ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA

0

Presentation Transcript

  • 1.ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: PUAN FARIDAH HANIM BINTI ABD MANAF -KUMPULAN 6
  • 2.AHLI KUMPULAN KESHINI A/P RAMESH 17DSK21F2011 SHARVINAA NAIR A/P MURUGAN 17DSK21F2067 NUR HIDAYATUL IZZATI BINTI KHAIRI 17DSK21F2063 JESSLYN JOY A/P JOSEPH SELVADUARAI 17DSK21F2043 PRIVITAA A/P N S MANY 17DSK21F2059
  • 3.ISI KANDUNGAN Pengenalan Kaum India Kepercayaan Agama Adat dalam Perkahwinan Adat Upacara Valaikaapu(Prenatal Ceremony) Jenis Perayaan Pakaian Tradisional Pantang Larang Kaum India Objektif Kajian Kesimpulan
  • 4.PENGENALAN KAUM INDIA
  • 5.Pengenalan Kaum India… merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. kaum India juga mempunyai kepercayaan dan adat resam tersendiri. kesuluruhan kaum India di Malaysia adalah penganut agama Hindu. juga pernah menjadi agama anutan kaum Melayu pada satu ketika dahulu mempunyai kepercayaan yang unik dan menarik. Ruang seterusnya membentangkan kepercayaan kaum India dalam aspek agama,perkahwinan, perayaan dan juga kematian.
  • 6.KEAGAMAAN
  • 7.Agama Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu mempercayai Tuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya. Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan masa lampau. Dalam ajaran agama Hindu,DewaShiva adalah dewa pelebur. Dia bertugas melebur segala sesuatu yang sudah usang dan tidak layak berada di dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan kepada asalnya. Dewa Vishnu pula bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam semesta.
  • 8.ADAT DALAM PERKAHWINAN
  • 9.Perkahwinan dalam tradisi masyarakat India, mereka terlalu berpegang kepada adat dan budaya. tidak menjadi satu kepelikan untuk kita mengetahui dan majoriti masyarakat dunia juga mengamalkan perkahwinan dengan mendahulukan adat dan budaya. Masyarat India mempunyai beberapa suku kaum, hal ini membuatkan proses perkahwinan mereka adalah berbeza sedikit tetapi kebanyakkan budaya adalah hampir sama. Mari kita melihat dengan lebih lanjut tentang adat dan budaya India lebih-lebih lagi di Malaysia dalam perkahwinan.
  • 10.Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin merupakan adat tradisi bagi masyarakat India dan juga masyarakat lain. bertujuan untuk meihat atau sinonim dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin yang menjadi idaman si teruna. keadaan semasa gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimiliki olehnya. kebiasaanya diuruskan oleh pihak ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Kata-kata pujangga “tak kenal maka tak cinta”. adat dan budaya yang diperkenalkan oleh ‘orang lama’ adalah untuk kesejahteraan bagi masyarakat mereka. Jika adat merisik ini dikekalkan, maka proses untuk berkenal-kenalan dengan pilihan hati pasti menemui kepuasan bagi kedua-kedua belah pihak. Peringkat pertama adalah MERISIK
  • 11.Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin akan mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. 3. PROSEDUR IKAT JANJI(NICCAYAM) Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang. 2. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
  • 12.Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Perkahwinan akan diadakan. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. 4. ADAT PARISAM
  • 13.lambang suci perkahwinan yang dikalungkan dan diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan. Thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Adat penyediaan Thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran upah untuk pembuat Thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang Thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat Thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, Thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat Thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai Thaalippadaiyal. Thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana Thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang 5. THAALI ATAU TIRUMAANGALYAM
  • 14.Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. 6. MUKUURTTA KAAL
  • 15.Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki & perempuan tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. 7. UPACARA PERKAHWINAN
  • 16.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah pisang. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan kehidupan baru yang Bahagia. 8. SELEPAS PERKAHWINAN
  • 17.ADAT UPACARA VALAIKAAPU/KELAHIRAN (PRENATAL CEREMONY) Adat valaikaapu (prenatal ceremony) dilakukan ketika kandungan sulung hamil menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan.
  • 18.Wanita hamil tersebut akan dipakaikan gelang tangan baru yang dikenali sebagai “suulkaapu”. Suul bermaksud ‘kandungan ibu’ dan Kaapu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang emas, sari, gelang tangan, serbuk Kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih, pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti jenis nasi, kuih-muih, dan buah-buahan. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan dan didudukan di ruang tamu. Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan dan pipi ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak 3 kali. Akhirnya, suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri. UPACARA SEBELUM PERKAHWINAN
  • 19.Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India. Setelah bayi itu dilahirkan, si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebut secara lisan. Selama 16 hari, bermula bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke-16 untuk merasmikan penamaan anak itu. Pada hari itu, rumah & buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan. Nama yang akan diberi kepada bayi itu, biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada takwim Hindu & menentukan bintang hari kelahirannya. Nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut. Saudara-mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan & gelang kaki. SELEPAS KELAHIRAN
  • 20.Perayaan kaum india
  • 21.‘Perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahial’ ataupun ‘keadilan’ mengatai ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat india. Pada hari sembayang akan diadakan terutamanya untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. MALAM SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALI Memasang vilakku (lamp) Kolam atau rangoli Pergi ke tanah perkuburan/di rumah untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. HARI DEEPAVALI Persiapan pagi Manisan dan juadah Pakaian Upacara sembayang DEEPAVALI
  • 22.Perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘Kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu, dan akan dibawa pelbagai persembahan. THAIPONGGAL Perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Masa yang amat baik untuk mengadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga. THAIPUSAM
  • 23.Pakaian tradisional
  • 24.Sari merupakan pakaian tradisional india yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela dipadankan dengan kain dalam yang seakan-akan kain sari tersebut. Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletakkan di atas bahu kiri, kain dalam di pakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya menarik dan indah. Sari juga merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang india. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita india. KURTA & DHOTI Kurta & dhoti merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang dan berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kurta, kemeja panjang yang sampai ke lulut yang diperbuat daripada kain kapas atau linen & sutera. Kurta juga boleh dipakai Bersama dhoti, salwar dan juga seluar. Pakaian ini kebanyakkannya dipakai ketika majlis-majlis rasmi. 1. SARI
  • 25.Pantang larang Kaum India INFO: Bahasa pantang larang ini terhasil daripada kepercayaan masyarakat dahulu kala berdasarkan pengamatannya terhadap alam sekitar dan kejadian alam yang bersifat ‘sebab & akibat’. Jika bahasa pantang larang tersebut dilanggar, seseorang individu itu dikhuatiri akan menerima kecelakaan atau ditimpa perkara yang buruk.
  • 26.Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali berkunjungi ke rumah melakukan kerja seperti membasuh pinggan kerana dipercayai membawa sial. PANTANG LARANG MERISIK Bakal pasangan akan salling membalas kunjungan ketika merisik tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. MEMBAWA BAYI PULANG KE RUMAH (upacara aarati) sireh Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih yang dinyatakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya, para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aarati dibuang. 1. PANTANG LARANG KETIKA BERKUNJUNG KE RUMAH
  • 27.Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambal menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali, bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. PANTANG LARANG KEMATIAN Gambar simati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir (vaaikkarisi) 4. MANDIAN SELPAS BERSALIN
  • 28.Untuk memahami etika dan peradaban yang menjadi amalan kaum india di Malaysia Untuk mengenali kebudayaan kaum india di Malaysia, sama ada ianya masih dilakukan oleh kaum india ataupun sudah ketinggalan zaman. OBJEKTIF KAJIAN
  • 29.KESIMPULANNYA Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan didominasi oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga rumpun bangsa ini beramal dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, dibawah satu kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Kita harus belajar dari pengalaman dalam dekad-dekad yang lampau untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi kaum india. Masa depan kaum india adalah bergantung kepada masyarakat india itu sendiri. Jika kaum india sendiri tidak menjaga kebudayaan mereka, siapa lagi akan menerajui kebudayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
  • 30.SEKIAN TERIMA KASIH…RIMA KASIH