kelas apabila guru-guru tidak hadir atas sebab kursus atau aktiviti anjuran Kementerian/Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah. 8.3.3 Semua murid melengkapkan graf pencapaian akademik mulai minggu pertama persekolahan dan mengemaskini dari masa ke semasa. 8.3.4 Semua murid wajib mempunyai satu buku latihan untuk tujuan mencatat bahan relief. 9.0 PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN 9.1 Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc). 9.1.1 PdPc guru / murid di dalam bilik darjah hendaklah dicerap dua kali dalam tempoh setahun atau apabila diperlukan. 9.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua dan Penolong Kanan. 9.1.3 Jadual waktu pencerapan akan dikeluarkan pada setiap tahun. 9.1.4 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. 9.2 Pengurusan Panitia. 9.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya dibawah pengawasan Ketua Bidang mata pelajaran yang berkenaan. 9.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun. 9.2.3 Semua fail pengurusan panitia akan disemak / diselia dan diletakkan di dalam bilik khas. 9.2.4 Panitia mesti menentukan dalam mesyuarat bahawa jumlah latihan yang berkesan perlu diberikan kepada semua murid sepanjang tahun. 9.2.5 Semua panitia perlu membuat perancangan strategik, perancangan taktikal dan perancangan operasi yang lengkap dan menepati format KPM sesuai dengan keperluan sekolah. 9.2.6 Panitia juga perlu menyediakan penetapan TOV dan ETR serta melengkapkan AR bagi setiap mata pelajaran bagi setiap tingkatan. 9.2.7 Ketua Bidang hendaklah memastikan panitia membelanjakan peruntukan kewangan secara optima, berkesan dan mematuhi peraturan kewangan sedia ada. 9.3 Penilaian dan peperiksaan. 9.3.1 Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan ujian dan peperiksaan di sekolah. 9.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk dan diberikan senarai tugas tahunan. 47
  • 48.9.4 Bilik-bilik khas. 9.4.1 Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna. 9.4.2 Penyeliaan adalah seperti berikut :- a) Makmal Bahasa - Ketua Bidang Bahasa b) Makmal Sains - Ketua Bidang Sains/Matematik c) Surau - Ketua Bidang Kemanusiaan d) Makmal Komputer - Penyelaras Bestari e) Pusat Sumber Sekolah - Guru Media dan Pusat Sumber f) Bengkel KH - Ketua Bidang Teknik / Vokasional g) Bilik Aktiviti - Ketua Bidang masing-masing 9.4.3 Jadual Penggunaan, Buku Rekod Penggunaan dan Peraturan Penggunaan serta sebuah jawatankuasa pengurusan bilik-bilik khas perlu diwujudkan dan berfungsi. 9.4.4 Keceriaan, kebersihan dan keselamatan bahan dan peralatan hendaklah sentiasa diutamakan sepanjang masa. 9.4.5 Jawatankuasa Pemantauan adalah terdiri dari :- a) Pengetua. b) Penolong Kanan Pentadbiran c) Penolong Kanan HEM d) Penolong Kanan Kokurikulum e) Ketua Bidang 9.5 Pencerapan Buku Latihan Murid. 9.5.1 Tugasan murid akan dicerap sebanyak dua kali setahun. 9.5.2 Semua guru yang mengajar akan menyerahkan 3 – 5 buah buku latihan untuk disemak oleh Ketua Panitia/Ketua Bidang/Penolong-penolong Kanan/Pengetua. 9.5.3 Senarai nama murid dan pencerap akan dikeluarkan sebagai garis panduan pemilihan murid. 9.6 Mekanisma kawalan. 9.6.1 Setiap bukti pentaksiran (evidence) mestilah disimpan di tempat yang selamat dan mudah dipantau. 9.6.2 Semua bahan bukti pentaksiran (evidence) hendaklah disimpan selama tempoh enam bulan sebelum dicadangkan untuk hapuskira. 9.7 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 9.7.1 Semua murid mestilah menyiapkan kerja kursus/PEKA seperti yang ditetapkan oleh guru/panitia. 9.7.2 Urusan penskoran murid yang berpindah hendaklah diuruskan oleh pihak sekolah. 9.7.3 Setiap panitia perlu mengeluarkan sijil PBS kepada setiap murid. 9.7.4 PBD perlu sentiasa dilaksanakan dalam PdPc. 9.8 Pentaksir. 9.8.1 Pentaksir sekolah terdiri daripada guru matapelajaran yang ditetapkan oleh sekolah. 9.8.2 Ketua panitia akan mengambil alih tugas pentaksir sekiranya berlaku kes-kes khas. 9.8.3 Pentaksir perlu diberi surat pelantikan oleh pihak sekolah bagi tahun semasa. 9.9 Pentaksiran. 9.9.1 Mata pelajaran yang ditaksir adalah berdasarkan arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia. a) Setiap pentaksir mesti akur dan patuh kepada Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Sekolah. b) Pentaksiran hendaklah dilaksanakan mengikut piawaian format Lembaga Peperiksaan Malaysia. 9.9.2 Pentaksir digalakkan mengadakan pemeriksaan semula pentaksiran sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang diperlukan atau tidak puas hati dengan markah yang diperolehi (peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan/simulasi sahaja). 48
  • 49. 9.9.3 Surat pemberitahuan pelaksanaan pentaksiran perlu diedarkan kepada ibubapa untuk makluman dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibubapa murid. 9.9.4 Senarai nama murid bagi setiap kelas dan tingkatan perlu dikemaskini dalam sistem sebelum pelaksanaan setiap pentaksiran. 10.0 PERKEMBANGAN STAF 10.1 Sebuah jawatankuasa perkembangan staf perlu diwujudkan di sekolah bagi merancang dan menentukan kandungan serta hala tuju kursus yang dilaksanakan. 10.2 Setiap guru perlu hadir tidak kurang dari 7 hari dalam setahun dan memastikan kehadiran dalam setiap kursus dicatatkan secara online oleh penganjur program atau memaklumkan kepada Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP). 10.3 Kursus-kursus dalaman (in house training) boleh diadakan mengikut keperluan sekolah dengan menyediakan proses pelaksanaannya :- 10.3.1 Mengedarkan borang keperluan dan senarai kursus untuk dipilih oleh guru. 10.3.2 Menganalisis semua borang dan menentukan kandungan kursus yang lebih utama dan diperlukan. 10.3.3 Keutamaan kursus yang hendak dilaksanakan adalah yang boleh mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran PdPc guru di dalam kelas. 10.4 Penilaian impak kursus perlu dilakukan bagi menilai keperluan membuat kursus susulan dansebagainya kepada para guru. Cadangan penambahbaikan hendaklah disediakan sekiranya terdapat kekurangan dalam pelaksanaan kursus. 10.5 Aktiviti perkembangan staf peringkat sekolah perlu didaftarkan dalam laman sesawang e-SPLKPM. 11.0 PROGRAM KEMENTERIAN/JABATAN/PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 11.1 Program Kementerian/Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah/Sekolah hendaklah memastikan segala program Kementerian/Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah yang diarahkan, dilaksanakan mengikut ketentuan masa yang ditetapkan. 11.2 Peserta yang hadir dalam setiap program Kementerian/Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah perlu melengkapkan maklumat program yang disertai dalam Borang Minit Curai. 11.3 Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan dokumentasi dan laporan pelaksanaan program-program Kementerian/Jabatan. 49
  • 50.50
  • 51.51
  • 52.52
  • 53.53
  • 54.54
  • 55.55
  • 56.56
  • 57.57
  • 58.58
  • 59.59
  • 60.MAXIMUM ADEQUATE EXERCISE (MAX) 2023 1.0 BIDANG BAHASA 1.1 BAHASA MELAYU 60
  • 61.1.2 BAHASA INGGERIS Essay * - Termasuk menyalin contoh-contoh karangan 61
  • 62.1.3 BAHASA CINA 62
  • 63.Catatan: Karangan termasuk menyalin karangan Tatabahasa/Minggu – Dalam bentuk satu set latihan 63
  • 64.1.4 BAHASA TAMIL Essay * - Termasuk menyalin contoh-contoh karangan 64
  • 65.Essay * - Termasuk menyalin contoh-contoh karangan 65
  • 66.2.0 BIDANG SAINS & MATEMATIK 2.1 SAINS 66
  • 67.2.2 MATEMATIK 2.3 FIZIK 67
  • 68.2.4 BIOLOGI 2.5 KIMIA 68
  • 69.3.0 BIDANG KEMANUSIAAN 3.1 SEJARAH 69
  • 70.3.2 PENDIDIKAN ISLAM 70
  • 71.3.3 GEOGRAFI 71
  • 72.3.4 PENDIDIKAN MORAL 72
  • 73.3.5 PENDIDIKAN SENI VISUAL 73
  • 74.3.7 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 74
  • 75.4.0 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 4.1 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 4.2 MATEMATIK TAMBAHAN 75
  • 76.4.3 PRINSIP PERAKAUNAN 4.4 EKONOMI 76
  • 77.4.5 ASAS SAINS KOMPUTER 77
  • 78.PAKEJ MATA PELAJARAN SESI 2023/2024 78
  • 79.79
  • 80.CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID 2023/2024 80
  • 81.DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SMK DARUL RIDWAN 1.0 PENYELARAS TINGKATAN DAN TIMBALAN PENYELARAS TINGKATAN Penyelaras Tingkatan adalah dianggap sebagai wakil, penyelaras dan penasihat guru-guru kelas di tingkatan tertentu. Segala perkara yang berkaitan dengan tingkatan secara keseluruhan adalah diuruskan oleh Penyelaras Tingkatan dengan bantuan guru-guru kelas. 1.1 Hubungan dengan guru kelas 1.1.1 Mengadakan hubungan yang erat dengan guru-guru kelas. 1.1.2 Mesyuarat bulanan hendaklah diadakan supaya segala perkara yang berkaitan dengan tingkatan dapat dibincang dan diselesaikan. 1.2 Penyelarasan perkara-perkara yang secara keseluruhan berkaitan dengan tingkatan serta memastikan guru-guru kelas melaksanakan perkara-perkara berikut dengan sempurna : 1.2.1 Pentadbiran dan pendaftaran 1.2.2 Kewangan dan perkeranian 1.1.3 Penyeliaan kelas 1.1.4 Pengurusan peperiksaan dan laporan adab belajar 1.3 Tugas-tugas lain 1.3.1 Pendaftaran murid baru ke dalam buku Pendaftaran Masuk Sekolah 1.3.2 Menyemak dan membantu mencetak analisis kedatangan murid pada tiap-tiap bulan dari sistem APDM 1.3.3 Menyelaras dan merancang program kecemerlangan dengan kerjasama JK Kecemerlangan 1.3.4 Merancang aktiviti selepas selesai Peperiksaan Akhir Tahun. 2.0 GURU TINGKATAN 2.1 Pendaftaran : 2.1.1 Mendaftar murid di dalam sistem APDM. 2.1.2 Melengkapkan Buku Pendaftaran Sekolah dan data APDM 2.1.3 Menanda, menyemak dan membantu mencetak analisis kedatangan murid pada tiap- tiap bulan dari sistem APDM Perincian: a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan. b) Tandakan kedatangan murid dalam sistem APDM pada setiap hari persekolahan dan pastikan lengkap sebelum pukul 8.00 pagi. c) Murid dikira tidak hadir ke sekolah sekiranya berada kurang daripada 3 waktu PdPc dalam kelas. d) Murid yang tidak hadir ke sekolah diwajibkan menghantar surat sakit (MC) / surat makluman daripada ibu bapa. e) Kedatangan murid akan dipantau oleh PK HEM pada setiap hari 2.2 Fail Kelas Guru Tingkatan 2.2.1 Fail Kelas hendaklah dilengkapi perkara berikut: Satu senarai nama murid. Borang APDM setiap murid mengikut tahun terkini. Salinan penyata gaji/pendapatan ibu bapa. Semua surat murid/ sijil sakit atau surat pemakluman ketidakhadiran murid oleh ibu bapa/penjaga. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan. 81
  • 82.Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. Jadual Waktu – di dalam fail poket di pintu kelas. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru. Papan kenyataan – ditampal dengan maklumat. Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. Sudut Bacaan Kelas. Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas. Alatan pembersihan. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran. 2.5.2.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih. 2.5.2.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi. 2.5.2.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak. 2.5.2.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak. 2.5.2.7 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut: Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan (Guru Perabot/Guru Pembangunan). Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama). Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan bahan-bahan keceriaan kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain 2.6 Buku Teks 2.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. 2.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. 2.6.3 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku dalam ’Ops Balut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah. 2.6.4 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada minggu pertama sesi persekolahan 2.7 Pengurusan Biasiswa/ Kebajikan 2.7.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. 2.7.2 Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa 2.7.3 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. 82
  • 83. 2.7.3 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. 2.7.4 Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. Guru Tingkatan /Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima biasiswa /bantuan semasa mereka di sekolah rendah. 2.7.5 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan. 2.7.6 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyambung semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan. 2.7.7 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM1000 sebulan. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa. 2.7.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa. 2.7.9 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. 2.7.10 Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM. 2.7.11 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri. 2.8 Murid keluar/ Bertukar/ Berpindah 2.8.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 2.8.2 Murid yang bertukar sekolah tidak perlu memulangkan buku teks KECUALI mereka yang bertukar ke sekolah swasta atau MRSM. 2.8.3 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan melanjutkan pelajaran ke SBP ,MRSM dan Sekolah Teknik- Rujuk JK berkenaan. 2.8.4 JK Surat Akuan dan Sijil Berhenti menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid Tingkatan 5. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. (bergantung kepada keadaan). 2.9 Pengurusan Peperiksaan 2.9.1 Melengkapkan Keputusan Peperiksaan dan Laporan Adab Belajar. 2.9.2 Memastikan Keputusan Peperiksaan dan Laporan Adab Belajar dihantar kepada ibubapa. 2.10 Data Murid 2.10.1 Membantu memasukkan Data Rumusan Kokurikulum. 2.10.2 Memantau Buku Segak, Kesihatan dan PAFA. 2.11 Kewangan dan Perkeranian : 2.11.1 Mengutip bayaran sekolah dan asrama dan menyerahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir / Kerani Kewangan dengan segera. 83
  • 84. 2.11.2 Mengutip bayaran PIBG, majalah dan bayaran *Koperasi (*tingkatan 1). 2.11.3 Menyimpan rekod kutipan bayaran serta mengeluarkan resit (tarikh resit mesti SAMA tarikh serahan kepada KPT). 2.11.4 Merekod maklumat mengenai pemegang biasiswa, bantuan kewangan dan lain-lain. 2.11.5 Mengurus dan menyimpan rekod buku SPBT dan memastikan murid mematuhi peraturan berkaitan SPBT. 3.0 KAWALAN/TANGGUNGJAWAB GURU 3.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. 3.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 3.3 Jangan mulakan proses P & P jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang dan bercakap sesama sendiri. 3.4 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. 3.5 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebabsebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 3.6 Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru boleh memaklumkan kepada Guru disiplin/PK HEM/ Pengetua untuk tindakan yang seterusnya. 3.7 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. 3.8 Hukuman berganda(‘double punishment)’ tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang dilakukan. 3.9 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 4.0 DASAR UMUM DISIPLIN 4.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. 4.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktuperhimpunan. 4.3 Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan danpenerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yangdikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui perhimpunan rasmi sekolah. 4.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check 4.4.1 Pemeriksaan Gempar/Sport Check boleh dijalankan dari masa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. 4.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. 4.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Kad merah/ Borang Rekod Salah Laku. 4.4.4 Barang Rampasan perlu dilabel dan direkodkan dalam borang berkenaan Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM. 4.4.5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibubapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat akur janji pada hujung tahun. 4.4.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG. 84
  • 85.4.5 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. 4.6 Kaedah Mengawal Disiplin 4.6.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat ditampal di kelas dan bilik- bilik khas. 4.6.2 Guru mata pelajaran / guru kelas merekod kesalahan murid di dalam Borang Kawalan Kelas. Borang-borang dikumpulkan di dalam fail di pejabat untuk dianalisa oleh Ketua Guru Disiplin pada setiap bulan. 4.6.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: Kedatangan penuh -2 kali setahun Kerap ponteng - 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras) Sijil Sifar Ponteng Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab. Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun. 5.0 PENGURUSAN PERHIMPUNAN 5.1 Perhimpunan rasmi akan dijalankan pada setiap hari Isnin. 5.2 Diuruskan oleh pengawas sekolah dan guru pengawas dan dipantau oleh Ketua Guru Disiplin dan guru disiplin. 5.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. 5.4 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat. 5.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan beruniform dan Permainan perlu dibuat di papan kenyataan masing-masing. 6.0 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6.1 Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan masalah. 6.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja . 6.3 Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 6.4 Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada para murid . 6.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 6.6 Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan. 6.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. 7.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 7.1 Rekod Kesihatan Murid 7.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan dan bekerjasama dengan AJK Kesihatan. 7.1.2 Buku Rekod Kesihatan diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. 85
  • 86. 7.1.3 Buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat/ suntikan imunisasi ATT Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. 7.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan. 7.2 Kad Pergigian Murid 7.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu. 7.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibubapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 7.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 7.3 Surat Rawatan Murid 7.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 7.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan. 7.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 7.4 Murid Sakit 7.4.1 Guru Tingkatan/guru subjek mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. 7.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibubapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. 7.4.3 Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid tersebut perlu balik semula ke kelas. 7.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibubapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan. 7.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan mengisi borang kebenaran Keluar Murid di pejabat. 7.5 Kantin Sekolah 7.5.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. 7.5.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. 7.5.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan dikantin sekolah. 7.5.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. 7.5.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. 7.5.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan. 86
  • 87.7.5.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 7.5.8 Penggunaan pinggan dan cawan perlu dimasukkan dalam besen yang disediakan. 7.6 Kebersihan Kelas 7.6.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir. 7.6.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman. 7.6.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila – bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan). 7.6.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang pertandingan keceriaan kelas untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut. 7.6.5 Pengawas sekolah juga boleh membantu untuk menilai kebersihan kelas. 7.6.6 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut mingguan. 7.6.7 Keputusan diumumkan pada hari Isnin. 7.6.8 Kelas terbersih diberi penghargaan dalam bentuk kad bintang yang di pamerkan di dalam kelas. 7.6.9 Kelas terkotor didenda membersihkan kelas selepas waktu sekolah pada hari yang ditetapkan dan diawasi oleh guru tingkatan masing-masing. 7.6.10 Kelas yang mendapat markah tertinggi sepanjang tahun akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah/wang ringgit. 8.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 8.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran 8.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun. 8.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. 8.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. 8.1.4 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. 8.1.5 Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. 8.1.6 Guru Tingkatan mestilah mengambil kedatangan murid kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. 8.2 Polisi Sekolah Selamat 8.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah: Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 8.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 8.3 Kenderaan Guru dan Murid 8.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 8.3.2 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja). 8.3.3 Semua motosikal murid mesti mempunyai pelekat sekolah bagi membolehkan mereka meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah. 87
  • 88.7.5.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 7.5.8 Penggunaan pinggan dan cawan perlu dimasukkan dalam besen yang disediakan. 7.6 Kebersihan Kelas 7.6.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir. 7.6.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman. 7.6.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila – bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan). 7.6.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang pertandingan keceriaan kelas untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut. 7.6.5 Pengawas sekolah juga boleh membantu untuk menilai kebersihan kelas. 7.6.6 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas /terkotor mengikut mingguan. 7.6.7 Keputusan diumumkan pada hari Isnin. 7.6.8 Kelas terbersih diberi penghargaan dalam bentuk kad bintang yang di pamerkan di dalam kelas. 7.6.9 Kelas terkotor didenda membersihkan kelas selepas waktu sekolah pada hari yang ditetapkan dan diawasi oleh guru tingkatan masing-masing. 7.6.10 Kelas yang mendapat markah tertinggi sepanjang tahun akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah/wang ringgit. 8.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 8.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran 8.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun. 8.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. 8.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. 8.1.4 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. 8.1.5 Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. 8.1.6 Guru Tingkatan mestilah mengambil kedatangan murid kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. 8.2 Polisi Sekolah Selamat 8.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah: Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 8.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 8.3 Kenderaan Guru dan Murid 8.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 8.3.2 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja). 88
  • 89. 8.3.3 Semua motosikal murid mesti mempunyai pelekat sekolah bagi membolehkan mereka meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah. 8.4 Pondok Kawalan Keselamatan 8.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 8.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 8.5 Menangani Bencana 8.5.1 JK Keselamatan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki. 8.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah. 8.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. 8.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. 8.5.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah. 89
  • 90.90
  • 91.91
  • 92.92
  • 93.93
  • 94.94
  • 95.95
  • 96.96
  • 97.97
  • 98.98
  • 99.PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 99
  • 100.100
  • 101.DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK DARUL RIDWAN 1.0 Pendahuluan Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ia merupakan aktiviti luar bilik darjah yang mempunyai kurikulumnya tersendiri dan telah dijadualkan secara terancang untuk diaplikasikan di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kokurikulum bererti, apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, yang memberi peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai hidup. Di samping bertujuan untuk mengukuh pembelajaran, ianya dapat menyuburkan nilai-nilai murni, memupuk perpaduan antara kaum, dan mengembangkan bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di kalangan masyarakat selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan seorang insan yang berketerampilan dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. 2.0 Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan mengandungi bidang berikut:- Penyertaan sukan dan permainan. Penyertaan persatuan dan kelab. Penyertaan dalam unit uniform. Lain-lain kegiatan yang ditentukan oleh Menteri. 3.0 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah WAJIB. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian dalam salah satu gerak kerja unit uniform, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. (Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah). 4.0 Peruntukan Masa Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, JLD.11,Bil. 27 ,No. 5652 telah dibuat ketetapan tentang pembahagian masa untuk Kegiatan Kokurikulum : 101
  • 102.5.0 Dasar Perlaksanaan Kokurikulum Dasar perlaksanaan kokurikulum terbahagi kepada tiga bidang lain: 5.1 Bidang kokurikulum fokus adalah diberi kepada perkara perkara berikut : Pengukuhan kurikulum. Pemupukan bakat dan minat. Pengembangan potensi akademik. Pembinaan dan pemupukan semangat patriotisme dan setia kawan. Pengukuhan ketahanan dan disiplin diri. Keusahawanan, penabungan dan koperasi. 5.2 Bidang pembangunan murid penekanan diberi kepada perkara-perkara berikut: Pengukuhan keyakinan diri. Peningkatan mutu kepimpinan murid. Pengukuhan disiplin dan sahsiah. Pendidikan pencegahan dadah. Motivasi. Bimbingan dan kaunseling. Pendidikan kerjaya. 5.3 Bidang kebajikan murid tumpuan adalah kepada perkara-perkara berikut : Kesejahteraan murid. Kebajikan dan bantuan. Kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran sekolah. Perlindungan dan keselamatan. Kesihatan. 6.0 Halatuju Kokurikulum 6.1 Penglibatan sekolah dalam kokurikulum sepanjang tahun. 6.2 Penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan dan permainan, pasukan beruniform, persatuan dan kelab. 6.3 Mengambil bahagian dalam acara-acara tertentu sukan dan permainan, pasukan beruniform di peringkat daerah dan negeri mengikut keputusan mesyuarat peringkat sekolah. 6.4 Melahirkan atlet dan pemain yang berwibawa untuk mewakili daerah dan negeri. 6.5 Memastikan setiap pelajar mencapai tahap kesihatan dan kecergasan fizikal serta mental dan sosial yang sempurna. 6.6 Berusaha merealisasi slogan ”Dream Bigger, Reach Higher” dan mencapai kejayaan dalam setiap pertandingan, sekurang-kurangnya 10 terbaik di peringkat daerah. 102
  • 103.103
  • 104.104
  • 105.105
  • 106.GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM TAHUN 2023/2024 106
  • 107.JADUAL PERLAKSANAAN PERJUMPAAN/ AKTIVITI UNIT BERUNIFORM SESI 2023/2024 *Tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan 7.20 - 7.30 pagi : Semua guru dan pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. 7.30 - 9.00 pagi : Pelajar akan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. 107
  • 108.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007 - Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. Guru-guru Penasihat diminta untuk mengingatkan ahli-ahli supaya memakai baju uniform unit masing-masing. Ketua Guru Penasihat diminta menyediakan sepuluh (10) murid berpakaian Uniform Penuh (Lengkap) bagi perhimpunan ini. 108 SENARAI BERTUGAS PASUKAN UNIT BERUNIFORM DAN GURU PENASIHAT SEMASA PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
  • 109.GURU PENASIHAT KELAB TAHUN 2023/2024 109
  • 110.GURU PENASIHAT PERSATUAN TAHUN 2023/2024 110
  • 111.*Tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan 7.20 - 7.30 pagi : Semua guru dan pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. 7.30 - 9.00 pagi : Pelajar akan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. JADUAL PERLAKSANAAN PERJUMPAAN/ AKTIVITI KELAB & PERSATUAN SESI 2023/2024 111
  • 112.PENYERTAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023/2024 112
  • 113.113
  • 114.GURU PENASIHAT KELAB SUKAN & PERMAINAN (1M1S) TAHUN 2023/2024 114
  • 115.JADUAL PELAKSANAAN PERJUMPAAN KELAB SUKAN & PERMAINAN / AKTIVITI 1MURID 1SUKAN TAHUN 2023/2024 *Tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan 7.20 - 7.30 pagi : Semua guru dan pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. 7.30 - 9.00 pagi : Pelajar akan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. 115
  • 116.SENARAI GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN TAHUN 2023/2024 116
  • 117.PENYERTAAN PERTANDINGAN SUKAN DI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023/2024 117
  • 118.DASAR 1M1S 1.0 PENGENALAN Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Bagi murid yang berbakat dan berpotensi bakat mereka dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Aktiviti sukan adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. 2.0 MATLAMAT Dasar 1M1S berhasrat untuk: 2.1 Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2.2 Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah 3.0 OBJEKTIF Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: Meningkatkan kecergasan jasmani Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni Memupuk perpaduan di antara kaum Membentuk budaya sukan di kalangan murid Memenuhi naluri semulajadi murid Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan 118
  • 119.4.0 KONSEP Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep dasar 1M1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: Memberi fokus kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan lagi ke tahap yang lebih tinggi. 5.0 SURAT SIARAN KEBENARAN KHAS PEMAKAIAN BAJU SUKAN 5.1 Kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan. (Rujukan KP/KPPM/5(49) bertarikh 26 Julai 2010). 5.2 Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun. (Rujukan KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010). 5.3 Surat-surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran berkaitan hendaklah diguna pakai. 6.0 PRINSIP PELAKSANAAN Pelaksanaan Dasar 1M1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 6.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 6.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 6.3 Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah diguna sama bagi 1M1S. 6.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 6.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada kepada perkembangan Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi murid. 6.6 Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 6.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 119
  • 120.7.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 7.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan bawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal (rujuk Perkara 7.4). 7.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 7.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm, asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. 8.0 PENILAIAN 8.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: Kehadiran Jawatan Serta Sumbangan Penglibatan; dan Pencapaian 8.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. 9.0 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN Sekolah hendaklah: 9.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan. 9.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun. 9.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di sekolah. 9.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan 9.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S 120
  • 121.121 -KIV-
  • 122.122
  • 123.123
  • 124.124
  • 125.125
  • 126.126
  • 127.127
  • 128.128
  • 129.129
  • 130.130
  • 131.131
  • 132.122
  • 133.133
  • 134.GURU BERTUGAS MINGGUAN 134
  • 135.135
  • 136.136
  • 137.137
  • 138.138
  • 139.139
  • 140.140
  • 141.141
  • 142.142
  • 143.143
  • 144.144
  • 145.145
  • 146.146
  • 147.147
  • 148.148
  • 149.149
  • 150.150
  • 151.151
  • 152.152
  • 153.